>Lemauuu

October 20, 2008 at 1:03 pm (Uncategorized)

>

Aku adalah sangat malass sekarang.

Ohh sekejap.. sebelum tu, nak minta ampun & maaf dari dua orang kawan baik nih:

1. Faizah (geng kamceng zaman kekecik dulu)
2. Zin (presiden kelab outdoor kami)

Minta maaf sebab tak pegi open house mereka semalam. Aku balik kampung la geng, tolong my daddy berkebun. Kang kalau tak tolong, hati aku duk risau pula nak biarkan dia berkebun sengsorang.

Ok, sambung balik.. cerita pasal kemalasan yg melanda diri aku nih.

Aku heran lah, sejak dapat tau aku pregnant, dengan otomatik badan aku jadi lemau, letih, lesu, tak bermaya. Kenapa ntah..

Kalau dulu style jalan aku bersemangat ala-ala pahlawan – langkah besar-besar, jalan lelaju. Sekarang dah jadi macam wanita melayu terakhir – jalan kemut-kemut – PANTANG nampak lopak air / makcik kleaner mop lantai, terus gigil-gigil aku jalan berpaut ke dinding. Takuttt jatuh ok! Ngeri!

Kalau dulu bab mengangkat barang yg berat-berat selamba badakkk je aku angkut (esp beg haversack yg 50 liter yang selalu aku bawak pegi mendaki gunung tu) sekarang toksah lah.. beg keje aku yg tak sampai sekilo tu pun Mamoru tolong bawakkan.

Ditambah pulak dengan Mamoru yang sangat memanja kan aku nih hah. Habis semua keje rumah dia tak bagi aku buat. Basuh baju pun Mamoru tak bagi ok! Sanggup tu dia curi-curi basuh baju taim tetengah malam (masa aku tengah syiok tido) semata tanak aku basuh baju esok harinya..

Best tu memang lah best.. tapi iskk.. risau aku – takut badan aku semakin lembik dan lemau bila duduk rilek tak buat keje.

Dah la badan asyik lemau je.. selera makan punnn merapik-rapik. Makanan yg aku suka makan sebelum nih, semua aku tolak tepi. Pesal ntah tekak nih. Jangankan nak merasa, memikirkan tentang makanan yg penah aku suka punnn boleh buat aku jadi loya.

Ada sekali tu nak ubah selera makan, aku try lah singgah kat satu restoran nasi campur nih. Nak tau apa aku amik? Nasi kosong, sambal belacan, ikan kering & 4 biji jering.. huhuhu. Kelakau.. kelakau.. konpem orang kedai tu ingat aku tak cukup duit nak makan banyakk.. hehe.

Pastu, setiap kali habis makan, perut rasa tak sedapp manjanggg. Kejap je lah, pastu lapar balik. Proses yg sama berulang-ulang. Sampai satu tahap tu, aku rasa kesian kat Mamoru. Contohnya, malam tadi punya cerita: Pukul satu pagi aku duk merengek lapar. Diulang, pukul satu pagi ok! Sanggup tuu Mamoru keluar tapaukan aku mee goreng. Tapi bila dah terhidang depan mata, aku just makan sesuap je. Tekak tetiba tak leh telan arr. Membazir betul. Sabarrrr je Mamoru layan aku.

Tapi dalam sabar-sabar tu, marah jugak lah Mamoru kat aku. Sebabnya? Aku skip makan pil ‘asid folik’ dua hari.. tsskkkk sedih. Aku kan penakut makan ubat – walaupun pil tu kecik cinonet je, nak menelan nya aku rasa macam nak menelan beruang je. Mamoru tu, bab lain boleh lah kompromi. Bab ubat-ubat nih.. nehi ok! Suka ke, tak suka ke sila telannnnn sahaja, katanya! Tsskkkk.

Baik lah b, dengan ini aD berjanji akan makan ubat ikut arahan b doktor tanpa skip lagi.

Nota kecik:

Aku tak dapat bayangkan macam mana kalau aku kena hospitalize dedekat nak bersalin nanti. Dah lah aku phobia dengan segala macam ubat & jarum.. *tettttttttt tetttttttt*… Seseorang, sila stop kan imaginasi aku nih sekarang. Sila halang aku dari berfikir tentang perkara yg belum berlaku lagi!

5 Comments

  1. suezety said,

    >ad.. apa kata ad alihkan pemikiran ad yg takut jarum n ubat tu kepada benda lain.. sebagai contoh.. ad kan skrg tgh prgnt, apa kata ad pk pasal baby jer.. if x makan ubat if x buat itu ini, nnt apa jadi kat baby.. mcm tu la.. pk betapa terujanya anda dpt baby, baby nnt nak nama apa, pakai baju apa.. try ek.. mana tahu berkesan

  2. Anonymous said,

    >aD, kalo time pregnant tak byk buat kerja kan, nanti nak bersalin susah.Itu je lah mengikut pengalaman 🙂

  3. biqque said,

    >ahhhh…u guys are so deeply in luv…bak kata my fren, cinta mati gitu! bertuah tau mamoru camtu! kena cam dlm paper ngan drama tu, laki wat dekkkk je, tak ke naya kan? i hope that bebila i pregnant, hubby i pun manjakan i😀 amin!

  4. angah said,

    >That is what we call hormonal changes my dear. HCG hormones tengah develop dan badan nak adjust. Benda suka jadi tak suka, lemau malas tu semer normalMasa ni la nak tengok hubby sabar ke tidak. After all it’s the result of his doing kan muahahahaMasa bersalin takde la ubat segala jarum bagai..so pray a lot untuk normal and if possible natural delivery. No epidural, no mask, no induction whatsoever. Angah dedua natural delivery.

  5. aD said,

    >sue: hehe.. bab yg nih memang aD suka.. sedang dipraktikkan nih :)anony: gitu ka? aiseh.. kena buat senaman selalu nihbiqque: insyaAllah.. harapnya bertambah-tambah romentika cik abg awak tu bila awk pregnant nanti nahh :)angah: alhamdullilah, setakat nih dia okehhhh kan aje semuanya. Belum dengar dia merungut lagi. hehe.. harapnya takde rungutan sampai baby lahir hihihih.aD ada gak baca pasal epidural tu. tapi tak berani la nak try. kebas separuh badan kan? ngeri pulak rasanya. kalau dah kebas, cemana nak teran? aD prefer normal jugak🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: