Akak Indon yg terer

December 3, 2008 at 4:00 am (Uncategorized)

Tadi masa tengah breakfast kat opis, sorang akak cleaner Indon tegur aku. Dia tanya, aku pregnant ke? Aku senyum & angguk je lah – mulut tengah penuh taim tu. Pastu dia sambung lagi, “patut laaa nampak”..

Uikkk?? Cecepat aku tunduk tengok perut. Aku rasa perut aku kempis lagi. Even ramai orang yg tak perasan & tataw aku pregnant. Camner dia sorang lak boleh nampak?? Curious punya pasal, aku tanya balik – “akak nampak saya dah gemuk ek?”. Dia gelak pastu geleng-geleng. Kata dia, dia tengok tulang kat dada aku macam lain sikit. Tuu yg dia agak aku pregnant.

Fuyoo kagum ok. Terus aku teraba-raba tulang kat dada nih. Wahh, tengok tulang kat dada pun dah boleh tau pompuan tu pregnant ke tidak ek. Akak.. memang terer..

Hari nih nak balik awal. Kalau rajin kang nak masak sesedap untuk diri sendiri. Mamoru dah tentu balik lewat lagi. Hari nih seharian dia kena bertapa kat Nikko Hotel – ada kursus aperntah dgn Cisco (b, jgn lupa makan tau.. *kiss-kiss*)

Ohh.. tadi aku teringin sangat nak makan limau. Tapi kat sini takde kedai buah pulak. Kawasan opis aku nih memang jauhhh dari shopping kompleks / supermarket. Macam kawasan pedalaman je tsskkk. Fikir punya fikir, aku dapat satu idea.. hihihi. Aku pegi beli sebiji limau kat satu restoran nih. Ekceli nih limau untuk dibuat fresh orange. Ahh.. dulik laa kan – janji limau. Makcik restoran tu pelik tengok aku beli limau sebiji. Aku suh dia kira ikut harga air fresh orange je.. huhuhu.

Fuhh.. sedappp betul dapat makan limau. Aku gigit-gigit macam makan epal je. Massaaammmm tapi bestttt!!!

9 Comments

  1. Beautiful Disaster said,

    eh..bkn tgk kt tulang selangka ker?tulang between dada & leher..btol2 bwh leher..org kate kt situ leh nmpk..tp org2 tua..tgk skilas pn mmg leh nmpk yg kite ni "berisi"..hehehe..

  2. aD said,

    beautiful disaster: Ooo itu dipanggil tulang selangka ke.. aD tataw nama ahahaha.

  3. rynn2506 said,

    erm….x penah dgr pon psl tulang² ni leh nmpk kite ni preggie??? erm….nak cuba la nnt…nak tgok…hehehe…
    aD,nnt amik la pic tang tulang ape?? selangka eh..??? tu n tepek kat sini k…nak tau gak..share la…tq

  4. hey...ini aku said,

    wahhh..masuk sini dh dpt brita org pregnant.anyway..omedeto..congratlation

  5. aD said,

    rynn2506: aD pun baru first time dengar pasal tulang-tulang nih.. hehehe! selamat hari raya rynn!

    hey..ini aku: terima kasih sudi jengah ke sini. selamat hari raya!🙂

  6. cikrose said,

    selamat hari raya semua….

  7. emilia azman said,

    mcm mana tu tgk.. cam terer je.. boleh berubah ke tulang tu??

    aku ingatkan makcik tu tgk bekas gigitan limau ko.. dia tau ko pregnant.. hjahahaha..

  8. aD said,

    cikrose: selamat hari raya!

    emilia: tu lah. aD pun tgk biasa je tulang temulang nih. takde lah terbonjol ke apa hehehe. selamat hari raya wakk!

  9. cicakuben said,

    heehee..
    bkn tulang tp getaran..
    betul kn Ad..
    terliur la ngn Limau Ad tuh…

Comments are closed.

%d bloggers like this: