>My baby!

November 20, 2008 at 2:18 pm (My Pregnancy)

>

Nih masa beberapa jam sebelum aku tumbang kena asthma.

Taim nih tak plan pun nak scan baby. Konon nak pilih perfect time la nak tengok si comel nih. Tapi disebabkan demam aku makin melarat, pluss takut demam nih effect kat baby (yerr aku memang concern-terlebih), aku suruh doktor scan malam tu jugak. Takuttttt ok.

Kesian doktor nih tau. Malam aku masuk HUKM tu, anak dia pun kena admitted sekali – appendik katanya.

Malu juga masa doktor suruh baring. Dia londehkan separuh dari panties aku!! Memang konpem dia nampak sikittttt lah ‘kewanitaan’ aku. Nasib baik doktor pompuan. Kalau tak, mau aku tekup muka sepanjang malam.. hehehe. Pastu dia bubuh gel aperntah sambil godek-godek atas perut aku dgn alat aperntah. Aku tak larat bertanya masa nih.. tekak sakit.

Seeee seeee… My baby! My precious! My little angel.. *ops kang Mamoru jeles pulak – saya cinta awak juga!*

Sayang, aku tak berpeluang dengar heartbeat baby (kena pegi klinik yg lebih canggih pasnih). Kecewa jugak lah. Tapi doktor macam faham je apa yg aku rasa. Dia pointed kat satu mender kecik yg berkelip-kelip kat badan baby – “Tu jantung dia”.. Terusss lebar balik senyuman aku *ahhh comelnya!*.

Bukan tu je, doktor siap tunjuk satu-satu yang mana tangan, kaki, kepala, badan semua. Rasa nak je aku bangun mengadap skrin tu puas-puas. Tapi apakan daya, aku hanya boleh baring je. Bangun kang, tak dapat lah doktor nak scan perut aku.

Perasaan aku? Alhamdulillah.. aku sangat-sangat bersyukur atas anugerah terindah ni! Hepiiiiiiii. Tak sabar nak pegi scan lagi.. nak tengok baby lagi!!

Allahuakbar! – Kagum aku bila fikirkan tentang kejadian manusia. Sesuatu yang sangat pelik dan penuh dengan keajaiban – Dua nyawa dalam satu badan!

9 Comments

  1. MAMA ESHAELYN said,

    >hai…first time comment kat sini…yea memang best ‘perasaan’itu.saya pun tringin nak rasa lagiii….baru rasa 2 kali. nak rasa lagi untuk kali ketiga.

  2. Angah said,

    >aD.. nama benda tuh mesin ultrasound.. diulangi mesin ultrasound.ehehehekalo nak lagik best nanti dah 6 bulan and above pi buat 3D ultrasound…lagik thrill tau..sila la baca surah maryam, surah yusuf dan surah luqman sepanjang kehamilan.. doa supaya mudah melahirkan seperti Maryam, anak pulak molek rupa dan tingkah laku seperti yusuf dan taat seperti Luqman..

  3. uLat said,

    >aD, tahniah! im hepi for u.. jaga diri bebaik. moga dapat baby secomel aD & hubby.(kita pun hepi. dapat anak sedara pertama tahun depan gak) =)

  4. Rose Ragai said,

    >Congratulations!!!🙂

  5. BigMouth said,

    >jage diri baik2 eee… jage makan tu penting.. jgn byk makan asam…tak elok, byk cuke dan asid!!Opp!! cam opah pulak alang kan…

  6. B..alang said,

    >Salam…congratulations….

  7. Ecah said,

    >bestnyerr aD siap amik gambar scan wat kenang-kenangan..

  8. aD said,

    >mama eshaelyn: wah.. nak tambah lagi. aD pun nak baby reramai.. nanti kalau ad dah tua sure meriah umah taim raya kan kan kan?angah: oOooo.. ahahahaha.. banyak mender ad tataw nih. 3D ultrasound? macam menarik! tp kena tunggu 6 bulan? kalau bulan ke 4 tak boleh ke Ngah? bab surah tu, ad memang tengah amalkan. kat opis nih pun ad selalu pasang quran online dari pagi sampai petang :)uL: tahniah untuk awk gak! hehehe terima kasih ye sudi ingat kat ad lagi!bigmouth: tapi Lang, bab jeruk lah yg tak boleh tahan tuu.. tsskkkk camno??B..alang: terima kasih! suka baca cerita menarik keluarga alang nih :)Ecah: a’ah, aD nak buat frame! nak tunjuk kat baby bila dia besar nanti heheheh

  9. biqque said,

    >macam nak nangis je baca blog ni…tambah2 bila tgk gambar scan tu…bila la time i nak sampai😦

Comments are closed.

%d bloggers like this: