Tidur rumah baru

October 30, 2008 at 10:11 am (Uncategorized)

Sejuk betul mandi pagi nih. Tak sanggup aku nak duduk bawah shower lebih lelama. Lantak lah koboi ke aper. Janji cecah air ke badan.

Malam tadi reramai tidur kat ruang tamu. Takde lah ramai.. bertiga je dengan Mamoru & adik no.6. Adik no.7 tidur dalam bilik dia.. wah, suka betul dia tidur dalam bilik (walaupun masih tak ada katil) – siap tutup pintu lagi!

Rumah masih dalam keadaan tunggang langgang. Banyakkk barang belum keluar kotak. Fridge pun kosong – aku tak on pun power dia. Tv & pc je yang dah dipasang (buruk je terletak atas lantai – keje adik-adik aku la nih). Berselirat wayar dia.

Malam tadi juga, sempat pegi shopping. Berdua je dengan Mamoru beli barang dapur. Nak ajak bebudak tu, semua tengah leka mandi swimming pool (melayan sepupu kami, Siddiq yg datang bertandang)

Selamba je aku masuk Tesco pakai pyjama. Lantak lah. Dah tengah malam, bukan ada yg nak tengok. Lagi pulak, bukan jauh pun Tesco dgn rumah aku. Dua tiga kangkang kera je.

Yang tak bestnya, tengah syiok beli barang, pinggang aku start sakit – spoil betul. Sampai kedek-kedek aku jalan pegang pinggang. Macam orang pregnant sembilan bulan je gayanya. Dalam sakit-sakit tu gigih jugak memborong barang. Tak sanggup aku nak tangguh-tangguh beli barang dapur. Dah la masa agak terbatas sekarang nih. Mamoru pun dah start bz. Taim-taim free nih, selagi boleh aku nak settle apa-apa yang patut dulu.

Habis shopping, Mamoru ajak bebudak tu semua makan kat luar. Berselera pulak aku makan kat luar malam tadi. Siap order memacam: tom yam putih (tak sedap, kurang pedas), kailan ikan masin & ikan kembung goreng pedas (wah, aku pun dah terikut-ikut selera Mamoru – suka makan ikan kembung)

Habis makan, balik rumah – terusss zZzZZzzz.. Tak sanggup nak tunggu Mamoru. Dia buat apa ntah lambat sangat peluk aku. Mengemas kut.

Hari nih sambung mengemas lagi – lesu nyaaa.

6 Comments

  1. Ecah said,

    wow rumah baru ade swimming pool ke? tesco 2 3 kangkang? mcm besh je..

  2. aD said,

    ecah: ala pool jenis share gegamai.. kalau pool private, alamat kena tunggu kaya dulu lah hehehehhe

  3. Elyn said,

    skang tgh berdua tido kene peluk….. nnt dh ade anak…. tido peluk anak plak hiksss

  4. Anonymous said,

    aD area mana nie Tesco sekangkang kera je, macam best je. Nie yang nak carik rumah kat sana gak hahahaha

  5. emilia azman said,

    letak la tgk gamba rumah baru.. nak tengok!!!~~~

    tu la.. ada swimming pool n dekat dgn tesco.. bunyik cam menarik je utk di tgk..

  6. aD said,

    elyn: hehehe.. tu lah, ada beberapa bulan je lagi boleh tido berdua nih.. kena guna ‘sebaik mungkin’ (hehehe)

    anonymous: rumah aD kat area bandar sri permaisuri🙂

    emilia: nak bubuh sekarang macam malu lah pulak.. umah macam kapal karam.. bersepah banget.. hehe. nanti dah susun semua barang baru tempek kat sini ek

Comments are closed.

%d bloggers like this: