Siput berduri

November 27, 2008 at 5:49 am (Uncategorized)

Ohh.. azabnya kalau tekak tetiba nak makan mender yg bukan-bukan nih.

Ntah kenapa, takde angin, takde ujan, tetiba je aku terasa-rasa nak makan siput berduri (sila rujuk gambar). Adui laa.. mana nak cari ek?


(gambar dari ehoza.com)


(gambar dari kampungboycitygal.blogspot)

Kata orang, cara masak siput nih, rebus macam biasa je. Pastu cicah dengan sos. Macam makan kerang gak lah. Cuma nak keluarkan isi dia tu, kena cungkil dengan lidi.

Korang ada idea tak mana nak cari siput berduri nih? Kat Bagan Lalang ada tak? Kat mana ada ek? Aku berterima kasih sangat kalau korang sudi share info kat sini. Aku ada gak try cari info kat internet. Tapi siput nih banyakk dijual kat Penang je.. uuu jauhnyaaa😦

Note: Seriously, aku belum penah makan mender alah nih.

p/s: Mamoru.. tsskkk.. *buat muka sedih*.. jom pi Penang (tetiba je kan.. hihihi)

16 Comments

  1. Sikelu said,

    adeh.. jenuh lah nak mencari nanti tu.. semoga berjaya..

  2. aD said,

    Sikelu, ya! semangat yg tinggi.. misi mencari siput berduri.. hihihihi

  3. suezety said,

    jenuh la cik senget oiiii.. cik sue pun x pernah makan menatang ni.. 1st time ni tgk.. isk isk isk.. mana yer nak cari…

    (sambey garu2 kepala.. mcm2 ragam ibu2 mengandung)

  4. NONIE AZIZ said,

    laaaa..siput ni bleh makan ke…tak tau kisah langsung…penang? 4 jam gak tu perjalanan…hemmm apa lagi rengekla lebih sket…

  5. bebey said,

    uik!!
    boleh makan ke siput ni..
    wah, tak tahu pon..
    dah start mengidam ke kak AD oit..
    heheh..

  6. ~aianna~ said,

    auww..sis…u ngidam ciput durik ke..leh mkn ye ciput 2…ngee!try kat bagan lalang dlula..kot2 ada..emm~

  7. Ecah said,

    uik~ pelik-pelik ni ngengade nih.. huhuhu~ sabo je la ek mamoru..

  8. BigMouth said,

    buat hiasa pun leh gak…

  9. rynn2506 said,

    heheh…1st kite nmpk kat sini…ade ekk species ni??? hehehe

  10. Signorina Syima said,

    tu dia… sampai penang.. kata mamoru orang kuala selangor.. kuala selangor banyaaakkkkk…. pi kat seafood depa!! akak mehh la singgah kat blog sy lagi… cari kat tag – heavenly seafood. jap sy bagi link

  11. aD said,

    sue: hehe.. tu lah, yg bebukan je tekak nih tau🙂

    kak nonie: aD pun baru tau mender nih boleh dimakan.. Nih dalam proses merengek manja-manja hehehe.. ntah lepas ke tak nih ihihih

    bebey: boleh kut.. tengok kat internet, ramai je orang makan.. tskk terliur pulak dibuatnya

    aianna: malam nih bermula misi untuk menterjah semua restoran seafood yg ada.. hehehe

    Ecah: biarkan dia. sapa suruh buat ‘gini’ (padahal sesama suka hihihihi)

    bigmouth: Alang, kalau ad dapat makan nih, kulit dia ad kolek buat hiasan ek..🙂

    ryn2506: ad selalu jumpa kulit yg dh kosong je.. isinya tak penah rasa pun🙂

    signorina syima: Ohhh.. penyelamat suda sampei. Syimaaaaa nak alamattt plisssss…. Belah mana Kuala Sungai tu? Akak nak komen kat blog mung tak reti laa. Dia suh subscribe aper ntah.. tsskkkkk

  12. Anonymous said,

    lor… pasar pasir penambang kuala selangor ada. cuba pegi survey.

  13. Signorina Syima said,

    hah… anonymous pun dah bagi tau. kak ad, restoran kuala sungai terletak di pasir penambang. Betul-betul depan kedai mengurut kaki. Kak ad kena meliar mata kak ad bila masuk bagan tu. kalau lalu kuala selangor, koling2 la… nanti bawa sekali birthday kek utk sy.. huhuhu

    nak no tepon sy tak?

  14. aD said,

    Anonymous: oOooo.. dekat dgn pasar ikan tu ke? ok ok.. terima kasih

    signorina syima: penah gi sekali area tu. nanti akak cari (incik Mamoru sila take note ye.. apa la org kola selangor pun tatau hehe). ehh ndakkk la no tipun. boleh kita makan togeder-geder hehehe🙂 bagi kat email akak adlyana79@gmail.com

  15. Chekgu BaniHassim said,

    dat one call umang2 la cik kak oiitt…
    huhu…

    err, tp ade ke yg makan umang2??

  16. aD said,

    chekgu banihassim: dakk aihh. umang-umang tu hanya menumpang kulit siput berduri yg dah tinggal sarung. siput duri yg sebenar, isi dalam dia macam siput sedut gak🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: