Panik

October 15, 2008 at 8:00 am (My Pregnancy)

Aku agak panik sebenarnya sekarang nih.

Sebab, first, aku masih lagi dalam keadaan terkejut; second, aku bertambah-tambah terkejut sebab kandungan aku dah lebih 1 bulan usianya.. Maknanya, aku hanya tinggal 8 bulan lebih je lagi untuk study tentang perubahan yg akan jadi pada diri aku & preparation untuk sambut ‘orang baru’.. wahh sekejapnya! (dalam hati *ya Allah, nervousnyaa)

Serious aku tak sangka aku pregnant. Masa aku perasan period aku lewat, aku tak ada lah amik port sangat sebab sebelum nih pun, bukannya period aku tak pernah lewat. Lagipun, tanda-tanda nak period tu memang ada (e.g, tumbuh jerawat sebijik kat tepi hidung aku nih plus swollen breasts). Tapi bila aku dah rasa lain macam sangat (Yelah, kalau tanda-tanda period, sebelah breast je yg swollen. Nih sampai dedua pulak. Pulak tu, aku semakin kerap buang air kecik).

Wahh curious lah aku jadinya. Terusss ajak Mamoru pegi farmasi. Nak beli pregnancy test nih pun satu hal juga. Mamoru boleh pulak terdiam tak terkata bila jurujual tu tanya nak beli apa. Tsskkk.. aku pun malu juga sebenarnya. Ntahapehape kan? Aku cakap antara jelas dgn tak je kat jurujual tu. Nasib baik dia dengar (hehe). Ingatkan mahal lah harganya.. rupanya lapan inggit je.. huhuhu.

Balik je rumah petang tu aku tak terus buat test. Sebab kata orang kalau nak result yg lebih accurate, kena buat test sebelah pagi – So, aku pun tunggu lah dgn sabarnya (walau dalam hati duk dak duk dak sepanjang masa!)

Pepagi Ahadnya aku terbangun pukul 2.30 pagi. Uikk.. nih betulll punya awal. Terbangun pun sebab tak tahan nak terkucil. Takkan nak buat test taim tetengah malam camtu pulak? Terpaksa sambung tidur balik.

6.30 pagi aku terbangun lagi. Berdebar sangat masa buat test nih. Rasa macam doktor pulak (melampau laa tuu). Memula aku tengok satu line muncul.. pastu satu lagi! Wahh.. betul ke nih? Lama aku duk tunggu kekalau line tu terpadam ke.. apa ke.. tapi still ada jugak. Ohh.. taim tu aku dah start menggigil. Aku kejut Mamoru pakai sebelah tangan. Badan aku langsung tak bergerak tengok mender alah tu (macam kan mender tu nak lari je kekdahnya). Pisat-pisat Mamoru bangun tengok aku.. pastu tengok arah aku tuding. Dan-dan tuu jugak dia peluk aku! Hepi sangat dia. Siap usik-usik perut aku pastu cakap apa ntah kat perut aku nih (macam cakap dgn baby je gayanya). Kelakar pun ada.

Semalam, pukul 6.00 ptg aku dah start rasa lapar gila. Rasa macam nak bukak puasa taim-taim tu jugak. Pelik ok. Minggu lepas aku puasa gak, tapi takde lah lapar sampai macam tu sekali. Mengenangkan waktu berbuka tinggal sejam je lagi, aku ajak Mamoru pegi pasar – beli lauk. Ikutkan, memang tak sempat nak masak, tapi aku tak suka makan kat luar – tak sedap. Balik je rumah, terus prepare bebahan untuk memasak. Tugas aku just sediakan rencah-rencah. Bab membersihkan ketam & perah kelapa, Mamoru yang buat. Masak nasi & tumbuk sambal belacan pula, adik no.6 & no.7 yg buat. Rajinnn betul derang kan?🙂

Lagi beberapa minit sebelum berbuka, badan aku dah start menggigil. Sangattt pelik tau. Tak penah jadi camnih kat aku sebelum nih. Masa tengah makan, boleh la pulakk tangan aku gigil-gigil menyuap nasi?! Ish Ish Ish.. Nih betul punya lapar nihh..

Mamoru pula, siap tunggu aku habis makan baru dia nak makan. Geremmm aku. Pulak tuu, asal aku leka je, dia duk curi-curi tambah nasi dalam pinggan aku. Kekejap kang duk tanya aku nak tambah ketam ke? nak tambah sambal ke? nak tambah telur? memacam lah. Sampai senak perut aku dibuatnya sebab makan terlalu banyak.

Pagi nih bagun je perut aku start rasa lapar lagi. Bukan rasa lapar yg biasa-biasa tu ok. Nih lapar sampai buat aku menggigil sampai opis. Pelik.. pelik..

Ohh.. hari nih tak puasa. Esok pun mungkin tak – sebab ada event yg nak diorganize. Sambung hari Jumaat lah pulak.

p/s: Keje aku dalam sehari dua nih.. duk surf tentang pregnancy je.. hik (kalau kengkawan semua ada info tentang pregnancy nih share-share lah kat sini – maklum, first time – semua nak kena belajar🙂

27 Comments

  1. ctfarazila said,

    Tahniah!!!! Kalau boleh JANGAN PUASA di awal kehamilan sebab ada kawan saya gugur sebab dia keraskan hati nk puasa… Kesian kt baby ok… Take care!

  2. ctfarazila said,

    Tahniah!!!! Kalau boleh JANGAN PUASA di awal kehamilan sebab ada kawan saya gugur sebab dia keraskan hati nk puasa… Kesian kt baby ok… Take care!

  3. eedany said,

    my friend yg tengah pregnant skrg pun, kuat makan…kejap2 nak makan, kejap2 nak makan…

    jaga diri ad… semoga kandungan sihat selalu.

    🙂

  4. ellyn said,

    aD,

    surf la http://www.babycentre.co.uk

    boleh tau progress baby…

  5. E.L.L.Y.N said,

    aD,

    surf la http://www.babycentre.co.uk

    boleh tau progress baby…

  6. silent_reader said,

    tahniahh…
    wah… lepas ni mesti lagi menarik & bertambah2 cerita dalam blog nih.. i likee…. hehe…….

    p/s: me too ..still waiting n hoping period lambat… **finger cross** ;p

  7. Anonymous said,

    Tahniah..
    BABY BOY confirm 100% thru experience
    (2 boys & 2 girls) lapar giler sampai takleh puasa..tengok nasi lagi mengigil…

    suruh hubby puasa jugak malam2.. sampai kandungan besar… first time pregnant… takut misc*****.

  8. Anonymous said,

    Tahniah..
    BABY BOY confirm 100% thru experience
    (2 boys & 2 girls) lapar giler sampai takleh puasa..tengok nasi lagi mengigil…

    suruh hubby puasa jugak malam2.. sampai kandungan besar… first time pregnant… takut misc*****.

  9. kuIna Jentayutiara said,

    tahniah….

  10. JaJa JaJa said,

    TAHNIAH AD!!!!!
    i’m happy for both of u..
    jage diri elok2 taw..jage pemakanan..kalau ade rase2 tak selera nk makan tu..pikir2kan baby dlm kandungan tu taw..cewahhhhhhhhh..(cakap mcm aku ade pengalaman lak..huhuhu)..
    jgn muram2..harap2 baby tu nnt comel cem aku!!keh3..-lizz

  11. JaJa JaJa said,

    TAHNIAH AD!!!!!
    i’m happy for both of u..
    jage diri elok2 taw..jage pemakanan..kalau ade rase2 tak selera nk makan tu..pikir2kan baby dlm kandungan tu taw..cewahhhhhhhhh..(cakap mcm aku ade pengalaman lak..huhuhu)..
    jgn muram2..harap2 baby tu nnt comel cem aku!!keh3..-lizz

  12. ~eiyra~ said,

    tahniah!!.. hepi for you🙂

  13. ~aianna~ said,

    sis AD..congrats yeah!!i’m so happy 4 u~~ ;)take good care of urself k😉

  14. kento said,

    tahniah! omedetou kata org jepun!😀

  15. Rashid said,

    Tahniah.

    Rahmat dariNya. Bersyukurlah… jangan lupa jaga diri tu baik-baik. Ambil rehat. Jangan terlalu banyak buat kerja yang penat-penat…

  16. Rashid said,

    Tahniah.

    Rahmat dariNya. Bersyukurlah… jangan lupa jaga diri tu baik-baik. Ambil rehat. Jangan terlalu banyak buat kerja yang penat-penat…

  17. za|d said,

    Ad, last but not least jgn lupa juga surah Luqman.

  18. saya said,

    CONGRATULATIONS!!!!! moga sihat selalu… take care ok.

  19. Deqna said,

    lama tak singgah sini. singgah2 tgk ada good new… congrates yer.. mesti happy sgt kan.. take care ya..

  20. Deqna said,

    lama tak singgah sini. singgah2 tgk ada good new… congrates yer.. mesti happy sgt kan.. take care ya..

  21. Signorina Syima said,

    kak ad… tahniah…

    orang kata pregnant mudah marah2.. jgn marah2, cool tau…

    jaga kesihatan n kandungan…

    * ni yang jeles tgk ramai yg jd preggy mom…

  22. umi said,

    ade byk info kat http://susuibu.com , momlittleones.com , fabulousmom.com ,
    name plak onemillionbabynames.com , littlewhiz.com

  23. aD said,

    ctfarazila: terima kasih atas info.. aD tinggal sehari je lagi untuk habiskan puasa enam. tapi tak buat secara berturut-turut (takut jugak effect pada baby). insyaAllah, aD akan lebih berhati-hati.

    eedany: tu la.. baru makan sekejap, daa lapar balik.. hehe. terima kasih ek🙂

    kak ellyn: menarik info kat sana! terima kasih sudi share info🙂

    silent_reader: mustiiii.. hehehe. tima kasih sebab sudi baca (aD pun doakan impian awak segera dimakmulkan Tuhan..)

    anony: baby boy? wahh awak kira macam mana tu? tapi untuk first baby nih, aD tak kisah dapat boy / girl. janji sihat & comel! hehehe. hubby dah baca komen tentang puasa malam tu.. hehe

    kuina: terima kasih!🙂

    liza: wahh jumpa kita kat sini ek.. *malu. kengkawan lain mesti tau tau nih.. hehe. alhamdullilah, setakat nih, napsu makan agak meluap-luap.. jgn terkejut kalau jumpa nanti aD dah gumukk..

    eiyra: tenkiu dear

    aianna:thanks sayang.. u too take care ok🙂

    kento: arigatok.. arigatok..

    Rashid: alhamdullilah. terima kasih atas nasihat yg berguna🙂

    zaid: terima kasih, kena amalkan nih.. nak ajak Mamoru baca sekali🙂

    saya: terima kasih! insyaAllah🙂

    deqna: hik. terima kasih yer. itu lah.. tgh hepi sesangat nih.. senyummm je bila fikir pasal nih🙂

    syima: terima kasih🙂
    buat masa nih, mood marah tu belum ada lagi.. hehe. harap tak ada lah. tamau memarah.. nanti effect emosi sendiri & emosi baby.. heheheh

  24. aD said,

    umi: tenkiu nana.. nih tengah surf nih.. banyak betul mender yg nak kena belajar dalam masa singkat nih kan🙂

  25. aD said,

    umi: tenkiu nana.. nih tengah surf nih.. banyak betul mender yg nak kena belajar dalam masa singkat nih kan🙂

  26. lagendaj said,

    Tahniah AD jaga bebaek jgn bt keje berat sgt badannyer dahler sekeping jadi bebaek lah yer..bnyk kan membaca tentang kandungan k…apapun selamat hari raya…

  27. aD said,

    lagendaj, terima kasih!🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: