Balik Melaka lagi

October 20, 2008 at 9:12 am (Uncategorized)

Wiken aritu tak jadi balik Kuala Selangor.

Pagi Sabtu tu, adik no.2 call ajak pegi tolong ayah kat ladang jagung. Baja dari jabatan pertanian dah sampai rupanya. Jadi, disebabkan taknak ayah berpenat lelah mengangkat baja sengsorang, kami pakat dgn adik-beradik semua balik kampung hari tu jugak.

Sampai je Melaka petang tu terusss direct ke ladang. Tak sempat nak balik umah salam-salam.

Kat ladang.. huii.. 300 ++ guni baja dah siap menunggu. Berat betul guni-guni baja kali nih. Mungkin sebab dah dua hari basah kena hujan. Mencangut jugak lah tengok Mamoru & adik-adik aku mengangkat. Aku tak tolong kali nih. Duduk kat tepi pondok je. Mamoru marah sangat kalau aku usik-usik guni baja tu. Nak berjalan dalam kawasan ladang pun tak boleh. Risau, katanya.

Hari Ahad pun sama – sehari suntuk spent masa kat ladang jagung. Siap bawak tikar & bekal. Kesian Mamoru & adik-adik aku. Asyik terbersin sampai naik ruam kat badam derang disebabkan debu-debu baja tu. Tapi nasib baik kesan ruam tu hilang bila derang mandi.

Alhamdullilah, semua baja dah siap ditabur sebelum maghrib semalam (terima kasih kat Mamoru & adik-adik). Senang sikit keje ayah lepas nih. Cuma tinggal nak bajak batas sekali lagi (untuk mix-kan baja dgn kapur) & siapkan sprinkler je lah.

Iklan
Kalau korang kenal pemborong hasil pertanian (tak kira dari M’sia / S’pore) yang berminat nak beli hasil pertanian (jagung) dari ayah aku, sila email atau tinggalkan mesej di sini ek, tq.
Adik no.2 tengah tolak guni-guni baja ke batas.

Nun kat sana, adik no.3, adik no.7, no.8 & adik-adik tiri tengah bertungkus-lumus tengah panas terik

Mamoru dgn kostum ‘petani berjaya’
%d bloggers like this: