>Hantaran rumah kecik

November 24, 2008 at 2:00 pm (Uncategorized)

>

Nih salah satu hantaran yg pihak aku bagi pada Mamoru masa kami bertunang tahun lepas – Rumah yg dibuat dari rempah ratus! Comel tak?? Dalam bebanyak hantaran, yg nih je Mamoru ambik & simpan.. yg lelain, mostly mender makan of coz lah dah habis dari hari pertama lagi.

Sangat special rumah kecik nih tau. Aku buat dgn tangan aku sendiri tau! Penat berjaga sepanjang malam dgn adik no.8 semata nak siapkan mender alah nih. Rumit tapi hasilnyaaa memang gempakkk. Siap ada orang nak tempah ok. Tapi aku tak layannn arr. Setakat nak buat untuk diri sendiri boleh lah. Nak buat untuk orang lain takut tak jadi sebab rumah nih aku buat atas dasar kasih-sayang yg mendalammmm terhadap Mamoru *cewahh*.

Nih pun saja je nak share kat sini kut-kut korang yg belum atau bakal bertunang / kahwin masih pening kepala memikirkan nak bagi hantaran apa. Boleh cari idea tengok rumah kecik aku nih.

Cecara nak buat dia, ikut kreatif korang. Nak buat rumah batu ke, KLCC ke.. tapi nak comei, buat rumah tradisi la kan. Bahan asas – kotak, gam pistol & pelbagai jenis rempah – bunga cengkih, ketumbar, lada hitam, jintan, kayu manis.. biji selasih pun boleh.. memacam lah.


Bumbung aku tabur dgn jintan manis.. nampak macam daun nipah sikit kan? Dinding aku guna kayu manis.. nampak cam kayu-kayu sikit.


serambi guna bunga lawang (eh betul ke nih? aku pun dah konpius nama rempah nih). Dinding belah dalam lak aku guna ketumbar.


Siap ada tingkap tradisi lagi tau.. ada langsir lagi kat dalam tu.. hehe. Lepas siap semua, jangan lupa spray clear – supaya rempah ratus korang tak dimakan bubuk / berdebu bila dah lama. Taraaa… dah siap. Pastu pepandai lah korang hias atas dulang hantaran. Gerentiii gempakk ok! Boleh simpan lama mender nih.. ala-ala potpuri – wangiiii.

Selamat mencuba!

11 Comments

  1. saya said,

    >wahh..kreatif sungguh u ye.. baguss.. jarang orang bagi idea mcm ni.. mcm ni baru la dikatakan hantaran grand..grand bukan dinilai dari harga tapi bak kata u tadi, benda yg dibuat dengan kasih sayang…btw, jaga kesihatan ye…

  2. ellyn said,

    >kreatif la ad ni..serba serbi pandai..untung mamoru dapat ad..

  3. Sarinah said,

    >hmm…idea br yg bagus utk bt hantaran.

  4. Ecah said,

    >hwah hwah hwah kretipnyerr!!~mesti baunyer pun harum bau rempah.. xpnah lak terfikir nak pakai rempah ratus wat bentuk rumah untuk hantaran..

  5. emilia azman said,

    >ni kalau nak order buatkan boleh tak??brapa u cas agak2??

  6. aD said,

    >saya: betulll.. hantaran yg dibuat dgn kasih sayang lagi tinggi nilai dia dari hantaran yg memahal. terima kasih ya :)ellyn: maseh kak.. saya pun beruntung juga sebab dapat dia *wink*sarinah: sila lah cuba :)ecah: ekceli nk buat rumah coklat. tp saja tukau kan jadi rempah sebab nk kasi tahan lama.. hihihemilia: aD bukan tanak amik tempahan.. takut kang kalau buat lagi satu dah tak cantik cam yg nih.. sebab buat untuk diri sendiri & buat untuk org lain beza rasanya hehehe

  7. biqque said,

    >huih!!! cun gile!!!

  8. aD said,

    >biqque: boleh la try kut-kut adik nk kahwin ke nanti.. kita dah lepas🙂

  9. Elyn said,

    >wah kreatif tul….. x terpikir pun nk bg hantaran cenggini dedulu hiksss

  10. vagg. said,

    >salam singgah.CANTIKnyaaaaaaaaa. tengok skali trus tertawan la. nih tgh cari2 idea nk gubah hantaran gak nih

  11. aD said,

    >elyn: maklum, masa bercinta dulu semua nk nmpk unik kata org hehehevagg: sila lah cuba.. senangggg sangatt. cuma kena rajin hehehehe

Comments are closed.

%d bloggers like this: