Aku yang kena stop mendaki

October 20, 2008 at 4:20 pm (Uncategorized)

Kalau ikut perancangan asal, minggu nih sepatutnya aku & Mamoru bawak kengkawan pergi mendaki gunung Liang East-West kat Perak. Tapi sayang terpaksa kansel bila dapat tau aku pregnant. Mamoru pulak, tak sanggup nak teruskan trip tu kalau aku takde disisi. Hee sayang sungguh dia kat aku kan?

Yang malangnya.. kengkawan kami lah. Kesian kat derang yg dah bersemangat nak mendaki gunung Liang minggu nih. Sorry ye geng. Aku terpaksa amik cuti dari mendaki gunung untuk satu jangkamasa yg aku sendiri tak pasti. Tapi kalau nak ajak aku organize trip yg dedekat (e.g, air terjun), takde masalah. Tapi korang kena convince kan Mamoru dulu lah.. hehehe.

Untuk trip ke gunung Kinabalu bulan April tahun depan punnnn nyarissss Mamoru tanak pegi tau. Tapi aku paksa dia teruskan jugak. Lebih separuh dari payment dah dibuat. Flight pun dah booked. Lagipun, team xpdc yg lain semuanya belum penah sampai sana. Kang kalau Mamoru kansel, tak ke terkial-kial kengkawan kami nak mencari jalan ke sana nanti. Kinabalu nih trip bercosting tinggi. Nak tanak, Mamoru kena teruskan jugak tanpa aku. InsyaAllah, aku akan make sure semua preparation lengkap sebelum dia bertolak nanti. Huhuhuhu.. melepas aku nak tawan Kinabalu untuk kali kedua.. rugi tiket flight!

Tapi takpeeee.. demi baby dalam perut nih.. aku relaaaaa ok. Nak naik gunung bila-bila pun boleh. Nak dapat baby.. dapat kebahagiaan macam nih.. susah ok. Panjat seratus gunung seluruh dunia pun takkkk dapatttt!

Oh.. wiken kali nih cuti tiga hari kan? Dengar cerita, ada ura-ura nak pegi camping. Sanggup ok kengkawan aku pegi camping kat tempat-tempat yang ‘selamat’ untuk wanita pregnant macam aku nih.. hehehe (tenkiu geng!). Tapi yg tak best tu, tempat tak decide lagi.. (oit.. decide laa cepat.. senang nak buat menu)

5 Comments

  1. biqque said,

    ad, pegi je kk tu, rugi flight tic! tapiiiiii u stay kat hotel la😀

  2. aD said,

    biqque, tu laa. tp ntah lepas ke tak naik flight tu. sebab taim tu nanti tinggal sebulan lebih je lagi sebelum delivery (saya deliver pertengahan June)

  3. Anonymous said,

    Nak share info :
    Kalau baby dideliver dalam flight.. cost baby tu membesar sehingga umur 18 tahun akan ditanggung oleh Flight Company… so deliverla dalam flight… 1 more, yang akan sambut baby masa deliver tu adalah pilot yang memang telah dilatih untuk menghadapi situasi sebegini.

  4. aD said,

    anony, thanks atas info. no wonder derang tak bagi naik flight bila dah dedekat due date. tanak tanggung kos melampauu gitu🙂
    psst.. pilot yg sambut? ohh.. rata-rata pilor lelaki kan? tidakkkkk

  5. Anonymous said,

    haah la..bl da msuk 8bln, xble da nek flight..cam c Adeq hri tuh, da msuk 8 bln bru nak blik Sbh dlvry, depa x bg nek..den Adek amek surat doc yg mngesahkn kndgn dia bru msuk 7bln..sibek lepas..heehe..so Ad jgn nk mgatal nk g kK, kot ye Ad bsalin xckup bln, sapa pl nk mbidankn time pntang kt kK tuh?? huk2x

    me, AeL`

Comments are closed.

%d bloggers like this: