Mosang King

November 3, 2008 at 3:09 pm (Uncategorized)

Aku suka makan durian. Tak kira jenis apa pun aku makan.. janji durian.

Mamoru pun suka makan durian. Tapi dia agak memilih kalau nak makan durian nih. Durian pilihan dia mempunyai nama yang pelik-pelik. Kalau aku hanya kenal durian jenis Kampung, Durian Daun & durian yang ada huruf D yg diikuti dengan nombor-nombor yg aku tak faham maknyanya… Mamoru lebih lagi. Dia kenal durian jenis Udang Merah, Raja Kunyit, IOI… dan semalam aku diperkenalkan dengan Mosang King. Hebat kan?

Semalam jugak, untuk pertama kalinya aku makan durian yg sangattttt mahal harganya. Sekilo je RM 30!! Ternganga mulut aku sekejap. Berat untuk sebiji durian paling koman pun sekilo lebih.. gilo apo nak makan durian sebiji dekat nak 60 inggit??

Tapi untuk peminat durian macam Mamoru, harga adalah soalan kedua.. yang penting, rasanya!


Tu diaaa..

Nih lah rupa Mosang King yg telah kami makan dengan berhati-hati tanpa meninggalkan secuit isi pun (maklum lah mahallll). Tapi memang puas hati lah. Dengan warnanya yg kuning keemasan.. isi yang tebal dan rasa yang sedaapppppp sekali!

p/s: Kami makan sebiji je.. (jadi laaa – baby nak rasa.. *alasann)

%d bloggers like this: