Diserang asthma lagi

November 19, 2008 at 1:32 am (Uncategorized)

Baru lepas kena cucuk malam tadi. Ngeri betul. Dah la aku penakut jarum. Bukan satu tempat je derang cucuk – sekali dua ok. Masa kena yg nih, aku ‘ok’ lagi. Bila kena lagi sekali sejam lepas tu, bergenang air dalam kelopak mata nih. Ya Allah.. nih baru sakit biasa. Sok lusa bila bersalin nanti, macam mana pulak rasanya kan.. *insaf*

Masuk hari nih, dah 4 hari aku terlantar hina dilanda asthma. Aduss.. baru je aritu aku duk berlagak konon sepanjang pregnant nih aku rasa sihat & tak kena morning-sickness yg teruk.. sekalikkkkkk padan muka Tuhan balas ‘cash’ – tak pepasal je asthma aku datang menyerang.. tssskkkkk *insaf nih*

Dari petang Sabtu lagi aku dah rasa tak sedap badan (jangan tatau hari Sabtu nih aku gi camping & dating kat Bukit Fraser). Tekak pun rasa perit je. Ahad pun sama.. lembik je sepanjang hari. Ingatkan biasa je – penat berjalan tak hilang kut.

Masuk pagi Isnin. Aku dah kena selsema & batuk teruk. Mamoru tak bagi pegi opis. Dia suruh rehat kat rumah – ok lah, aku pun memang tak larat. Malamnya, Mamoru bawak aku pegi klinik kat area rumah. Taim nih aku dah start risau: 1st pasal badan aku yg semakin lembik dan 2nd tentang keselamatan baby nih. Taim nih laaaa baru nak nyesal laa.. sedih laa.. (padan muka, siapa suruh aktif sangat kan??).

Alhamdullilah. Doktor kata baby ok. Malam tu juga, untuk pertama kalinya aku dapat tengok baby dalam perut nih tau. Sukaaa sangattt! Tersengih-sengih jugak lah aku dalam sakit-sakit tu. Nanti lah aku upload gambar.

Doktor kata, dari bunyi batuk aku.. macam nak kena asthma je. Aku geleng-geleng – tak mungkin, aku demam biasa je nih (berlagak konfiden nih – macam kan aku lak yg belajar medic).

Dannnnnn betul lah cakap doktor tu. Tengah malam Isnin tu jugak aku kena attack. Kelam kabut Mamoru bawak aku pegi hospital. Nasib baik HUKM dekat – 5 minit dah sampai. Kat sana, aku terus dibawa masuk kebilik pesakit asthma. Tak ramai pun pesakit malam tu – aku sorang je (Pada yg tatau, asthma nih kira kes emergency. Kalau korang kena attack, jangan tunggu lelama dan jangan beratur kat klinik macam pesakit biasa. Korang boleh terus masuk jumpa doktor & dapatkan rawatan dengan cepat)

Dua kali aku amik nebulizer malam tu. Still tak ok tapi kira boleh laa. Janji aku boleh bernafas selesa sikit. Cuma jantung & nadi aku je tak berapa ok – laju sangat. Kalah jantung orang tengah lari pecut. Dekat dua jam kami kat HUKM. Sebelum balik, doktor bagi banyakkk ubat pil suruh makan. Pukul 1.45 pagi baru sampai rumah. Kesian Mamoru.. dengan penatnya.. risaunya..

Selasa: Pukul 5.00 pagi aku dah terjaga (tau pukul 5 sebab jam comel mickey mouse pink aku berbunyi). Asthma menyeranggg lagi. Ya Tuhan, seksanya nak bernafas. Aku kejut Mamoru suruh bersiap gi keje. Tapi aku tak kasi tau lah pasal asthma nih. Takut dia tak pegi keje pulak. Keje dia kat site sekarang nih tengah banyakkk – melambak-lambak.

Pukul 8.30 pagi aku tak tak boleh tahan lagi. Dada & belakang aku dah start sakit – makin susah nak bernafas. Jalan pun dah tak berapa betul – asyik nak berpaut kat dinding. Aku ajak adik no.6 teman aku gi HUKM naik teksi. Sebelum tu, aku sms Mamoru – minta izin nak gi hospital. Dengar je aku sakit, terus Mamoru suruh aku tunggu dia kat rumah. Jam-jam tu jugak dia drive balik. Aduss.. tengok apa aku dah buat? Asyik buat Mamoru risau je.. *sedih*.. Tapi dalam masa yg sama aku rasa terharu sangat.. rasa relieve pun ada. Aku memang perlukan dia saat-saat macam nih😦

9.30 pagi, kami sampai HUKM. Amik nebulizer lagi. Pesakit asthma tak ramai – dua orang termasuk aku. Kali nih lama sikit lah nak tunggu doktor sebab pesakit kat emergency room ramaiii.. Sekali je aku amik nebulizer. Doktor yg cek aku tu kata aku dah ok. Aku tatau kenapa dia cakap ok, padahal aku rasa badan aku still tak ok. Tapi takper lah. Aku tanak memandai pulak – aku kan tak amik medic. Doktor nih pun bekal aku dengan ubat lagi.. banyakkk lak tu. Ya Rabbi.. boleh pengsan aku telan ubat-ubat nih semua. Lepas settle semua, Mamoru hantar aku balik rumah. Sempat dia tunggu sekejap semata nak make sure aku ok baru dia gerak pegi keje.

Sejam lepas Mamoru pegi, aku kena attack lagi. Rasa nak menangis je, tapi aku tahan. Malu arr kalau adik no. 6 nampak. Pukul 4.00 petang, aku dah sakit tahap nak pengsan dah. Call Mamoru, cakap nak gi hospital lagi. Sekali lagi Mamoru balik rumah bawak aku gi HUKM. Kali nih laaaaggggiiii lama nak tunggu doktor. Tapi takper, asal aku boleh bernafas balik lepas kena nebulizer. Ntah berapa banyak dadah laa masuk dalam badan aku nih. Dalam hati duk berdoa tak henti – jangan lah effect kat baby (aminnnnn)!

Pukul 7.30 malam, still tak ada doktor datang. Dari aku ok.. sampai kena attack balik nak menunggukan doktor tu. Kelam kabut Mamoru suruh nurse kat situ bagi aku nebulizer lagi. Setengah jam pastu ok balik.. tapi doktor tak sampai-sampai lagi. Aku siap baring tido lena lagi atas pangku Mamoru. Sekali sekala je terjaga bila sorang demi sorang adik-adik aku datang melawat – Kesian adik-adik duk risaukan aku😦

Pukul 8.00 lebih, aku kena attack lagi. Mamoru dah semakin risau. Dia panggil sorang doktor nih. Untuk kali ketiga, aku kena amik nebulizer tu lagi.. kali nih pluss injection sekali. Memula tu aku refuse juga. Dulu, aku penah amik injection yg sama masa kat UUM – taim tu aku tengah final exam. Kuat ok kesan injection tu. Tengahari aku kena injet, malam tu aku dah sihat walafiat boleh amik exam! Risau jugak kalau drug yg ada dalam ubat tu akan bagi kesan kat baby. Tapi lepas dengar doktor tu explain ubat tu tak beri effect kat baby, baru aku ok.

Dekat nak pukul 9 malam, aku dah start rimas. Bosan lah tunggu doktor lelama camni. Badan dah rasa ok sikit. Cadang nak balik je. Tapi, siapa nak bukak jarum kat tangan nih. Nurse tanak buka selagi takde doktor yg confirmkan aku boleh keluar.

Pukul 10 lebih, datang doktor lain pulak attend aku.. tak sukanya tukar-tukar doktor nih. Nak kena explain lagi.. nak kena jawab soalan yg aku dah jawab kat doktor-doktor lain berulang-ulang kali. Tapi nasib baik doktor kali nih ok. Baikkkkkk sangatttt. Doktor Anis Nazdiana (seee, kalau doktor tu baguss, nama pun kita boleh ingat!)

Aku suka style doktor nih. Sangat teliti. Dia siap explain kat aku jenis athma yg aku kena sekarang nih (things yg doktor lain kat sini tak amik peduli nak explain). Doktor Anis spend tak sampai setengah jam untuk cek aku. Semua dia buat sendiri – lajuuu je – amik darah, cek tahap oksigen dalam darah aku, cek tekanan darah, nadi, jantung. Serious aku kagum sebab doktor lain kat sini sikit-sikit suruh nurse buat. Paling buat aku konfiden dengan doktor Anis, bila dia sanggup pegi cek semua senarai ubat yg doktor-doktor lain bagi aku sebelum nih. Pastu, siap explain kesan setiap ubat pada badan aku & baby. Dia suruh aku stop makan beberapa jenis ubat yang doktor lain bagi sebelum nih. Tak baik untuk baby katanya. Ubat batuk pun dia suruh stop.. takut baby asyik tidur je nanti. Memacam lah lagi.

10.40 malam kami dilepaskan balik. Sekali lagi doktor Anis jugakkk yg cabutkan jarum dalam tangan aku nih. Impress sangat aku kat dia. Patutnya tu keje nurse, tapi dia sanggup je buat.

Legaa bila dapat balik (sesungguhnya aku tak suka kena warded). Kat rumah, ramai adik-adik aku & wan datang berkumpul – siap belikan chicken foldover peberet aku lagi.. laparrr!!

Alhamdullilah, lena tidur aku malam tadi. Bangun subuh nih pun rasa segar sikit. Boleh bernafas dgn selesa. Cuma batuk je yg masih tak hilang. Ohh.. aku MC lagi hari nih. Kena rehatttt kat rumah banyak-banyak. Baru sembuh tak boleh kuat bergerak. Menghadap pc nih pun tak boleh patutnya.. (biasalah, kalau dah addict blog tu, tak boleh buat guane).. *ampun b*

Ok lah.. nak sambung tidur. Sakit lak badan nih duduk lelama.

p/s: esok lah aku balas komen. dah tulis pepanjang nih, rasa tak larat nak sambung lagi.. maaf ya.

8 Comments

  1. Elyn said,

    haih jaga diri elok2 lelagi tgh preg ni…. kene pikirkan org dlm perut gak…….. huhuh

  2. BigMouth said,

    Dugaan kan… sabar jer lah…

  3. Aizura said,

    get well soon AD..

  4. Lina said,

    Get well soon ek aD…sorry to hear u not fine…take care k..cian aD..

  5. aD said,

    elyn: insyaAllah.. insaf dah nih tsskkk

    bigmouth: betul la.. cobaannnn sungguh..

    aizura: tima kaseh ek🙂

    Lina: maseh. alhamdullilah, dah makin baik dah nih🙂

  6. Ecah said,

    pelbanyakkan rehat ok.. say no more to aktiviti lasak² ni wat sementara waktu.. and dear, get well soon ok..

  7. aD said,

    ecah: tima kaseh sangatt! aD dah insaf nih.. memang takmo lagi dah buang tebiat gi camping taim pregnant.. takootttt😦

  8. biqque said,

    insyaAllah, sama2 kita doa u sihat waalafiat ek.

Comments are closed.

%d bloggers like this: