Resepi pizza sodap

October 31, 2008 at 8:21 am (Resepi)

Masakan first yg aku buat kat umah nih. Nak masak lauk, gas tak beli lagi (boleh je nak beli semalam, tapi Mamoru balik lambat. Aku lak malas nak gi kedai. Kang kalau order gas, dah tentulah Abg kedai tu akan hantar sampai dalam rumah kan? Takmo.. takmo.. dah lah Mamoru takde)

Disebabkan takde apa yang boleh dimasak taim-taim darurat camni, kita kena lah guna apa je yg ada dalam rumah tu, ye tak? Tu yang timbul idea nak masak pizza (since masak pizza tayah guna gas – cucuk je kat plug)

Buat pizza nih senang je. Bebahan pun simple. Cuma yang lecehnya kalau tekak kita nih demand melampau (semua mender nak letak dalam pizza tu – kalau boleh nak sama macam pizza hut kononya – over laa kan)

Ok, bebahan yg aku guna untuk buat doh: tepung gandum (setengah kilo), yis segera (satu sudu kecik), susu UHT sekotak kecik (ala, kotak yg selalu kita minum cucuk straw tu), gula sesudu, marjerin sesudu & garam secukup rasa.

Maaf lah, tak ada gambar cecara nak buat doh nih. Mana sempat snap. Tangan bertepung laa. Tapi takpe, korang pepandai lah guna imaginasi..



Memula, larutkan yis dalam sedikit air suam bersama gula (letak tepi dulu). Pastu sediakan mangkuk besar, masukkan tepung, garam, marjerin dan gaulkan sesikit dengan susu tadi. Agak-agak lah.. janji boleh diuli dan tak melekat-lekat. Bila dah jadi doh, perap kan selama sejam.



Sementara tunggu doh mengembang, korang sediakan lah bebahan untuk bubuh dalam pizza, e.g., capsicum (cili hijau cameron), nenas, bawang besar, daging cincang, sosej, button mushroom etc.. etc.. banyakkkk mender boleh bubuh dalam pizza nih. Ikut kesesuaian anak tekak juga. Kalau nak simple, bubuh dua tiga jenis bahan pun dah memadai. Tapi dalam kes ni, disebabkan aku ‘hantu’ pedas, makanya aku telah membubuh cili merah & cili padi di dalam pizza nih (memang pedas gila lah)



Ok, bila doh dah kembang semangkuk, uli sampai jadi bulat. Aku guna uli tangan je – penyek-penyek pakai jari pun boleh. Disebabkan adik no.6 suka suka makan cheese, aku buat style stuffed crust. Senang je pun – sumbat belah tepi je.



Pastu, bubuh paste tomato kat bahagian tengan. Again, disebabkan tekak aku nih melayu sikit. Aku campurkan sos cili sekali kat situ.. hehehehe.



Pastu bubuh la segala bebahan yg korang suka. Campak-campak je.



Pastu bubuh cheese bebanyak (sebanyakkk mungkin). Aku guna cheese mozarella je. Korang nak guna jenis lain pun boleh.. nak campur-campur pun laaagiii bolehh. Pastu bakar lah dalam oven. Make sure suhu oven
180°C – bakar dalam 20 minit.



Dan taddaaaa… rupa pizza yg dah siap dimasak.. Ohh.. untuk resepi nih, aku boleh dapat 3 biji pizza saiz pinggan besar! Satu pass kat blok sebelah, dua lagi kami ngapppp!

p/s: Kredit untuk blog kak nani rostam atas resepi besttt nih!

24 Comments

  1. Ecah said,

    fullamak terel la wat pizza!!!~ lama dah teringin nak makan pizza wat sendiri.. lorrhh senang je rupenye ingatkan susah sangat..

  2. suezety said,

    anda telah membuatkan diriku ini terliur!! comfirm weekend ni ku buat pizza!

  3. aD said,

    ecah: aD pun ingat susah nak membuatnya.. rupanya simple la sesangat. budak kocik pun reti hehehe

    sue: yaaa buat jangan takk buat (pastu jgn lupa jemput aD hihihihi)

  4. Zana S said,

    huhu..lama nye tak makan pizza yg mak buat. TET! bukan sdri buat iye.. mak ku yg buat. anak dia??? sgt la rajin utk mkn shj. lalalalala😛

  5. bebey said,

    kak ad ni bagusla..
    semua resepi akak simple and boleh buat sendiri kat umah..
    banyakkan wat resepi simple2 mcm gini lagi eh..

  6. saya said,

    pizza satuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

  7. biqque said,

    u ni kan mmg la…pandai masak! geram i! abih kawan i sorang lagi pun duk sangkut kat page u tgk resepi…hehehe!

  8. ellyn said,

    pandainye…

    cam ni akak kena beli oven gak la nk buat pizza…

  9. E.L.L.Y.N said,

    pandainye…

    cam ni akak kena beli oven gak la nk buat pizza…

  10. eedany said,

    wow… bestnya.

    nanti ada masa kita nak try lah!

    TQ for sharing ad.

    🙂

  11. PENDEKAR said,

    peh masak sendiri…..boleh ganti pizza hut nie….he he he,

    buat banayk2 skit sedekah kat kami nak rase jugak, he he he.

  12. suezety said,

    hahahahaha ku telah berjaya membuatnya.. terima kasih yer cik ad.. yummy!!!! thanks gak sbb sudi layan cik sue yg siap call awak.. hehehehe

  13. aD said,

    zana s: bestttnyaa ada mak. kalau aD ada mak pun, hehari aD ngendeng-ngendeng suruh mak masak.. sedap kan masakan mak nih🙂

    bebey: insyaAllah.. kalau ada lagi nanti akak post.. seronok share-share nih hehe

    saya: siapppp!!

    biqque: hehehe.. *malu*.. saya budak baru belajar.. masih trial n error lagikk

    kak ellyn: beli jangan tak beli kak.. banyak gunanya oven nih hehehe

    eedany: most wc dear.. dah siap nanti upload gambar tau🙂

    pendekar: tsskkk.. saya buat sikit je.. tapi kalau nak rasa, mai la umah🙂

    sue: wahhh dah buat ek? upload la gambar.. hehehe. anything.. tpun je.. hehe

  14. Duke Luce Dell'amore said,

    salam..pizza tu nmpk sgt sedap!!

  15. Duke Luce Dell'amore said,

    salam..pizza tu nmpk sgt sedap!!

  16. Duke Luce Dell'amore said,

    salam..pizza tu nmpk sgt sedap!!

  17. Duke Luce Dell'amore said,

    salam..pizza tu nmpk sgt sedap!!

  18. Duke Luce Dell'amore said,

    salam..pizza tu nmpk sgt sedap!!

  19. Duke Luce Dell'amore said,

    salam..pizza tu nmpk sgt sedap!!

  20. Duke Luce Dell'amore said,

    salam..pizza tu nmpk sgt sedap!!

  21. Duke Luce Dell'amore said,

    salam..pizza tu nmpk sgt sedap!!

  22. Duke Luce Dell'amore said,

    salam..pizza tu nmpk sgt sedap!!

  23. aD said,

    duke, rasanya pon sodappp (puji diri sendiri ahahaha)

  24. neessa said,

    nampak sedap giller la kt aD…bek2 jg baby tu..bg mkn ckup2…tkot nti susah nk deliver….im ur new follower…bestla baca blog kak aD…..

Comments are closed.

%d bloggers like this: