Duplicate blog sendiri

December 12, 2008 at 12:00 pm (Uncategorized)

Sekarang kan tengah HOT isu blog kena delete oleh Google tanpa notis / sebab yg munasabah. Ramai betul yg dah terkena ek. Termasuk blog mereka yg aku duk baca selalu. Kesian gak. Mesti kengkawan blogger yg blognya dah kena removed tu sedih sampai berjurai air mata. Maklum lah, hasil tulisan online selama bertahun-tahun hilang sekelip mata. Lebih menyedihkan bila semua entry tu takde backup. Habis hilang semua gambar & kenangan manis derang.

Aku pun tengah risau juga. Kut-kut la kalau blog aku terkena sekali. Dulu penah jugak terjadi – masa aku menulis kat Modblog. Habis hilang cenggitu je entry yg aku tulis dari tahun 2003 – 2005. Tu pasal aku menulis kat blogspot pulak.

Sekarang, timbul pulak isu Google sesuka hati delete blog orang.. aduss! Kelam kabut aku fikir cara nak save semua entry dari tahun 2005 sampai sekarang yang ada kat blogspot nih. Ekceli sebelum nih aku ada juga buat backup kat multiply (maknanya, entry yg aku publish kat blogspot akan automatik terpublish kat multiply serentak). Tapi, tu pun aku baru start awal tahun aritu. Still tak dapat solve problem untuk entry tahun-tahun sebelumnya.

Aku ada gedik-gedik ngadu kat Mamoru pasal nih aritu. Ingatkan Mamoru tak layan memender remeh nih.. sekalikkkkk nak tau apa respon dia??? Dia offer aku bukak domain sendiri dik nonnn!! Oh, my Mamoru nih sangat prihatin tau. Dan-dan tu jugak dia nak booking kan domain untuk aku! (tak sanggup tengok isteri tercinta gundah-gulana katanya). Tapi aku tak bagi kata putus lagi. Aku mana laaa reti manage site sendiri. Kat blogspot nih bsenang lah sebab ada templete. Tayah sesusah nak godek html bagai.. semua just klik-klik je. Kang kalau buat site sendiri, mampu ke aku design templete sendiri? Dengar macam susah je.. unless laaaaaa kalau Mamoru tolong godek kan.. hihihihi (nak kena gedik lebih sikit nih).. *wink wink*

Anw, tadi, aku terbaca cecara nak import / eksport entry dari blog Sweetdarling79 (terima kasih atas info). Menarik tau. Kita boleh duplicate semua entry even semuaaaa komen yg ada kat blog kita nih dengan sekali ‘klik’ je. Mudah & cepat. So, sekarang aku ada dua blog yg sama kat blogspot & wordpress (even nama blog pun aku guna ‘outdoorfreak’ jugak). Tapi korang jangan lah cari blog aku kat wordpress tu. Takde orang boleh access pun blog tu. Khas untuk aku sorang je – nama pun blog backup kannn?


Haa.. memula tu aku tataw cemana nak buat sebenarnya. Tapi aku try la jugak create wordpress punya akaun. Pastu gi kat ‘tools’ & klik ‘import’. Pastu keluar page dari google tanya sama ada korang nak teruskan.. just klik-klik je.


Tak sampai 15 minit pun (depends on berapa banyakkk korang punya entry & komen kat blog lama laa kan). Dann taddaaaaa… semua entry korang berjaya di-duplicate kat wordpress! Sebijik macam kat blogspot.

Apa pun, pada aku nih just temporary solution. Aku still memikirkan offer Mamoru untuk buka domain sendiri. Wait n see je lah.. hihihihi.. best dapat suami pandai IT nih🙂

%d bloggers like this: