>Tolong ayah angkat baja

October 13, 2008 at 10:00 am (Uncategorized)

>

Nih xtvt di hari Sabtu (detail dari pagi sampai petang hehe). Malas nak buat entry asing-asing.. layankan je lah nahh.

Pagi Sabtu, ayah ajak kami pegi umah pakcik Usop Belanda kat Pengkalan Balak – ada kenduri kahwin anak dia. Punya lah awal kami sampai umah pengantin – lauk pun belum siap lagi.. hehe.


Lil Nina yang sangatttttt suka makan telur rebus.


Bergambar dengan nenek Nyachik (nenek sebelah ayah) & nenek Mani (nenek sedara)


Lepas habis makan kat umah pengantin, ayah bawak kami jenguk kawasan ladang jagung baru dia – nenek yg beria nak tengok.. tu yang kami bawakkan.


Bergambar dengan nenek kat pondok yg ayah buat. Comel pondok nih – ada bilir stor, ada bilik tidur (rehat) & ada toilet


Sebelah petang pulak (dalam pukul 1 tengahari), sekali lagi kami pegi ke ladang jagung ayah. Kali nih untuk tolong ayah tabur baja atas batas jagung pula. Nih baja tahi ayam kering tau.. yerr, bau memang tak boleh tahan. Tapi nasib baik lah dah dikeringkan.


Tu diaa.. punya ramai askar-askar kerahan yang aku bawak.. hehe. Saja ajak gegamai datang tolong angkat guni baja. Kesian tengok ayah buat sengsorang. Berat ok baja tuu..


Ayah & adik no 5 sedang memasukkan guni-guni baja dalam kereta sorong.


Ayah in action. Tak dapat aku bayangkan macam mana ayah boleh buat keje camnih hehari. Aku yang baru sehari datang menolong pun rasa nak patah pinggang.


Adik no. 5 & sepupu aku (Asri) tengah tolak troli baja. Berat tau.. kat belakang tu, bakal adik ipar aku dgn SIL Ida tengah angkat seguni baja sesama.


Adik no. dua duk heret baja ke batas jagung..


Dalam syiok angkat guni, hujan turun tiba-tiba.. Ayah panggil semua berteduh kat pondok. Aku dah sedih dah taim nih. Takut tak sempat habiskan tabur baja kat batas jagung. Kalau boleh biarlah semua siap hari nih. Tak sanggup biarkan ayah buat keje sengsorang..


Tapi bagus jugak hujan turun, dapat lah rehat sekejap sambil makan bekal yg kami tapau dari umah. Memasing pun dah penat.


Alhamdullilah, hujan setengah jam je. Pastu dapat sambung angkat baja.. Tapi, aduhaiii.. bertambah berat lak guni baja tu. Maklum, dah basah kena air hujan. Bau pulakkkkk semerbakkkk.. tsskkkk.. demi ayahanda tercinta, aku hangkut jugak guni-guni tu semua. Yang besttttttt nya, kami dapat habiskan 226 guni baja dalam masa 4 jam! Banyakkk ok! Tapi baja-baja tu hanya dapat cover 1/4 daripada ladang jagung ayah. Pasnih kena order baja lagi lah nampaknya. Aku dah pesan dgn ayah suruh inform bila lory baja yg seterusnya sampai – nak balik tolong lagi.


Lepas berpenat-lelah di ladang jagung, kami balik umah – panggang kepah pulak. Sedap makan kepah taim pepenat camnih.. Memasing macam singa lapar je.. berebut-rebut ok.. hehe


Nak lebih seronok lagi.. bila makan dalam family besar cam aku nih


Nih taim dinner.. dah macam kenduri pulak aku rasa..

4 Comments

  1. hafreze said,

    >waa..byk tol baja nk tabur kat kebun..nice2..lame dh i tk pegi kebun..www.hafreze.com

  2. aD said,

    >hafreze, terima kasih sudi menjengah ke sini. selamat hari raya!

  3. Ecah said,

    >banyaknye baja tahi ayam.. mesti xtahan gile baunya..

  4. aD said,

    >ecah.. ya Allah, bau memang tak boleh tahan. nakkk lagi kalau kena hujan.. aduyaiii pengsan!

Comments are closed.

%d bloggers like this: