BBQ kat Sungai Chilling

November 21, 2008 at 9:00 am (Uncategorized)

Haa.. nih la antara penyumbang kedemaman aku aritu.. hehe.

Seronok sangat wiken lepas tau. Permintaan aku untuk camping kat tepi sungai diperkenan oleh incik Mamoru! Itu pun lepas berjela syarat yg dia bagi: Tak boleh pegi merayap dalam hutan sengsorang. Tak boleh buat keje berat. Tak boleh itu.. Tak boleh ini. Setiap gerak langkah aku kat sana dia mesti sentiasa tahu. Penat telinga aku nak dengar.. tapi takpe, janji aku dapat pegi taim tu.. hehe.

Tenkiu buat kengkawan gunung yg bersusah-payah buat preparation & sediakan bebahan untuk BBQ. Zaha siap ponteng keje semata nak beli ration ok. Terharu aku dibuatnya. Petang tu Zaha hantar ayam kat rumah aku – suruh marinate.

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 10.00 malam. Line up malam tu: Mamoru, Aku, Adik no.6, Adik no.7, Chua, Zaha & 2 orang adik lelaki dia, Wan & sepupu dia.


Mamoru tengah tolong nyalakan api untuk BBQ


Sementara kengkawan lain bergotong-royong naikkan fly, kami bertungkus-lumus memasak. Oh, dalam gambar nih, adik no.7 tengah memanggang ayam.


Posing dengan udang. Brilliant betul idea Zaha beli lidi untuk cucuk udang nih tau – senang nak panggang!


Tu diaaa.. panas-panas lagi.. cedap!


Proses makan pulak.. Zaha yg baju biru tu (kawan gunung merangkap jiran kami jugak lah).


Zaha, Mamoru & Chua tengah leka mengunyah..


Tido taim.. adik no.6 & aku – siap bawak comforter ok. Aku tak guna sleeping bag taim nih – panasss. Kami tidur dekat pukul 3.00 pagi! Penatt tp puasss. Cuaca malam tu terang sangat – bulan penuh.


Lupa lak nak introduce dgn makanan kami malam tu.. banyak kan. Nih makanan untuk 10 orang.


Ayam panggang dgn resepi rahsiaaaaa.. hehehe


Udang yg dipanggang guna rempah yg sama🙂


Ikan pari masak stim.. fuhhhh..


Keledek madu bakar.. manissss!! Tapi overcooked la pulak.

%d bloggers like this: