Cerita raya

December 10, 2008 at 2:00 pm (Uncategorized)

Malas sungguh nak update cerita. Kena pulak musim hujan.. lembab sana sini sampai kepala pun naik lembab jadinya (sila salahkan hujan atas kemalasan yg melanda blog ni ya).

Raya aritu biasa-biasa je. Agak sunyi. Seperti yang dah dijangkakan, adik-beradik Mamoru semua tak balik. Yang ada kat kampung cuma,

Nenek
Tia (sepupu kecik Mamoru yg yatim piatu)
Tutut (bapak sedara Mamoru – bujang)
Abg Nahar (sepupu Mamor – duda)

Masa aku sampai rumah nenek malam Sabtu aritu, rasa nak menangis pun ada tau. Aku dah boleh imagine dah siapa yg akan bertungkus-lumus kat dapur sengsorang untuk memasak juadah pagi raya nanti – tak lain tak bukan, aku laa, siapa lagi kan? Dah aku sorang je pompuan dalam umah tu. Takkan nak susahkan nenek. Dia bukannya kuat sangat. Nak harapkan lelaki-lelaki lain dalam rumah tu.. ohhh.. lupakan saja.

Tapi aku takde lah sampai nak cebik-cebik. Mamoru kan ada. Sebelum bertolak balik kampung lagi Mamoru dah menyatakan kesudian dia untuk berkhidmat kat dapur dgn aku.. hihi.

So, pagi Sabtu tu dengan bersemangat waja kami berdua meredah kebun kecik belakang rumah SIL Juli (dia kan takde umah). Beria nih kami amik serai, daun kunyit, daun limau, etc (Mamoru tukang amik – aku main tunjuk-tunjuk je) Bila tiba part nak amik lengkuas, aku start konpius. Memang dari dulu lagi aku akan konpius nak bezakan antara pokok lengkuas dgn pokok kantan (esp kalau pokok kantan tu belum berbunga). Senyummmm je nenek tengok aku bawak akar kantan. Malu beb.. tsskkkk! Mamoru siap bising-bising sebab kena gali lengkuas sampai dua tiga kali (dia memang fail nak kenal pokok-pokok camnih). Dia siap pesan.. “lain kali, setakat memender singgit dua camnih, beli je kat pasar!”.. Ewahh, sesuka hati je. Aku tak kira, nanti kalau dah ada rumah sendiri, aku nak tanam segala mak nenek pokok kat belakang rumah. Pastu sakat dia suruh petik / gali bebahan yg aku nak masak. Biarkan dia rasa.. hehe.

Masa aku tengah hiris bebahan nak buat rendang, Makde minta tolong Mamoru hantar sorang staff Makde pegi bustand Gombak. Staff makde nak balik Kelantan. Taim nih aku dah cuak.. wawawawa.. takkan aku nak buat keje kat dapur sengsorang. Kang kalau penyakit pening-mual aku datang camne? Tapi dek kesian kan staff Makde yg nak balik beraya, aku redha jugak lah. Pepelan aku settlekan semuanya. Penat toksah cakap lah. Kalau kat kampung Melaka, at least aku boleh harapkan adik-adik yg gamai tu. Kat tempat orang, kena lah bawak diri sendiri huhuhuhu.

Part yg paling memenatkan bila rempah ratus yg aku nak guna takde. Ohh.. sedih. Nak suruh Mamoru beli, tataw dia balik pukul berapa. Nak beli sendiri, kedai pun aku tataw kat mana (yer, kat kampung Mamoru nih, aku tak penah keluar jenjalan sorang diri tanpa Mamoru – tu yang serba serbi tataw). Nak tanak, terpaksa lah guna skill yg ada untuk buat rempah untuk sup tulang & kerisik. Uuuuu.. bagai nak tercabut tangan nak tumbuk kelapa goreng buat kerisik. Aku paling tak suka buat kerisik tau. Letih. Biasa tu beli je kat kedai.

Dekat 8.00 malam baru settle semua masakan. Aku suruh nenek & Tia makan dulu. Kesian nenek, sampai terbaring dia kat kerusi panjang. Penat sangat kut jaga api ketupat. Aku amik tempat nenek jaga api ketupat pulak. Masak kat luar.. bagai nak pengsan aku kena asap. Nenek ajak makan sekali, aku tanak – nak tunggu Mamoru balik, makan sesama.

Habis semua keje, aku gi mandi pastu lepak kat serambi dengar orang takbir sengsorang.. tsskkk tsskkk.. yerr, dengan cemerlangnya aku telah menangis di malam raya. Bukan sebab penat atau kena asap atau rindukan family aku.. tapi sebab Mamoru jauh dari aku saat-saat penting camtu.. tsskkkk. Mamoru dah janji nak jemaah & takbir sesama malam tu.. Sampai tertidur aku tunggu dia.. tssskkkkk.

Lewat tengah malam baru Mamoru balik. Dia kejutkan aku sambil takbir raya sebelah telinga aku. Mamoru cakap KL hujan lebat. Dia memang nak balik cecepat lepas hantar staff Makde tapi tak dapat nak bawak kereta lelaju – jalan licin. Lega hati ni bila Mamoru ada depan mata. Aku ajak dia gi makan.. berselera sungguh kami makan taim tetengah malam buta camtu – makan nasi dengan rendang yg aku masak tadi.

Pagi raya, plan nak ke masjid tak jadi. Hujan lebat tak benti-benti.. nak beraya rumah jiran pun tak dapat. Call ayah kat Melaka. Kata Ibu, kat sana pun hujan lebat – lagi teruk dari Selangor. Air sampai naik ke batas jagung.. tsskkk.. kesian ayah.. Hati rasa nak je meloncat balik Melaka pagi tu jumpa ayah. Tapi, tak berani nak suarakan kat Mamoru. Bukan takut Mamoru marah. Mamoru tu bukan boleh aku bersuara.. semua permintaan aku nak ditunaikannya. Tak adil lah kalau aku amik kesempatan atas kebaikan dia kan?

Dah laa.. aku nak pose cecantik tunggu pukul 5.00. Tak sabar nak balik makan nasi. Malam tadi, Mamoru ada belikan ikan tenggiri pekasam – ohh sedapppnyaaa… dah terasa-rasa dah nih!

p/s: Lambat nak jot down kat sini.. Hepi monthsary yang ke 10 buat Mamoru. tersayang. Tinggal dua bulan je lagi kita akan sambut anniversary yg pertama!! Eksaited sangat kan??

6 Comments

  1. BigMouth said,

    Hi Ad, lembab2 nak update konon!!! tp pjg gak entry ni…hehehehe
    Ad,sian kene masak sensorang…mesti boring giler kan…
    Tp, tabik spring kat ad…sbb at the end, berjaya gak!!!
    Mesti sedap kan rendang tu…

  2. biqque said,

    biqque lagi la, raya kat kl berdua je ngan hubby. patu dari malam raya sampai pagi raya, asik naaaaaangis je😦

    next year, tak kira, nak blk jugak!!!

  3. Elyn said,

    sob sob seronok nyer raya AD…….

  4. aD said,

    bigmouth: alang.. tu orang kata ngengada miaww.. ahahaha. memang boring masak sensorang. teringin pulak nak masak dgn alang. dengar adik-adik alang cakap, alang nih rajinnnnnn memasak hihi

    biqque: yaaa.. mesti balik. next taim, kita guna kuasa veto.. ahahaha

    elyn: hepi sampei nangis-nangis kan.. hihihihi

  5. cicakuben said,

    raya lepas L braya kt Nilai uma Ajibun…bwk Rojul skali..
    tp Ajibun keje, fly smpai mlm…
    ibu lak balik Perak ngn adikbradik L yg lain…
    kbtulan Mmy skluarga balik Perak jgk, g uma paklong Ajibun…
    sedih nye layan takbir raya sorg..
    last2, L ngn Rojul oder McD je…
    huuhu….

  6. cicakuben said,

    raya lepas L braya kt Nilai uma Ajibun…bwk Rojul skali..
    tp Ajibun keje, fly smpai mlm…
    ibu lak balik Perak ngn adikbradik L yg lain…
    kbtulan Mmy skluarga balik Perak jgk, g uma paklong Ajibun…
    sedih nye layan takbir raya sorg..
    last2, L ngn Rojul oder McD je…
    huuhu….

Comments are closed.

%d bloggers like this: