Hepi 9 monthsary

November 7, 2008 at 5:08 am (Uncategorized)

Rindu kat Mamoru.

Ahad nih dia keje😦

Biasalah kalau dah keje IT tu, bukan kira hujung minggu.. tetengah malam pun kena keje tau. Tapi nasib baik bukan selalu.

Takde plan untuk esok. Puas dahh aku pujuk Mamoru pegi piknik kat Air Terjun Sg Chilling. Tak dapattttttt dik nonn. Kata Mamoru, batu-batu kat kawasan air terjun tu licin. Dia risau. Lagipun, nak menyampaikan ke kawasan air terjun tu kena trekking dalam setengah jam. Lagi lahhh dia risau.

Hmm.. takpe. Aku pun risau jugak. Cuma tu lahh.. teringin nak mandi sungai je. (Teringin yang camnih boleh dikira mengidam ke.. ahahaha.. *yer aku tau tuu mengada namanya)

Minggu depan, insyaAllah aku akan buat 2nd check-up kat klinik area rumah aku tu. Kali nih sekali dgn scan ok! First time nak scan baby nih. Kalau ikut apa yg aku dah baca, besar kemungkinan, aku akan dapat dengar bunyi degupan jantung baby pada minggu ke-10!! Wahh.. tak sabar nih. Macam mana perasaan aku nanti ek? Perasaan Mamoru pula macam mana? Kata orang, kalau kita dah boleh dengar dengupan jantung baby, maknanya risiko untuk miscarriage dah semakin berkurang, betul ek?

Ramai yang dah tanya hospital mana yg aku pilih untuk deliver baby nanti. Awalnyaa.. Kita memang kena decide hospital awal-awal eh?

Bercakap tentang hospital nih, aku kalau boleh nak doktor perempuan yg rawat aku. Aku nih kan, walaupun berjiwa kental & lasak, tapiii bab-bab yg membabitkan ‘mender bawah’ tuu.. aku malu ok. Biarlah sepuluh nurse pompuan menghadap ‘bawah’ tu.. tapi jangan ada sorang lelaki pun. Aku tak sanggup! Memandangkan kat hospital goverment tak boleh pilih-pilih doktor, terpaksalah aku pegi kat private.

Gee ada cadangkan aku buat 2 jenis check-up sekaligus – dekat private & goverment sekaligus (oh, Gee baru je lahirkan baby 3 minggu lepas – tahniah geng!). Reason dia, in case kalau ada emergency, dan kita tak sempat nak pegi hospital pilihan kita tu, at least kita boleh direct ke hospital goverment yang terdekat. Kata Gee, penah sekali tu jadi kes sorang makcik dia nih emergency nak bersalin tapi hospital goverment tak boleh terima sebab dia takde ‘buku merah’. Yelah sebelum tu makcik dia duk buat check-up kat private hospital je – plan nak lahir kat private la kan. Terpaksa lah makcik dia patah balik gi hospital private.

Hm.. betul ke hospital goverment tak terima kes emergency kalau takde ‘buku merah’? Perlu ke aku buat 2 jenis check-up semata nak dapatkan buku merah & dalam masa yg sama, buat rutin check-up kat hospital swasta?

Aduss pening. Takper lah sok lusa aku pegi jumpa doktor, aku try dapatkan jawapan.

Eh.. esok 8 November kan.. *wink*..

Memandangkan esok wiken, dan tak tentu lagi aku rajin nak berebut pc dgn adik-adik kat rumah, aku wish hari ni je lah:

Buat incik Mamoru.. hepi anniversary kita yang ke 9 bulan! Hadiah takdok.. tunggu yearly anniversary je lah.. hehe.. *eh jappp.. Hadiah ada lah.. nih baby 9 minggu dalam perut nih.. hehehehe.

Wah.. 9 bulan kita kahwin baru dapat baby 9 minggu kan? Alhamdullilah, tak lama penantian kita🙂


Macam tak percaya je nih rupa bakal mummy.. Rasa macam bebudak lagi.. huhuhu

14 Comments

  1. za|d said,

    setau aku x perlu pon kad merah tu kalau emergency kes. Bwk jek kad yg klinik swasta bagi tu.

  2. geecantik said,

    romantiknya ual… uals… nanti adds my blog kat freinds uall ya.. tq

  3. aD said,

    zaid: ya ke? risau juga..

    geecantik: ok! apa saja untuk ex-classmate i nih hehehehehe

  4. Ecah said,

    mamoru cakap tu btol tau aD.. sungai² ni bahaye wat ibu mengandung..

    hrrmm nak dengar jantung baby.. best dan syahdu gitu.. degap degup degap degup laju dan kencang..

    kalo xde kad merah pergi gov hospital, siapla telinga pedih sket.. ari tu mase ecah deliver ade kes xde kad merah doktor tak marah pun, nurse plak yang lebih-lebih.. tp kalo pergi check up dua-dua pun boleh.. kk kan free..

    seeloknya pergi private!! serik dah ecah bsalin kat government. patut ari tu bleh normal tp ceasar bengkak tol hati..

  5. juelee said,

    comel bakal ibu nie…
    musto baby comel nnt..
    salam kenalan ye!

  6. ~dARlee zURiS~ said,

    hehee..mmg cam budak2 g

  7. hOOdedLicIOUS said,

    teringin nak mandi air sungai ke..meh la sini..kat Sungai Sedim Kedah ni..air dia memang sejok bangat dan jernih bangat..sebab air dari Gunung..bukan air takungan ke ape ke..bestttt..

    Sowy..new reader ni..tetibe jer nyibuk..ahaha..jom exchange link..

  8. diLL said,

    wah sweet jer..

  9. za|d said,

    CUMA 1 JEK LA AKU PIKIR. KALAU KO WAT CHECK UP KAT 2 TEMPAT SKALI, MAKNANYA JUMLAH ULTRASOUND YANG PERLU DIBUAT DOUBLE KAN? SATU MASA GI KAT SWASTA DAN SATU LAGI KAT GOVT. CUBA TNY DOKTOR KOT2 KESAN BURUK KAT BABY KALAU?

  10. Anonymous said,

    along…nak faizal nya blog…

  11. eedany said,

    wah cutenyer…

    bila son/daughter dah besar nanti tentu macam adik beradik.

    Happy 9th months Anniversary.

    🙂

  12. Angah said,

    Cek kat govt atau kat private sama saja. Cuma yang beza masa menunggu la… ratio pesakit ngan doktor tu besar. As for cara atau peralatan sama semuanya.

    Angah check up kedua2 anak kat klinik desa je. Tak ramai orang. Nurse pun sangat ok. Beberapa kali kena jumpa doktor. Tu je.

    Part bersalin terpulang pada individu. Kedua2 anak angah pun kat govt hospital. Reason being sakit tetap sama. Lebih rela belanjakan RM ribu2 tu buat aqiqah untuk anak.

    Alhamdulillah I had a pleasant experience both times. Tak disangkal ada kes2 traumatik yang berlaku.. just pray for the best lah..

    As for buku merah tu untuk tujuan rekod je. ramai je member angah tak buat tapi bersalin kat govt hosp. ang pakai buku merah tp bsalin kat private pun ada. So jangan risau la aD.

    Part check ahem2 tu kan.. masa dah sakit nak bersalin nanti percaya la.. dah tak hirau dah sapa nak check ekekekeke.. but again I was sooo lucky for both of my babies were attended by a lady doctor..

    macam entry la pulok hiks

  13. aD said,

    ecah: kengkadang aD nih tauuu dah bahaya.. tapi gateii gak nk pi. nak kena sekeh baru sedar nih.. bab kena sound tu betul lah Cah. ramai dah yg cakap nurse kat gomen suka sound kalau kita takde kad merah. naper tatau..

    juelee: *blushing* maseh🙂

    darlee: perangai pun sama hehehe

    hoodedlicious: wahh air sungai sana fresh? bestnyaaaa.. nak alamatt. nak exchange link, boleh saja🙂

    dill: ai malu.. tapi soka ahahaha

    zaid: oh ye ke? kalau scan bebanyak kali effect kat baby ek? macam x-tray ke?

    anonymous: aik nih musti my SIL Ida nih ek? blog dia.. http://geecantik.blogspot.com🙂
    Da, minggu nih piknik jom!

    eedany: maseh.. seronok kan kalau dapat tgk anak besar depan mata. nyesal lak kawin lewat aritu huhuhuhu

    angah: thanks angah atas info. banyak mender yg aD tatau nih. best kan dapat doktor perempuan. hospital gov lak tu. untung angah. aD pemalu tsskkkk. pulak tu penakut hospital. bila baca tentang orang yg senang delivery nih rasa sejukk je hati.. bila baca yg ada complication pulak.. ya Allah berdebarnya. aD kena baca banyakkk lagi. Kena dapatkan info lagi. Banyak mender nak kena prepare – mentally.
    betul ckp angah, duit ribu-ribu baik habiskan buat aqiqah.. tapi, tu lahh, duk dengar cerita bebukan je dari hospital gov sampai aD jadi takuttt.. camna?😦

  14. ~aianna~ said,

    dear sis…baru sempat nak jenguk ur blog…wahh makin berserilaa muka..hiks!btol..ikhlas…cute!

Comments are closed.

%d bloggers like this: