>Komen panasss dari Lalat

November 26, 2008 at 3:00 pm (Uncategorized)

>

Aku ada dapat komen dari sorang anonymous. Ntah nape lah dia sakit hati sangat dengan aku.. hehe. Ada je mender yang aku tulis menyakitkan hati / mata / kepala si anonymous nih. Tak faham aku.

Apa orang biasa panggil pengomen camnih? Lalat ek? Aku pun nak panggil dia Lalat lah since dia tak bernama. Satu perkara yg aku pastiiii sangatttt – Lalat nih tak pernah kenal siapa aku. Atau dgn erti kata lain, dalam realiti kehidupan luar pun, aku berani gerenti dia tak pernah jumpa / berbual dgn aku.. atau.. dia penah jumpa aku dan setakat lambai hai-hai bye-bye je.

Antara komen-komen yg selalu aku dapat:

Laki aku tak hensem, muka buruk – Ohh.. pening aku. Laki aku tak hensem, kenapa Lalat pula yg susah hati. Heloo, bukan kamu yg tido sebelah dia hehari pun. Mungkin kamu punya pasangan hensem / cantik .. tapi, ada aku kisah? Kuasa ok. Muka tak hensem takper, janji perangai / akhlak ‘hensem’ – mampu menjadi Imam kepada aku dan bakal anak aku – Yang penting, hidup aku bahagia – sempurna. Kamu? Bahagia sangat kah? Bahagia sampai tak puas hati dgn life orang lain? Gitu? Kesian.

Aku perempuan gedik – Yang nih pun aku tak faham. Dah banyak kali aku mengaku kat blog yg aku memang seorang yg gedik. Tak perlu nak tuduh-tuduh lagi. Aku gedik, so?

Ayah aku malang dapat anak macam aku & mendoakan ayah aku mati cepat – Astafirullahalazim. Semoga Tuhan bersihkan hati kamu. Itu je yg aku boleh jawab.

Mendoakan rupa baby aku yg bakal lahir nih buruk – Jawap aku.. Alhamdullilah. Aku berserah pada Tuhan je. Semoga kami sekeluarga dilindungi-Nya. Dan semoga Tuhan buka pintu hati kamu ke arah jalan yang benar.

Komen terbaru:

Barang-barang dalam rumah aku berjenama biasa je – Yerr.. memang semua barang dalam rumah aku jenama biasa je.. takde jenama grand.. semua jenama sama.. baik tv/dvd/mesin basuh/radio semuaaaaa jenama Samsung je.. sangatttt cap ayam, kan? huhuhuhu.

Nota buat Lalat:

Memula aku tulis entry nih, rasa nak marah-marah pun ada. Tapi bila fikir-fikir semula, buat apa aku ikut sikap kamu – marah pada orang yg aku tak kenal. Tak mendatangkan faedah. Dapat dosa ada lah. Lagipun, tak baik untuk bayi yg ada dalam rahim aku nih. Dengar sini Lalat, kali nih aku bagi peluang.. buat semua ayat yg meyakitkan tuu, dah pun aku maafkan. Cuma lepas nih tinggal kamu dgn Tuhan (balik rumah nanti jgn lupa baca tafsir surah Al-Humazah tau – sesuai banget untuk kamu)

Oh.. oh.. in case kalau kamu tak reti buka Quran, meh sini aku share sikit ayat pertama dari surah Al-Humazah nih.. “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji..”

p/s: Mamoru, rinduuu..

22 Comments

  1. Elyn said,

    >kenapa la wujudnyer manusia jenis camni…. asik x puas hati jer tgk org lain….. AD biarkan je …..publish jer ape yg u nak biar lalat tu makan hati hahahahahha

  2. Aizura said,

    >mcm very the perfect jer org yg dok mengata tu.. mcm bagus jer.. x suka org mcm ni..

  3. Deqna said,

    >isy isy org camtu pun ada yer?? tak sangka betul.. sabar lah yer.. biasanya org kalau camtu sebenarnya dia tu loser, dia jeles & mungkin dia tak dpt apa yg awak ada tu…

  4. Signorina Syima said,

    >lalalalal kak ad.. lalat memang berada di mana-mana. saya pun kena hurung lalat jugak baru2 ni, cuma sy bg agresif respon, kak ad tak leh buat gitu sbb tak elok utk tumbesaran baby kak ad..biasa la.. orang jeles tgk kita mesti la cari ayat2 bangang nk keji kita. tak boleh bela bila dia hina mamoru. silap hari bulan lalat dapat pasangan atau baby sumbing baru dia tau… jahat nya mulut sy ni…

  5. Sikelu said,

    >isk .. sabo jer lah.. nama pon dah lalat.. tempat busuk yang di cari.. kalau dah tak busuk.. nak bagi busuk juga la keja dia… nak sembor ridsect.. kang mati seko.. datang lagi sepuluh.. jadi biar aje lah .. dah keja dia… sabo ekkk.. sabo.. jgn di risau dan di gundahkan..

  6. biqque said,

    >lawak la baca blog ni! rasa cam nak tampar2 je lalat tu guna penampar lalat! kahkahkah! ape ke bangsat sangat lalat tu? i rasa kan, dia takde keje la tu ad…eh ad, kira u glamer seh! sebab dia sanggup abihkan masa dia baca blog u, and comment! wahhhhh!takpe, everytime dia masuk, dia dah ‘hit’kan page u…patu u dapat duit dari nuffnang! hebat kan? hahahahahaha! best la lalat camni!p/s: kalo part maki2 ni, i mmg suka je! puas hati!

  7. ellyn said,

    >Ad,jgn layan lalats tu..dia dengki ngan jeles…lain kali dia dtg pukul sampai mati…baru x kaco org lg

  8. Reen_ATC83 said,

    >ad, wat derk je k dengan owang cam tu …. my sis cakap kalau layan kite same gile .. so jangan rendahkan diri kite same dengan owang cam tu .. canner pun… tumpang lalu yer cik ad .. upz puan ad😛

  9. aD said,

    >Elyn: Ntah lah.. pelik kan dgn org camni.Aizura: Kann? Sempurna sangat sampai ada je life org yg tak bagus pada mata dia hihiDeqna: Setuju.. setuju :)signorina syima: Sekarang nih dh tak marah-marah. Rasa nak gelak je bila ingat balik komen-komen Lalat tuSikelu: Alhamdullilah, sekarang dah ok. Tenkiu :)biqque: betul lah. hit page aD untuk semalam, paling tinggi untuk minggu nih.. wahh tetiba rasa bestttt sgttt hehehehEllyn: Tu lah, biarkan dia. Tak kemana hidup mendengki nih kan kan kan?Reen: Tenkiu.. lama tak nampak awak kan?

  10. arjuna007 said,

    >hmmm if aku cakap jgn marah ek..ada part yg aku setuju a bit pasal gedik tu..sumtimes ada yg aku rasa mcm over a bit tp kalau dah komen psl paras rupa fizikal seseorang and mendoakan kematian serta benda2 x elok tu dh melampau…itu tahap dengki dan hati busuk dah tuh…just ignore aje org mcmtu..xda sesapapun dalam dunia ni yg betul2 sempurna..and bykkan bersabar🙂

  11. aD said,

    >arjuna007: takpe, bab gedik tu dah terlekat dalam gen XX sejak kecik lagi – nak wat guane. terima kasih atas teguran🙂

  12. biqque said,

    >i dont agree with arjuna007. think rasionally. senang je, tak suka, jangan baca. aD didnt provoke ANYONE at all. orang tak paksa baca, and tak kena bayar pun bila baca. blog is personal. if tak suka, buat blog sendri, komplen kat blog sendri. sape pun tak sakit hati. period.

  13. suezety said,

    >gediks x gediks itu hak individu.. dh mmg terhasil dlm diri tu ada sifat2 gediks.. nak wat camno.. pada org yg x suka, yg gi baca buek apo? dh tahu si senget ku ini gediks, korang gatei2 baca blog dia sapa suruh? if x suka, apa kata korang gi buka website lain.. website bab2 agama ke baca surah2 ker.. lg bgus.. korang yg x suka tu pun x dpt dosa sebab terkutuk tanpa disedari mahupun dengan disedari..mana ada manusia yg sempurna dlm dunia ni if semua org nak komen.. if sempurna bukan manusia la tu namanya.. kiranya patut bersyukurla si lalat tu bila Allah bg dia jari untuk menaip, akal utk berfikir (evndo mengutuk org).. bebawala bersyukur bebanyak.. takut kan esok2 Allah amek balik semua tu.. nangis guling2 dari utara sampai selatan..cik senget.. senyum lebo sket.. bio sampai ke telinga.. ignore jer lalat2 busuk masam ni..

  14. aD said,

    >Biqque & cik sue: terima kasih kerana memahami kegedikan ini..tskkk.buat Lalat kat luar tu, jangan memain haa.. kengkawan aD nih lagi garangggg ok.. hehehhe🙂

  15. za|d said,

    >Sebagai RenunganMENGHINA ORAG LAIN :-Hadith: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi) HURAIANi) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah. ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak So, rilek jek AD. Tak rugi satu sen pun kalau orang kutuk/caci/hina kita.cool OK!

  16. aD said,

    >zaid: info yg sangattt berguna! terima kasih ya!

  17. NONIE AZIZ said,

    >hishhh…akak cukup tak suka orang macamni…nampak sangat hati dia bangkai…Tak pe AD…gedik ka, apa ke janji kita ENJOY…kekekeke…pst…dia tu anak derhaka ke hapa sampai sanggup doakan kematian org tua org lain…Si Tanggang la kot tu…

  18. ~aianna~ said,

    >dear sis..sbr k..lalat,langau n kutu mmg pendengki,jeles n xle tgk u lebih n hepi..no worries k..dia sekor je yg ngata u..we ols rmii lg yg sker n terima u seadanya..2 lalat n same spesies ngnya…anda xsker? sila blah frm dis blog okeh…hiks! ;P

  19. aD said,

    >kak Nonie: memacam org dalam dunia kan kak.. aianna: tenkiuuuu atas sokongan! terharu sgt.. *huggss*

  20. lagendaj said,

    >manusia mana penah puas abaikan je..sbnrnyer dia cemburu dgn kebahagian yang aD dpt tu jerk….apapun jg kandungan bebaek.semua ni dugaan

  21. Beautiful Disaster said,

    >ade lg org yg dengki cmni ekh?ala yg pntg kite tawu diri kite sendiri sudah..org tu agknye BAHGIA sgt kot..tu yg jeles tgk laki org tu..ape daaa..lalat..

  22. aD said,

    >lagendaj:terima kasih aj!!! *wink* :)beautiful disaster: adat org camnih, mmg tak penah nak puas hati dgn apa yg kita or dia sendiri ada..😦

Comments are closed.

%d bloggers like this: