>5 weeks

October 14, 2008 at 10:00 am (My Pregnancy)

>

Lepas berbuka malam tadi terus aku & Mamoru pegi jumpa doktor. Sanggup tuu redah hujan (gerimis jer) semata nak tau kesahihan test yg aku buat kat kampung aritu.

Alhamdullilah.. syukur! Kata doktor, kalau kira dari LMP, aku dah pregnant 5 minggu! Hepi ok! Aku dah prepare secara mental kekalau doktor nak cucuk tangan aku amik darah (maklum lah, aku kan takut jarum) Tapi tak ada pula. Tak perlu katanya. Kandungan aku masih di peringkat awal. Mungkin bulan depan baru start amik darah. Nak scan pun, confirm tak nampak sebab baby masih terlalu kecil lagi.

Tak apa lah. Bukannya lama pun nak tunggu bulan depan, kan?

Lepas cek tekanan darah, doktor timbang berat badan aku pula – 37 kg! Ya Allah.. bukan ke lepas raya aritu aku berat aku dah naik jadi 39 kg ke? Kenapa turun pulak nih? *Ohh.. mungkin sebab aku masih berpuasa enam (dan puasa ganti) – belum habis lagi ok sebab masa balik Melaka aritu aku skip.

Sambil cek-cek tu, doktor ada juga cakap, mungkin aku akan start morning sickness dalam seminggu dua lagi.. *Ohh tidakkk. Aku paling tak suka kalau muntah-muntah – boleh lembik dibuatnya nanti. Tapi kata doktor lagi, ada sesetengah orang tak kena simptom macam ni (harap aku antara orang-orang itu).

Lepas selesai semua, doc bagi aku kad antenatal. Aku hanya boleh refer pada klinik doctor tu sampai usia kandungan aku mencecah 20 minggu (5 bulan) sahaja. Lepas pada tu, aku dinasihatkan untuk buat regular checkup dekat hospital bersalin.


Doktor yg baik hati🙂


Aku dapat sample Anmum Materna percuma dari klinik ni. Nak suruh rajin minum susu la tu. Yelah.. orang pregnant kan kena minum susu bebanyak (tapi aku tak suka susu.. macam mana?). Doktor hanya bagi satu paket ubat bertulis ‘asid folik’ untuk aku makan setiap hari. Ubat untuk tambah darah buat masa nih tak perlu lagi (tambah darah? untuk apa ek – wah kena banyak buat research kat internet lepas ni)

24 Comments

  1. biqque said,

    >congratsssssssssssss! i’m happy for u…bila la turn i plak😦

  2. za|d said,

    >Tahniah AD.ubat tambah darah tu namanya obimin. kena la amik sebab dalam perut tu ada lagi sorang. Kepekatan darah pun penting. Kalau tak tak cukup zat nnt baby. Jangan la nak pikir pasal diet2 bila pregnant nih. Banyakkan baca surah yusuf, maryam dan surah muhammad. banyakkan makan kismis,kurma dan madu.

  3. aD said,

    >biqque: terima kasih! aD doakan turn awak cecepat sampai lepas nih (aminnn), insyaAllah!zaid: oOOoo begitu (panjang O nya). terima kasih atas info. tak payah sesusah aD cari dlm internet. insyaAllah, aD akan banyakkan lagi baca Quran. kalau ada info lain yg patut aD tau, inform la ek (nak kena cari kurma & kismis bebanyak nih)

  4. ellyn said,

    >tahniah!!!!!!!…i’m happy for u…kalu x minum susu puith (like me) carik susu coklat ke…rasanya Anmum ada yg coklat…paksa telan dulu sbb pkkan baby kan…jgn skip mkn asid folic n obimin…bykkn mkn mknnn berkhasiat…wah..den plak yg excited…

  5. Wawa_Nadwa said,

    >tahniah akk!jgn wat kje berat2.kesihatan kena jaga k.=)

  6. Anonymous said,

    >aD..omedeto gozaimas..tahniah aD..jaga kesihatan ye..jangan wat kerja berat2..tengah awal2 tu…kena jaga betul2..-eL-

  7. Sikelu said,

    >salam..Tahniaahh…alahhh tak sempat nak komen pasal selalu mengantuk tuh, pasal tu pon mungkin tanda-tanda jugak… anyway tahniah jugak lah.. jaga diri bebaik…

  8. umi said,

    >Askum…tahniah ad…jgn tension2…kne hepi slalu…wat cam biase je… Kne pi klinik Pakar baru diorg bleh scan even at 5 wks dah nampak ruang rahim n mcm setitik zarah sebenarnye.. jgn lupe simpan copy setiap kali g scan…sronok tgk baby membesar..

  9. Lina said,

    >Salam aD…tahniah sesgt..seronoknyer dah dapat baby…inilah saat2 paling bahagia dalam hidup berumahtangga..tahniah untuk aD & hubby sekali lagi..jaga kesihatan k..dah jgn nak g gegatai ngangkat2 goni baja lagi tau..suwuh jek adik2 yang macho2 tur angkat ek..take care tau..

  10. amizah said,

    >tahniah….wah bestnyer…biler la giliran kiter lak…satu lagi mcm kenal jerk doc tu…u g klinik kat permaisuri ker??

  11. eedany said,

    >Tahniah Ad… Jaga diri baik2 yer.p/s : salam perkenalan. I get your link from nuffnang.I’ll link u!🙂

  12. suezety said,

    >ya allah bestnyer cik senget!! rasa nak nangis tu baca.. kita tumpang epi ler utk awak yer… jaga diri bebaik ok.. jgn sedey2 kena happy2 rerajin baca utk baby.. (wah wah bg nasihat mcm aku dh ada baby!! hehehehe.. x salahkan share ilmu yg ada.. almaklumla kiri kanan kita kat office ni prgnt.. so asyik dgr jer derang sembang.. hahahaha)

  13. suw said,

    >kalo tak suke minum susu..amek yogurt banyak2 n soya :P(kawan kat opis sy ckp la..) maybe i’ll help :Pcongrats anyway

  14. bebey said,

    >tahniah kak…akhirnya termakbul jugak doa akak..kgn wat keje berat2 ye..minta incik momoru lebih lagi memanjakan anda ;p

  15. aD said,

    >kak ellyn: terima kasih kak! Nih tengah belajar nak minum susu la nih. InsyaAllah, aD takkan skip makan ubat (walaupun tak suka sebenarnya hehe)wawa_nadwa: tenkiu, sekarang akan lebih berhati-hati :)eL: arigato.. arigatok eL-san :)sikelu: oh, mengantu tu salah satu effect dari pregnant ye? patutlah asyik menguap je kat opis nih. apapun, tima kasih ye :)nana: tu lah, aD ada baca, orang pregnant kena hepi selalu – tak boleh stress. insyaAllah.. sekarang nih pun tengah hepi-hepi nih :)lina: hehehe.. oh tidakk.. pasnih memang takkan sentuh guni baja itu lagi. ngeri pula bila fikirkan balik. tenkiu ek :)amizah: insyaAllah dalam masa terdekat tu (aD doakan utk awak – aminnn). klinik tu memang dgn tasik permaisuri – aD suka pegi sini sebab doktornya ponpuan :)eedany: salam cik. terima kasih ye :)sue: wahhhh camtu sekali *terharu nih *hugggggsss! terima kasih atas info & advice, insyaAllah aD ikut.. hehehe. suw: yogurt? aD belum penah try lagi. takper balik kang aD cari. terima kasih ek :)bebey: tenkiu! sekarang ni pun akak dah dilarang buat keje berat. even nak basuh pinggan pun tak boleh!?? hehehehe

  16. erlyda said,

    >Congrats!

  17. cicakuben said,

    >epy for you…congrts dear..

  18. aD said,

    >erlyda: terima kasih! :)cicakuben: L, tenkiu.. tenkiu..

  19. suezety said,

    >cik ad.. kita ada tanya kawan kita pasal x suka minum susu ni.. dia ada masalah cam awak gak, x suka minum susu.. dia ckp awak jumpa doc awak minta kalsium tablet.. insya allah ok.. nnt anak awak jadi kuat!! ni mmg terbukti sbb anak kawan kiter tu teramat la kuat n comel n tembamnyer!!! & BIJAK!

  20. My name is Mrs Taj said,

    >Congrats sis..dun worry bout the changes..u’ll use with it and da most important thing — you will loooove the changes!!p/s can i link u?

  21. aD said,

    >mrs taj, tenkiu sudi menjengah sini! oh, nak link-kan boleh sajaaa :)buat masa nih tengah berusaha menyesuaikan diri lagi🙂

  22. cicada2nd said,

    >memang tepat la ko gi jumpa doc ni. time aku keje kat kat TM pun kat dia jglah aku ambik mc. ubat dia bagi bagus, memang cepat aku sihat. berapa kali aku kena inject ngan doc ni.

  23. Ecah said,

    >huahh excited sungguh komen-komen di sini.. ecah pulak teruja.. hrrmm akan bermula la episod baru dalam menjalani liku-liku ibu mengandung.. tahniah okies..ecahnye tips plak.. bangun tido tu jgn terus loncat dari katil. duduk² dulu kunyah² roti atau biskut untuk elakkan dari muntah/morning sickness.. standby je kat tepi katil senang bile bangun terus capai & ngapp.. bangun pun pelan-pelan ok..hrmm.. 5 minggu ari tu ecah scan dah boleh nampak tapi kecikkkk sangat besar kacang.. tapi belum ada roh lagi hanya seketul daging.. jadi banyak²kan baca al-quran ok.. mesti makan makanan berkhasiat!! dan jangan miss makan vitamin yg doktor kasi walaupun sehari.. bleh mintak encik mamoru ingatkan mesti makan ubat sebelum tido sepanjang pregnant.. hehe dah macam doktor plak..

  24. aD said,

    >ecah, tenkiu.. tenkiu.. tenkiu.. insyaAllah aD akan make sure semuanya di praktikkan.. nanti kalau ada infor lain inform aD nahh🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: