>Dua bulan

October 23, 2008 at 9:14 am (My Pregnancy)

>

Sebetulnya, kandungan aku sekarang dah masuk minggu ke-6 atau senang kira dah masuk bulan kedua lah (wahhh bulan kedua sudahhh?!!! *dup dap *dup dap)

Dah banyak site yang aku surf tentang pregnancy. hampir setiap hari ada je mender baru yg aku belajar. Seronok.

Tentang badan aku, setakat nih biasa-biasa je. Perut? Buncit sikit. Ala, buncit macam dedekat nak period tu – tapi tak perasan pun. Berat? Ntah tak timbang – rasa macam naik jugak lah sekilo-dua. Cuma aku still dalam proses nak membiasakan diri dengan perubahan breasts yg agak mendadak sekarang nih – makin besar ok! Sebelum raya aritu, aku ada beli tiga pasang bra baru. Tak sampai berapa hari je ketat rasanya. Tak boleh tidak lepas nih mestiii beli baru (sory kalau content hari ni agak berterus terang – pembaca lelaki sila buat-buat tak baca perenggan ni ok)

Ohh.. aku dah tau kenapa aku kerap buang air kecil.. rupanya pundi port simpan ‘air kecik’ tu jadi sempit sebab ditekan oleh rahim aku yg makin membesar. Patut lah sepuluh kali sekejap aku duk ulang-alik masuk toilet. Panjang aku punya ‘oOOoooooo’ bila dah tau pasal nih.. hehe.

Tentang makan.. hm, sekarang aku kurang memasak. Bukan tanak memasak, tapi aku tak suka bau hasil tumis bebahan yang aku masak. Bau belacan pun aku tak suka sekarang nih. Tapi makannnn suka lah *haha. Memandangkan aku kureng sikit makan makanan luar, aku terpaksa lah jugak masak kat rumah. Tapi bukan aku yang masak. Sekarang nih, adik pompuan no.6 atau Mamoru yang jadi mangsa menumis. Aku just sediakan rencah-rencah je. Pastu guide dari belakang dinding (sambil tutup hidung – *kelakar!).

Jangan tak caya sekarang aku dah siapkan check-list yang lengkap untuk sambut future-baby nih. Ikutkan hati, hari nih jugak aku nak beli semuanya.. tapi sabarrrr.. Kang ada yang kata aku kemaruk pulak. Tunggu lah dulu.. tunggu sampai aku tau baby nih boy / girl dulu baru aku ajak mamoru pegi shopping. Ok tak?

Tadi aku baca tentang perkembangan baby dalam bulan kedua:

  • Semua organ dan sistem badan utama telah terbentuk tetapi belum sempurna.
  • Tulang belakang, otak dan tali pusat turut terbentuk.
  • Jantung sudah mula berfungsi dan sistem saraf bayi berkembang dengan pesat.
  • Jari tangan dan kaki membentuk, begitu juga dengan telinga dan kelopak mata.
  • Uri yang berfungsi membawa makanan kepada bayi dan membawa bahan buangan dari bayi mula terbentuk, tetapi belum boleh berfungsi.
  • Panjang janin lebih kurang 1 inci dan beratnya masih kurang dari 1 auns. (sumber: ratuhati.com)
Senyummmm je aku baca *hik. Tak sabarnya nak tunggu perkembangan ‘dia’ seterusnya🙂

6 Comments

  1. kuIna Jentayutiara said,

    >sorry la buat u terliur…. if u nak i bleh hantar…

  2. angah said,

    >Nanti lepas 16 minggu lagi best sebab dah start rasa baby gerak2.Huih! rasa teruja nak peknen semula weh!

  3. aD said,

    >kuina: eh takper.. aD gurau je :)semalam dah ‘pulun’ mangga sedap – beli kat area rumah.. terkejut hubby tengok aD duk kunyah mangga atas katil sebelum tido heheangah: wahhh.. dari cara angah cakap macam bersalin tu pengalaman yg sangattt besttt je.. nih yang buat aD teruja nak deliver normal nih. nak rasa sendiri sakit tu macam mana (walau dlm hati ketaqq tak hingat)

  4. MAMAMENCAH said,

    >Tahniah dah preggy.Take care taww….

  5. aD said,

    >mamamencah, insyaAllah & terima kasihhh🙂

  6. Ecah said,

    >huh!! pregnant.. pengalaman yang paling bermakna dalam hidupku.. tp serius tensen time first trimester ni tak hingat!! sakit sini sakit sana.. bau tumis xleh.. tiap-tiap pagi rase nak buwekkk je.. tapi masuk 2nd trimester dah ok sket xde bau-bauan lg.. makan pun ENJOY je.. huhu rase macam nak mengandung lg pun ade.. tp xleh pasal ari tu ceasar.. tensen..

Comments are closed.

%d bloggers like this: