Selamat hari raya!

December 4, 2008 at 1:00 am (Uncategorized)

Raya dah dekat. Tapi rasa macam tak meriah je. Susah kan nak jumpa orang yg eksaited cerita pasal raya nih. Ehh, jangan camtu tau. Kalau nak diikutkan, raya Qurban / raya Haji nih lebih penting dari raya Puasa. Malah berganda-ganda pentingnya. Patut kena sambut dgn lebih meriah la kan?

Tak semestinya kita tak pergi haji atau takde lembu untuk dikorbankan, kita tak boleh nak feel kemeriahan raya. Pengertian korban tu kan besar.. sama macam Maal Hijrah. Ada banyak jenis pengorbanan / penghijrahan yg kita boleh buat.

Dulu masa aku kekecik, mak sedara aku suka suruh aku puasa bila raya Haji dah dekat. Kata dia, tu cara yang paling mudah untuk dapatkan “feel” raya Haji. Aku admit, memang berkesan cara tu. Lagipun, kan kita disunat untuk berpuasa pada awal bulan Zulhijjah sampai menjelang hari raya?

Untuk tahun nih, aku takde lah buat puasa tetiap hari. Risau baby dlm perut nih. Lagipun, kang asal perut aku kosong je, sure lembik & rasa mual je tekak. Tapi insyaAllah, dua tiga hari sebelum raya nanti, aku nak try puasa gak. Harap takde apa masalah🙂

Raya Haji nih, aku sambut kat Kuala Selangor. Aritu masa raya puasa kan dah sambut dengan family aku. Gilir-gilir la pulak. Preparation untuk raya? Aku tak sure. Kena tanya orang Kuala Selangor. Aku mana tau cara orang sana sambut raya Haji.

Kalau kat kampung aku, memang meriah.. esp raya Haji. Maklum, dapat banyakkkk daging korban. Tetiap malam buat bbq. Ayah pulak, konpemm akan buat sup tulang / sup gearbox seperiuk besarr. Pepagi raya pulak, kami adik-beradik siap pakai baju raya pegi masjid (tapi takdelah keluar beraya ke rumah orang – paling tak pun gi rumah nenek je) hihihi.

Tapi apa pun, aku tetappp akan masak rendang & ketupat kat Kuala Selangor nanti – makanan wajib tu! Dah plan dgn Mamoru nak masak ketupat daun asli – takmo nasi impit dalam plastik! Ada jugak plan nak buat soto / lontong. Tapi tengok laa dulu.. kut-kut tak ramai orang balik sana nanti buat membazir je masak bebanyak.

Rasanya, SIL Juli tak balik raya kat Kuala Selangor tahun nih. Dua orang adik-beradik Mamoru yg lelaki tu pun busy dgn keje. Lagipun derang kan bujang lagi. Memang tak lekat rumah lah. Sesilap, berapa kerat je yg ada kat rumah nenek taim raya nanti. Mamoru 4 beradik je. Tak ramai.

Tak kisah lah. Yang penting, aku tak sabar nak merasa beraya kat tempat orang. Kita tengok, sama ada aku menangis ke tak taim dengar takbir malam raya nanti ek? hihihihihihi.

7 Comments

  1. MAMA ESHAELYN said,

    ad alamakkk sedapnya soto / lontongg…..sup pun sedappp..alahai terliurr.

  2. aD said,

    mama eshalyn: moh la datang kuala selangor. boleh makan sesama hihihi.. meriah sikit! selamat hari raya ek!🙂

  3. rynn2506 said,

    selamat hari raya aidiladha ad…wah seronok btol dia nak smbt ray tu…ke baby yg excited tu??hehehe….

  4. aD said,

    rynn2506: first time nk sambut kat umah mertua (walaupun takde mak/pak mentua tskkk). tu yg ekxaited melampau.. hehehe

  5. eedany said,

    Selamat Hari Raya Korban buat uols…

    Have fun ok.

    🙂

  6. biqque said,

    i tak blk raya😦 hubby nak lepak kl je (boleh tak? eiiii tak paham tul!)

    sup gearbox??? haritu i gi try kat bangi, punya la nak tau apa rasa, ingatkan sedap gile! rupanya ya Allah sgtlah berlemaknyeeeeeeeeeeeeee! ewwww geli tekak! lembik2 dlm dia ek? so i makan daging yg kat keliling2 tu je…lemak gak, tapi kenyal skit, yg tu i suka😀 owh i luv cholesterol! hahahahaha!

  7. aD said,

    eedany: selamat hari raya juga! You too.. enjoy ur holiday k!

    biqque: alalala.. keciannya.. meh la drive ke kuala selangor hehehe. wak, sup gearbox memang berminyak & berlemak.. hihihi

Comments are closed.

%d bloggers like this: