>Mamoru semakin romentik

November 26, 2008 at 10:00 am (Uncategorized)

>

Malam tadi layan movie.. sampai 3 movie kami tengok dalam satu malam tau! Semua movie tu aku belum penah tengok lagi (HellBoy II, Superhero & Next) Seronok betul.

Movie tu semua Mamoru saved dalam laptop dia. Memula masa Mamoru on kan laptop ajak tengok movie, aku macam malas nak tengok. Yelah, skrin laptop dia tu kecik (12 ke 13 inci ntah). Tak best laa kan layan movie kat laptop. Nakk pulakk speaker kecik comel je.. Tak dapat nak feel sound effect dia.

Tapi dik nonn.. Mamoru ada idea yang sangatt hebat! Aku bebtul tak sangka. Rupanya, laptop dia boleh di-connect dgn LCD-tv kami.. wahhh, baru lah besar, luas & gambar pun clear sangat. Dah macam tengok real dvd je kekdahnya. Kagum aku! Aku siap suruh Mamoru tarik tilam dari dalam bilik bawak depan tv – layan tv sambil baring adalah sangatttt syokk.

Note lagi: Ok, sila jangan tegur aku yg sememangnya tak up to date dgn teknologi camnih – serious ok, aku memang agak kuno sikit. Penah sekali tu dalam bulan lepas kut, aku call Mamoru kat tempat keje (taim tu aku sengsorang kat rumah) semata nak tanya kenapa tv kami takde suara? (sebab kengkadang derang tengok movie sambung dgn speaker apernama tu.. ala speaker yg besar-besar tu – so, memang pening aku nak cari volume dia. Sampai nak guna remote yg mana pun aku tatau (serious byk remote kat rumah aku – jenama sama lak tu – memang pening nak identify remote mana untuk tv/dvd/radio/etc – kena bubuh sticker pasnih).

Sambung cerita balik. Ekceli, aku bukan nak cerita pasal movie yg aku tengok malam tadi. Tapi pasal Mamoru.. hihihi

Masa tengah tengok movie tu kan, Mamoru asyik laaa kiss aku. Kekejap kang kiss bahu aku.. Selang beberapa minit pastu kiss dahi.. beberapa minit pastu kiss pipi pulak.. pastu kiss tangan. Pendek kata sepuluh kali sekejap laa dia duk kiss aku. Pelik tapi aku tau kenapa.. hehehe. Sebabbbb sebelum tu kami duk tengok cerita House (season baru yg didownload dari internet) – dalam cerita tu dia ada tunjuk live proses kelahiran baby (secara pembedahan) – agak ngeri jugak lah aku tengok. Mungkin Mamoru nervous bila fikir kan scene tu kut hihihihi.

Pastu kan, masa kami tengah tgk movie, asal ada je adengan yg agak ganas & mengerikan dalam movie tu, dia akan cecepat tutup mata aku dengan selimut.. ahaha.. lucu sangat. Tak boleh tengok part ganas-ganas katanya – tak baik untuk baby. Hehe.. comel je.

Sebut pasal tv, Mamoru ada sebijik tv lagi kat rumah bujang dia dulu. Tv biasa – 21 inci. Dia saja biarkan tv tu kat sana untuk kegunaan Chua (dalam bebanyak kengkawan serumah Mamoru dulu, tinggal Chua je yg belum kahwin – psstt dia nih masih mencari tau!). Bebaru nih Chua ada cakap nak beli LCD-tv jugak. Bagus lah, aku memang sokong kalau lelaki / perempuan suka kumpul harta taim bujang. Jadi since nanti Chua ada tv baru, Mamoru cadang nak amik balik tv dia tu bubuh kat rumah kami. Yelah, nak jual pun berapa ratus sangat laa dapat. Bebarang elektrik nih, taim beli memanggg mahal. Tapi bila nak tolak kat orang.. takkan nyer dapat harga kita beli – jauh beza ok.

Hmm.. mana nak aku sumbatkan tv Mamoru tu ek. Nak letak dalam bilik, rasa macam penuh sangat pulak. Lagipun macam tak sesuai je nanti bila baby dah lahir – tak mengganggu ke?

2 Comments

  1. biqque said,

    >aaaaaaaaaa kalo hubby i, takde de nak lomantik2 ni…hahahaha!(lalat tu komen kat blog ni ke? kahkahkah! buduh punyer lalat! jeles la tu…)

  2. aD said,

    >biqque: a’a, Lalat tu komen kat blog nih.. tp, incik Mamoru dah delete. Tanak aD stress baca komen tu berulang kali katanya.. hehehehe

Comments are closed.

%d bloggers like this: