Voucher free

November 13, 2008 at 3:17 pm (Uncategorized)

Semalam, habis je meeting, salah sorang dari boss aku bagi bagii satu sampul surat. Cara dia bagi tu agak pelik. Main sorok-sorok bawah paperwork yg berlambak atas meja aku nih. Mungkin dia tanak orang lain nampak kut. Yelah, kang takut semua mintak pulak.

Ingatkan angpau (aperdaa angpau, raya cina lambat lagi).. rupanya voucher Chicken Rice Shop (Boss aku punya wife owner Chicken Rice Shop tau) Aku dapat 6 keping voucher bernilai RM 60! Wahh.. RM 60 tu boleh makan 4 / 5 orang ok.

Oh.. oh.. voucher nih bukan untuk di give-away yer kengkawan (uuuu.. sekarang trend bagi-bagi hadiah kat blog adalah sangat berleluasa. aku lum sampai tahap tu lagi.. lum kaya lagi dik nonn)

Apa pun, alhamdulillah, nih rezeki Mamoru & adik-adik (aku tak minat makan Chicken Rice Shop benornya hehehe)

Kenapa laa aku rasa voucher nih sangatttt comel ek.. hmm mungkin sebab dia free ihik hik
p/s: Ok lah.. jumpa esok. Aku nak balik dah nih. Malam takde entry yer.. aku malas nak berebut pc dgn adik-adik. Laptop pulak, Mamoru guna – dia nak main racing-racing aperntah. Kalau dapat duit banyakkk boleh beli keta bestt katanya – beli dalam game tu lah.. hehehe (pada yg suruh aku update entry bebanyak tu.. amacam ok tak?).

7 Comments

  1. Ecah said,

    hwahwahwahhhh.. dapat voucher free da xnampak org len dah skrg ni ek..? ahakss!!~ jgn marah..

  2. aD said,

    ecah: err.. err.. *rolled eyes*.. sambil bebuat tak paham.. lalalalala😀

  3. biqque said,

    ad, lupakan nasik ayam tu. i nak jemput u dtg mkn2 kat umah i…i buat housewarming@openhouse@anniversary (ada nasi tomato, puding roti, roti jala uuuuu). theme colornyer putih. datang la ngan mamoru! email me at biqque@yahoo.com for details k?🙂

  4. NONIE AZIZ said,

    Uiishhh Ad…6 kan voucher tu…sambil mata jeling2 klip pok klip pok(bulu mata pelsu berat)..2 utk pasangan bahagia ni 4 tu bagi akak bleh? bleh? muahahahaha…salam kenal…

  5. saya said,

    rezeki… rezeki…

  6. BigMouth said,

    Ad, boleh bwk satu family lah…

  7. aD said,

    biqque: wahh.. bila tu. pasal makan takde hallll (perut memang selalu lapau hehe) ok ad email jap gi.

    nonie: ahahahaha.. akak kena panjangkan lagi bulu mata tu ke sini.. tak sampai nih hehehe.. salam perkenalan kak nonie🙂

    saya: alhamdullilah🙂

    bigmouth: bolehhhh.. jom arr kita gi sekali (tapi bayau asing-asing leh? hihihihihihi)

Comments are closed.

%d bloggers like this: