Emo terlebih

November 12, 2008 at 7:37 am (Uncategorized)

Ada satu cerita kelakar dan agak sengal terjadi kat aku dua hari lepas. Sangat menyentuh hati.. hehe.

Camni, Isnin aritu Mamoru balik lambat. Dia dah inform awal-awal yang dia ada ‘migration’ (istilah IT yg dia selalu guna) kat salah satu dari opis goverment nih. Ok lah.

Lewat petang tu aku call Mamoru. Tak dapat. Hp off. Taim nih ok lagi – Aku bajet hp Mamoru bateri flat kut. Sejam lepas tu aku try call lagi. Punnn tak dapattt. Taim nih dah pelik sikit. Biasanya, Mamoru bawak charger. Nape tak charge? Bateri spare pun ada. Takkan Mamoru tak tukar bateri / charge hp.

Pada yg kenal Mamoru, dia adalah sangat teliti bab-bab hp nih tau. Maklum, keje dia banyak guna hp. Kekejap kang berbunyik je hp dia. Kalau tak orang call, mesej mesti berlambak-lambak. Setakat dapat mesej pukul dua tiga pagi tu aku dah biasaaaaa sangattttt. Oh, bebaru kawin dulu asal dengar je bunyik mesej kat hp dia taim odd hours, harus aku curi-curi bangun & baca.. *hehehehe abis lah kalau Mamoru baca entry nih.. Bukan tak percaya ok, cemburu je (siapa tak sayang laki dik nonnn! ahahaha). Nak tau apa mesej yg dia dapat pukul dua tiga pagi tu?

“nts6&# – code ntahapekemender – *(><+^ – monitor *6$@ – MPKlang is currently down. (*&$

Lebih kurang camtu lah bunyiknya. Rupanya.. semua mesej-mesej tu komputer generated – Semua tentang keje.. tentang IT.. ihik ihik ihik.. termalu aku tau. Sekarang nih, takde makna aku nak buat camtu lagi.

Sambung balik cerita tadi.

Maghrib, masa tengah solat, hp aku berbunyik.. banyak kali lak tu. Senyum aku sambil sembahyang tau (ops – sembahyang boleh sesenyum lak). Aku agak, musti Mamoru yang call. Abis solat, aku cek hp. Ada 10 miscall!!! Banyakkknyaa.. tapi, eh.. bukan Mamoru. Nombor SIL Juli (akak Mamoru) & nombor BIL Dila (abang Mamoru) – Aku dah start cuak.

Aku call hp Mamoru – still tak dapat. Dada aku dah berdegup kencang taim nih. Aku call BIL Dila. Taim aku call nih suara aku dah start serak-serak – risau! BIL Dila tanya Mamoru. Aku cakap lah Mamoru tak balik lagi. Suara BIL Dila pulak semacam je.. lagi lah aku risau. Sekejap je cakap dgn dia. Macam nak cepat je bunyiknya.

Dada aku dah start rasa sesak – saat-saat camni, aku adalah sangat emo ok. Aku try buat keje-keje rumah: gosok baju keje Mamoru, lipat kain, kemas bilik. Tapi makin lama aku rasa makin lembik. Aku masuk bilik – kunci pintu (tanak arr adik-adik aku nampak aku lemah camtu kan..)

Puas aku duk fikir kenapa Mamoru tak call aku. Biasanya, even taim keje, selang sejam / dua, Mamoru atau aku akan sentiasa call semata nak cakap “rindu” atau tanya “makan apa”, “buat apa”, “masak apa”.. Tapi petang tu takde langsung call dari dia… Mata aku dah start berair. Kepala dah start fikir yang bebukan..

Lepas Isyak, aku ingat nak tenangkan diri dengan mengaji, tapi dah tak boleh.. air mata dah keluar non-stop.. hingus pun sama.

Taim-taim camtu mula lah nak flashback – flash ack (macam drama lak kan). Mula lah teringat-teringat perangai aku yg suka sangat merajuk (mengada) – Pastu suka buat Mamoru serba salah – tssskkkkk rasa berdosa sangat. Makin laju air mata nih keluar.

Serious ok. Dari mula aku kenal Mamoru kat puncak Kinabalu sampai lahhhh sekarang, dia tak pernah buat aku sakit hati. Terasa tu ada lah tapi tuuu sebab salah aku sendiri. Dalam banyak-banyak hal.. dia memang sentiasa lebihkan aku. Apa yg aku nak, sebolehnya dia takkan cakap tidak. Sayangggg sangat dia kat aku tau. Tsskkkkkkk..

Aku baring atas tilam – paksa diri untuk tidur. Takkk jalannnn. Aku bangun, selongkar semua laci cari contact no. opismate Mamoru – cari no boss Mamoru yg selalu nge-teh dgn Mamoru. Takkk jumpaaaa. Aku nangis lagi. Menyesal pulak aku tak save no. opismate dia. Even no. opis Mamoru pun aku tak simpan. Tssskkkkk wife jenis apa aku nih – tak amik tau langsung pasal keje-keje Mamoru (ekceli sebelum nih aku ada simpan no opismate Mamoru. Tapi disebabkan aku selalu sangattttt hilangkan hp, aku jadi malas nak save no sesiapa lagi – teruk kan aku?)

Selongkar punya selongkar, aku jumpa name card Mamoru. Ada no opis dia kat situ. Aku dial – tapi siapa jeeee yang nak angkat memalam buta camtu. Sambung nangis lagi..

Aku paksa diri untuk tidur balik. Aku cuba tenangkan diri – stop fikir mender yang bebukan. Hp aku letak dalam poket baju tidur yg aku pakai. Harapppp sangat ada orang call.

9.35 malam, ada no yg aku tak kenal masuk – Ya Allah rindunya aku kat suara tu – Mamoru!! Dia call guna hp kawan dia. Betul lah.. hp dia abis bateri. Dia masih kat site lagi.

Ntah berapa ratus kali aku ucap alhamdullilah lepas abis cakap dgn Mamoru. Leganya Tuhan je yang tahu. Teruss bersemangat balik lepas tu. Terus boleh tergelak-gelak balik. Teruss boleh keluar bilik mengadap tv. Teruss boleh makan dgn lahapnya..

Pukul 10 lebih Mamoru balik… aku mula jadi macam bebudak. Berkepit dengan dia macam esok dah takde. Kesian Mamoru – dia demam malam tu. Mamou cakap dia nak MC esoknya. Badan dia rasa tak larat sangat. Aku apa lagi.. gedik-gedik nak amik cuti sekali. Tu pasal semalam tadok entry.. kami tak keluar bilik sehari.. ahahahaha.

Ok. The end cerita mengarut yang ntahapahapa nih..

p/s: Orang ngandung memang emo-terlebih kan?

5 Comments

  1. biqque said,

    i keje support IT, mmg hp tak benti2 dpt auto generated sms…paham sgt dah tu😀

    mmg orang ngandung emo…kawan i, everytime hubby dia ckp skit je, terus mencucur2 air mata. patu skit2 nak risau la, terasa la, makan hati la, menangis la…sbb tu orang ckp orang ngadung ni dpt exeptional😀

  2. Elyn said,

    gegege bile di igt2 blk time preg dulu…. mmg tahap emo tu terlebih2 …. cam kelakar pun ado….. apa2 pun jgn ober2 tau, kang mamoru x thn plak hikss

  3. hOOdedLicIOUS said,

    sowy nyibuk lagi..out of topic..nak alamat ke..leh jer..kat situ chalet pon ada..ni no contact..04-4901588..email..sedimttw@streamyx.com..

  4. aD said,

    biqque: bz kan orang IT nih.. kawan tu si syed & salhazira ek? dengar dia pun tengah pregnant🙂

    elyn: risau gak nih.. hehe. tapi alhamdullilah, setakat nih, dia layan kan aje hehe.

    hoodelicious: tenkiu.. insyaAllah, nanti kalau ada masa (& kalau mamoru bagi approval), sampaiii jugak aD ke sana!

  5. biqque said,

    haahhhhhhh salhazira tu keje ngan i kat ibm(affin) ni…i panggil dia ‘mate’ sbb dulu teambuilding satu bilik ngan dia. dia pun tengah pregnant! subur tul la korang budak2 gunung ni😀

Comments are closed.

%d bloggers like this: