>Pengasuh berebutkan Ayuni

October 22, 2008 at 8:53 am (Uncategorized)

>

Aku ada dua orang anak buah. Dedua perempuan: Ayuni & Jasmin. Ayuni serumah dengan aku (sampai hujung bulan ni). Asal balik keje je, dia lah yg aku ulit. Jasmin pulak nunnn jauh kat Kelantan. Tu pasal jarang aku bercerita tentang Jasmin. Payah nak jumpa. Gambar pun sekeping dua je aku ada. Nanti lah, kalau aku pegi Kelantan lagi (atau Jasmin datang KL), aku amik gambar dia bebanyak.

Hari nih nak bercerita tentang Ayuni.

Malam tadi sampai je rumah aku tengok Ayuni & mama dia takde. Tanya babah dia (adik aku), mana Ayuni? Ada mesyuarat kat rumah pengasuh Ayuni katanya.

Pelik pulak ada mesyuarat taim memalam camtu. Sebenarnya dari semalam lagi aku dah pelik esp bila sorang kakak nih berulang-alik datang cari SIL Sue kat rumah (aku namakan Kak B je lah) Tapi aku takde lah sangka apa-apa. Maybe akak tu saja nak cari kawan borak kut.

Bila SIL Sue balik dari meeting malam tadi, baru lah aku tau cerita sebenar. Ada orang berebutkan nak jaga Ayuni rupanya.. ish ish ish..

Awal tahun aritu, aku ada jumpa Kak B, minta tolong dia jaga Ayuni. Lagipun dia memang full time mengasuh budak-budak kat kawasan rumah kami. Tapi Kak B tamau katanya. Alasannya, dah maksimum dah jumlah bebudak yang dia jaga taim tu.

So, adik aku cari lah pengasuh lain. Alhamdullilah, ada sorang kakak nih (Kak A), sudi jaga Ayuni. Rumah dia pun dekat dengan kami.

Babru-baru nih, Kak B datang jumpa SIL Sue (lepas Ayuni genap setahun), nak minta jaga Ayuni. Terkejut lah SIL Sue. Yelah, tetiba je kan? SIL Sue tak berani nak cakap apa-apa (mungkin nak jaga hati akak tu). cuma suruh Kak B discuss dengan Kak A (pengasuh Ayuni sekarang). Tuu yang derang duk meeting-kan malam tadi.

Pada aku lah kan, cara Kak B nih memang tak patut. Tak tau lah apa reason dia nak jaga Ayuni. Mungkin sebab bilangan bebudak yang dia jaga dah berkurang, atau mungkin sebab Ayuni dah besar (compare dgn Ayuni yang masih telentang lagi masa kami minta dia tolong jaga dulu).. ntah lah. Tapi yang pasti cara dia tu boleh orang rasa pelik & tak puas hati – bahaya nih. Silap haribulan, boleh bercakaran pula. Dah la kami semua berjiran.

Masa meeting tu Kak B sanggup datang rumah Kak A minta Ayuni – berani betul dia nih. Tapi syukurlah, SIL Sue tolak permintaan Kak B secara baik. Alasan SIL Sue, Ayuni dah pandai kenal orang. Takut Ayuni tak biasa & menangis kalau tukar pengasuh. Lagipun, selama Kak A jaga Ayuni memang tak ada masalah pun. Kalau tetiba Sue tukar pengasuh nanti, apa pula kata kak A nanti kan.. kecik hati dia.

Haii.. Kak B.. Kak B.. kalau nak sangat jaga baby, tunggu lah baby aku lahir bulan June nanti.. hehehe.


Hai pembaca blog Mak Long.. cantik tak dua pokok kelapa kecik atas kepala saya nih🙂


Nih gambar Ayuni masa kami pegi piknik kat Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah.


Senyummmm sikitttt


Comelllnyaaaa🙂

1 Comment

  1. !zz@ said,

    >hinak tumpang tanya boleh?u duduk area BTR ke? ur SIL antar her daughter kat pengasuh mana ye?boleh dpt contact dia tak? (kak B atau Kak A)Thanx…my son x serasi la duk nursery..=(

Comments are closed.

%d bloggers like this: