>Pesan buat adik

December 4, 2008 at 11:30 am (Uncategorized)

>

Adik no.8 baru habis exam STPM semalam. Dan maghrib semalam jugak dia dah terpacak depan pintu rumah aku. Wahhh.. ini betul punya tak sabar nak celebrate. Kebetulan pulak birthday dia semalam jugak. Merdeka sungguh la dia (hepi 19th birthday Syuk!).

Sekarang, dah jadi berlima kami dalam rumah tu🙂

Adik no.8 akan stay dgn kami sampai result dia keluar (Mac 2009). Aku ada suggest dia buat keje part time. Tapi dia nampak macam tak berminat. Takper lah. Kasi can dia rehatkan otak dulu. Pastu baru fikir pasal keje. Sebab pada aku, kalau tiga pat bulan duduk melepek je kat rumah konpemm bosan. Better dia keje. At least boleh saving untuk belanja dia masuk universiti nanti (InsyaAllah). Paling penting, dia kena belajar susah payah nak dapatkan duit. Aku dulu, pun camtu gak. Lagi susahh. Dari kecik aku dah start keje.

Keje first yg aku buat, jual sayur yg nenek tanam kat belakang rumah (bendi, terung, kacang panjang, jagung). Masa nih aku sekolah rendah lagi. Nenek & ayah suruh aku & adik no.2 jual dari rumah ke rumah kat kampung kami. Jalan kaki je sambil bawak bakul besar. Penat ok. Jauk aku jalan.. kengkadang, sampai ke kampung sebelah. Bukan setakat sayur, aku turut tolong nenek jual buah nangka kat sekolah madrasah (sekolah agama belah petang). Nangka tu, ayah cucuk kat lidi kelapa pastu bubuh dalam bakul yg dah siap beralas daun pisang.

Malu? Toksa cakap lah. Bagi budak yg tengah meningkat remaja cam aku nih of coz lah ada rasa malu. Setakat jual sayur ke rumah jiran, aku boleh tahan lagi. Tapi bila kena jual nangka kat sekolah, aku malu gila kat kengkawan. Masa memula tu, aku sorok bakul nangka kat bawak meja. Segan nak buka mulut untuk jual nangka tu kat kengkawan. Dalam masa yang sama, aku jugak takut ayah marah kalau tak habis jual.

Tapi biasalah, nangkaaaa. Kan kuat baunya. Masa dalam kelas, ustazah tanya siapa ada bawak nangka. Nak tanak, aku angkat tangan. Ustazah Rokayah datang kat meja aku selak daun pisang dalam bakul.

Ustazah Rokayah: “Banyaknya nangka.. kamu nak bawa pegi mana?”
Aku: *tunduk diam – maluuuu*
Ustazah Rokayah: (maybe faham perasaan aku taim tu) “Kamu nak jual tak nangka nih kat saya? Saya nak beli”
Aku: *Lajuu je angguk* (wahh hepinyaaa)

Ustazah Rokayah beli sampai tiga cucuk nangka! Pastu, bila taim rehat hampir satu kelas datang kat aku beli nangka. Murahh aku jual. Satu lidi ada 4 ulas nangka (besar-besar ok ulas nangka tu). Satu cucuk aku jual lima posen. Hasilnyaaa petang tuuu – bakul aku licin!! Esoknya, aku dengan bersemangat bawak nangka pegi madrasah lagi!

Start darjah 5 aku jual lukisan pulak. Jangan tataw, dulu aku sukaaa sangatt melukis. Kengkawan sekelas suka sangat dgn lukisan aku. Biasanya, aku lukis gambar orang la. Jadi bila derang start request aku lukiskan gambar untuk derang & sanggup bayar untuk setiap lukisan aku, apaaa lagiii kannn.. eksaited la aku. Satu keping gambar aku charge dua posen.. kengkadang lima posen. Depends on saiz kertas la. Dengan duit tu, lepas lah nak beli makanan kat kantin. Aku gi sekolah dulu takde duit belanja tau. Sedih. Tapi nasib baik kat sekolah aku taim tu kerajaan ada sediakan program makanan aperntah (RMT ke haper nama dia – sekarang tataw ada lagi ke tak). Alaa, yg bagi makanan free untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah tu. Bukan tu je, aku gi sekolah pun jalan kaki 3 km ok! Nak naik bas pun takde duit walaupun tambang bas dari rumah aku ke sekolah hanya SEPOSEN je!!

Memacam lagi laa yg aku buat. Setakat bangun kul 4.00 pagi turun naik bas kilang (masa tunggu result SPM & STPM) dulu dah biasa sangat dah. Kang cerita lelebih, boleh meleleh lak air mata nih. Pendek kata kalau nak banding life adik-adik dgn aku dedulu jauhhh sangatt bezanya.

Tapi alhamdullilah, dari susah laa kita belajar menjadi orang. Tu pasal aku galakkan adik aku buat keje part time kalau ada masa terluang. Bukan aku tak mampu nak sara derang.. tapi untuk derang belajar erti hidup yg sebenar.

Tak ada mender baik dalam dunia nih datang bergolek, tau dik. Semua kena usaha.

8 Comments

  1. eedany said,

    >betul ai pun setuju!!masa belajar kat Uitm dulu2…ai pun business kecil-kecilan kat asrama.at least ada poket money untuk diri sendiri kan,kan…sejak dah bekerja malas lah pula!🙂

  2. Nurmala said,

    >i pon setuju..dari susah la kita mengenal erti kehidupan

  3. biqque said,

    >owh god…skarang baru rasa betapa bertuah nyer i dulu kecik2…tak sangka aD, serius sedih i baca blog u…patut la u jadi orang yg sangat tough skarang…tapi i suka sgt tgk/baca cite pasal family u…rasa cam ya Allah dasyat nyer la family ni…rajin, loving, bersemangat…hebat la pendek kata….takpe, semoga Allah memberkati hidup korang anak beranak. semoga kebun bapak u semakin maju dan maju! ganbatte!

  4. MAMA ESHAELYN said,

    >sayu pulak baca kisah ad nih. saya dulu pun ada gak tolong mak jual2 nasik lemak tp kejap2 je. adik beradik ramai bapak sorang je keja, so kami semua hidup takat cukup mkn pakai je. Tp mewah kasih sayang, tu penting…Bila besar, kenang waktu kecik dulu, kita jd lebih menghargai…takat susah skit-sikit sekarang ni no hal…insyaAllah tak merungut.

  5. Aizura said,

    >bila teringat kesusahan masa dulu.. rasa sgt bersyukur dengan sedikit kesenangan yg kita ada pada masa skrg.. AD, come to my blog to collect an award for you..🙂

  6. aD said,

    >eedany: bila fikir balik masa sesusah dulu, seronok pulak kan. dari situ kita menjadi orang :)nurmala: betul tu.. setuju!biqque: terima kasih! terharu nih.. tsskk!mama eshaelyn: kalau nak diikutkan, byk lagi mender sedih dari apa yg ad cerita tu.. maklum, arwah mak aD meninggal masa kami kecik lagi. lagipun arwah mak bukan menantu pilihan keluarga & .. dgn adik-bradik 10 org – sedara mara tak suka.. etc. nk cerita lebih tak elok pulak, nanti macam jaja keburukan keluarga.aizura: aD mmg bersyukur sangat!! terima kasih ya, nanti aD amik :)p/s: selamat hari raya buat korang semua.. sayanggggg sangatt!!

  7. Reen_ATC83 said,

    >wah tak caye je aD ade men jejual .. reen dari dulu teringin nak bisness .. bisnes kuih tepi jalan .. huhu masalahnye .. tak reti wat kueh lor~

  8. cicakuben said,

    >ingt lgik dlu..Ad suka lompat2 keje..kata Ad, tuh elok…jgn kekal lama kt 1 tmpt..kna carik klbihan lain kt tmpat lain…jgn xcaya ad pna keje Salesgirl kan Ad (ke cashier ek..hmpir2 lupa)time tuh bru hbis blaja kn..ermsss…pengalaman buat kita matang kn Ad..salute kt Ad @ Amizgig!!!

Comments are closed.

%d bloggers like this: