>4 bulan

November 28, 2008 at 10:30 am (My Pregnancy)

>

Hari nih, hari first kandungan aku mencecah bulan yg ke 4.. *yay! Tapi still got 5 months to go – saberrrr*

Perasaan aku sekarang

Eksaited ok! Aku dah ada tabiat baru sekarang nih – Bercakap sengsorang! Kalau ada orang ternampak aku terkumat-kamit sengsorang taim tu, konpemmm akan cakap aku gila. Tapi, jgn risau aku tak gila ok. Dan aku bukan bercakap sengsorang tau! Aku duk borak dgn baby nih haa.. hihihi. Seronok sangat bercakap dgn baby. Antara mender yg selalu aku duk cakap dgn baby:

– Baby sihat?
– Hari nih kita nak makan apa ek?
– Bagi salam kat baby setiap kali bagun pagi, lepas solat..
– Kengkadang kalau bunyi sendawa aku terkuat (terbelahak camtu), aku cecepat cakap “baby jgn ikut perangai mama tau, mama bukan sengaja nak sendawa camtu”.. hihihihihi (tu diaaa.. dah pandai bahasakan diri sebagai “mama” sekarang nih.. hihihi)

Banyak lagi laa yg aku cakapkan. Tayah list semua la ek. Kang ada yang geli tekak baca semua nih.. huhuhu.

Mamoru pulak, jgn cakap lah. Setiap kali dia nampak tangan aku duk usap perut (yg masih kempis nih), dia pun sibukkkkkk jeee nak usap sama. Sibukkkk jeee nak cakap dgn baby sama-sama.. Saje je nak rebut-rebut dgn aku tau. Geremmmm (tapi aku suka! Nampak sangat, dia pun tak sesabar macam aku).


Gambar pagi tadi – Mommy & Daddy to-be yg sangattt excited mengira hari! (note utk Lalat: my Mamoru nih rupa mungkin takde tapi manissssss ada ok! hihik)

Badan aku sekarang

Alhamdullilah sesangat. Semakin ok dan makin bertenaga. Tu yg rajin berjalan tak ingat dunia. Mamoru pulak, rajin je temankan aku taim wiken gi jenjalan kat tepi Tasik Permaisuri. Kata orang taim pregnant kena rajin exercise. Aku exercise dgn berjalan keliling tasik je lah – jalan sambil makan sengkuang bersos sedappppp yg banyak dijual kat tepi tasik nih. Seronok tau!

Ohh.. satu lagi info yg aku baru tau. Patut laa selama 3 bulan aritu, deria rasa & deria bau aku sangatttt sensitif. Sampai orang pakai stokin tak basuh sebatu jauh pun aku boleh bau. Sampai adik-adik aku jadi pelik bila aku boleh hidu bau yg tersorok jauhhh. Rupa-rupanya, badan aku hasilkan hormon terlebih. Hormon tu semua sebenarnya untuk baby aku. Disebabkan baby nih terlalu kecik, dia masih belum pandai kontrol semua hormon yg terlebih tu. Tapi sekarang alhamdullilah, dia dah berjaya kontrol hampir semua hormon yg dihasilkan untuk kegunaan dia nanti. (pandaiiii anak mama!). Tu pasal sekarang nih badan aku semakin ok dan deria-deria aku hampir kembali normal.

Bab makan, macam biasalah.. tak boleh berhenti. Sentiasa nak makan, makan dan makan. Tapi aku takde lah hadap sekali bebanyak. Agak-agak rasa lapar sebelum waktu makan yg betul (breakfast, lunch, dinner), aku akan kunyah sikit buah-buahan.. tak pun makan kismis.

Berat aku sekarang? Aku belum timbang lagi. Harap dah mencecah 39kg. Risau jugak kalau berat tak naik-naik nih.

Perkembangan baby

  • Janin akan bergerak, menendang dan menelan. (ohh.. tak sabar nak rasa baby bergerak-gerak!)
  • Kulit bayi berwarna merah jambu dan lutsinar.
  • Bayi anda juga sudah pandai menghisap jarinya.
  • Talipusat bayi akan terus membawa khasiat dari ibu ke bayi.
  • Matanya sudah menghadap ke hadapan.
  • Ia juga sudah boleh mendengar suara anda, jadi selalulah ucapkan kata-kata yang baik terhadap bayi disamping memperdengarkan bacaan al-Quran. (insyaAllah, bukan setakat baca Quran, sekarang nih aku tgh rajin baca tafsirnya sekali. Kalau kat opis, sehari suntuk aku pasang Quran online – biar baby nih sentiasa dengar)
  • Diakhir bulan keempat, janin berukuran 6 hingga 7 inci dan mempunyai berat 5 aun (sumber: ratuhati.com)

Tengah tunggu Mamoru gi Bank. Nih my 4 months nyer look. Still maintain lagi. Tunggu dua tiga bulan lagi kembangggg semangkuk la kut.


Awal bulan ke 4.. stilll takde beza macam bulan ke 3 kan? Takper, wait n seee je lah.

21 Comments

  1. eedany said,

    >wah ad…tak sedar ek dah 4 bulan usia baby sulung u…semoga semua OK. p/s : ad nampak semakin hari semakin berseri tawww. Cute mummy-to-be gitewww…:)

  2. Elyn said,

    >wah 4 bln ramping lai!!!! kalo i dh berkilo2 naik plus perut cam bola ekekeekek. btw jgn oberactive cam i kang terberanak awai plak ekekekekek

  3. rynn2506 said,

    >hai aD,wah very the slimnye body…dah 4 bln dah kan…take extra care tau…time kite peknen 2 bln dulu tu baju uniform keje dah x muat dah..kena pakai baju maternity dah…tp back in shape gak lepas pantang kan…*bestnye moment bborak ngan baby dlm perut pastu dah besar sket dpt tau dia respon sbb dia gerak²,tendang² pastu bile dah sarat x sbr nak tgu dia lahir…isk..isk..tingat kat arwah baby kite..sguh aktif dia dlm perut dulu…huhuhuhuuuhhuuuu

  4. ~aianna~ said,

    >sis…xsbr nk tgk u jd tembam…hiks!take care dearie k..luv ya!~~

  5. Deqna said,

    >wah still nampak ramping lagi.. semoga baby and mama sentiasa sihat ok.

  6. Reen_ATC83 said,

    >ad, really tak sabo nak tengok u awak mengembang laaaa huhu …. hope both of u sihat .. amin … uopz tak lupe ur mamoru gak !😛

  7. Anonymous said,

    >aD, masa ngandung satu bulan tuh kan, ada muntah-muntah tak?

  8. Nurmala said,

    >dah 4 bulan tapi slim lagi kan??take care ye yang.. apa kisah org nak cakap pasal hubby u tu?? depa bukan lalat lagi but langau~~

  9. Signorina Syima said,

    >chumel nye buat senyum simpol macam tu… kak ad kecik tu yang 4 bulan pun tak berapa nak nampak…

  10. suezety said,

    >cik senget.. kiter rasakan.. dr rupa paras awak yg maintain jer ni kan rasanya yg bakal menendang tu bakal jadi pemain bola sepak rasanya.. sbb if pemain bola jaring, muka awak akan pucat lesi walaupun awak tempek sekilo bedak..sumber: dr org2 yg dh mengandung.. sekian terima kasih

  11. saya said,

    >wahh..mama mengandung makin hari makin lawa la berseri je muka. hehhe.tapi pelik ada gak lalat nk kaco2.. org yg dengki itu akan mendapat balasan yg setimpal..sabar je la ye… u take care always ye

  12. aD said,

    >eedany: abis lah.. belum 5 bulan lagi dah kembangggggg melebar dah nih.. hehe tenkiu :)elyn: insyaAllah, aD ingat pesan tu.. aktif tp jgn ober aktif.. hait hait :)rynn2506: tskkk.. sabar ye wak. insyaAllah pasnih tentu awak dapat pengganti yg lebih sihat & comeiii.. :)aianna: hehe.. sama lah kita. ntah mcm mana lah agaknya rupa taim tu kan ;)deqna: tenkiu.. tenkiu.. hihihireen: aD pun tak sabar nak mengembanggg nih.. ahahahaanonymous: setakat nih alhamdullilah dari awal mengandung sampai sekarang aD tak penah muntah-muntah lagi. cuma tak tahan bau-bau yg kuat je :)nurmala: betul tu. buruk ke hensem ke, dah kita berkenan, nk buat mcm mana kan? heheh.. tenkiu ya.. *hugs*signorina syima: mungkin jugak.. kecik tu tak kecik jugak lah.. cuma taim memuda nih akak kurus kering je.. hehehhesue: wahh.. kalau betul lelaki, aD pun suka jugak.. apa org kata, nak lelaki nih pelindung kita nanti kan kan?saya: tu la.. aD pun pelik, makin lama.. makin kuat melaram pulak sekarang nih.. hehari mestiii nak pakai mekap hehehe

  13. biqque said,

    >baju kurung ijo tu sama arrrrrr! i pun ada satu!😀

  14. emilia azman said,

    >tak nampak lagi tu.. takpe.. tunggu.. tak sabar ni nak tgk perot tu naik.. ihihi

  15. Reen_ATC83 said,

    >hehe ad beli baju kurung ijo tu kat ner ? nak satu wooo leh wat nasid pasni hehe

  16. B..alang said,

    >4 bulan & counting… i know d feelin'. tp ttp menten slim & wajah nampak berseri2…syukur…

  17. rose said,

    >salam singgah..wah..kite pon tak sabar ni…besnye dah pegnent ek..semoga baby n mamanya sihat sokmo…:-)

  18. aD said,

    >biqque: harus hati-hati pasnih, takut terpakai hari sama – jadi boria kita :)emilia: aD pun tak sabar nih (walaupun risau muka kembang melantun-lantun.. hehehe)reen: aD beli kat Melaka masa bulan puasa aritu :)b..alang: tenkiu! doakan baby aD sihat, sempurna & comel ek.. hihihirose: Tenkiu!!! insyaAllah, tak lama lagi turn awak pulak🙂

  19. jesnita_ns said,

    >baju kurung ijau tu sejibik mcm baju sy..hehehhe..boria le kita ek..

  20. Hezrina Rusli said,

    >Wahh..besnye! jelesss nih!!nk pregnant gakk!!

  21. aD said,

    >jesnita_ns: baju style gini mmg banyakkk da org beli hihihihezrina rusli: boleh mintak-mintak gitu pulak ye.. hihihihi..

Comments are closed.

%d bloggers like this: