>Pilih nama

November 13, 2008 at 8:15 am (Uncategorized)

>Saja nak tempek gambar aritu. Masa temankan Mamoru pegi klinik kat area umah kami.


Tengok la tu.. cuti dgn tak cuti sama je. Sentiasa bz – sentiasa ada orang call :p~


Oh.. nih kasut baru. Beli masa sales kat Jusco – murah tau.. RM 30++ (tak ingat). Selain hitam, dia ada kaler pink & kuning (kaler lain aku tak perasan pulak). Rupa dia lebih kurang macam selipar jepun yg aku duk pakai hehari tu.. Tapi yang nih ada bunga ros besarrrrr tau. Kalau jalan tu konpem orang akan pandang bawah. Sangat menarik perhatian ok.. hehehe..

Malam masa Mamoru MC aritu, kami ada balik Kuala Selangor sekejap – petik buah mangga epal (balik sekadar nak makan mangga, boleh?). Eh, tak lah.. ada urusan lain sebenarnya. Mangga tu reason no.2.

Masa tengah lelepak dgn in-laws semua, Farah (anak buah) Mamoru datang letak telinga dia kat perut aku. Tergelak aku dibuatnya ~ perut Mak Uda (panggilan untuk aku) kempis lagi laaa Farah oii.

Mamoru pass kat aku buku yang ada senarai nama-nama untuk baby (seeeeee how excitednya hubby aku nih! baby baru 3 bulan dia dah beria cari nama). Bukan Mamoru sorang, Farah pun beria buka buku tolong carikan nama untuk baby dalam perut nih. Bila dia dah jumpa nama yang dia berkenan, dipaksa-paksanya aku pilih nama tu. Aduss.. layan kan je lah.

Farah: Nanti kalau baby nih lahir Mak Uda kasi nama nih kat dia tau! (punyalah bersemangat si kecik nih)
Aku: Tanya Uda (panggilan untuk Mamoru) dulu. Kalau Uda kata ok.. ok lah.
Farah: Uda.. kakak ada nama besttt untuk baby Uda.
Mamoru: Apa nama dia?
Farah: Muhamad Rusdi Zahir!
Mamoru: Tanak lahh.. macam nama Indon!

Aku bantai gelak je lah. Lantak lah derang berdua.

Pelik aku tau.. naper lah si kecik Farah tu duk pilih nama lelaki untuk baby aku. Confirm ke baby nih lelaki???? Serious aku pelik.. nama perempuan sikit pun dia tak cari.. *mushkil.

5 Comments

  1. CRAZY BEAUTIFUL88 said,

    >teringat zaman nak bagi nama anak dulu-dulu, sampai sekarang pun kak rose still ader beberapa nama lagi untuk bakal anak-anak kak rose tapi tulah rezeki belum ader lagi

  2. aD said,

    >crazy beautiful88: wahh.. hebatnya! kak rose dah siap rancang semua nama-nama baby. aD pun suka anak reramai nih. Paling kurang nak 5 orang! Kalau boleh nak banyak-banyak macam adik-beradik aD (10 orang) hehe.insyaAllah, aD doakan cecita murni akak tu akan tercapai tak lama lagi.. aminnnnnnnnnnn (pjg sikit🙂

  3. Ecah said,

    >rajinnyer adik carikan nama baby boy.. teringin nak anak buah babyboy tak..

  4. Elyn said,

    >penin tau nk cr name baby….. mkn berbulan gak la mencari. sebbaik pregnant 9 bln so bleh lengah2 mencari!!!!hihih

  5. aD said,

    >ecah: derang memang nak sangat boy.. ad tak kisah memana pun, janji sihat & cukup sifat :)elyn: betul tu. nasib baik ada lagi beberapa bulan. ad pun memang takde yg terlintas lagi dlm kepala nih.

Comments are closed.

%d bloggers like this: