>Duplicate blog sendiri

December 12, 2008 at 12:00 pm (Uncategorized)

>

Sekarang kan tengah HOT isu blog kena delete oleh Google tanpa notis / sebab yg munasabah. Ramai betul yg dah terkena ek. Termasuk blog mereka yg aku duk baca selalu. Kesian gak. Mesti kengkawan blogger yg blognya dah kena removed tu sedih sampai berjurai air mata. Maklum lah, hasil tulisan online selama bertahun-tahun hilang sekelip mata. Lebih menyedihkan bila semua entry tu takde backup. Habis hilang semua gambar & kenangan manis derang.

Aku pun tengah risau juga. Kut-kut la kalau blog aku terkena sekali. Dulu penah jugak terjadi – masa aku menulis kat Modblog. Habis hilang cenggitu je entry yg aku tulis dari tahun 2003 – 2005. Tu pasal aku menulis kat blogspot pulak.

Sekarang, timbul pulak isu Google sesuka hati delete blog orang.. aduss! Kelam kabut aku fikir cara nak save semua entry dari tahun 2005 sampai sekarang yang ada kat blogspot nih. Ekceli sebelum nih aku ada juga buat backup kat multiply (maknanya, entry yg aku publish kat blogspot akan automatik terpublish kat multiply serentak). Tapi, tu pun aku baru start awal tahun aritu. Still tak dapat solve problem untuk entry tahun-tahun sebelumnya.

Aku ada gedik-gedik ngadu kat Mamoru pasal nih aritu. Ingatkan Mamoru tak layan memender remeh nih.. sekalikkkkk nak tau apa respon dia??? Dia offer aku bukak domain sendiri dik nonnn!! Oh, my Mamoru nih sangat prihatin tau. Dan-dan tu jugak dia nak booking kan domain untuk aku! (tak sanggup tengok isteri tercinta gundah-gulana katanya). Tapi aku tak bagi kata putus lagi. Aku mana laaa reti manage site sendiri. Kat blogspot nih bsenang lah sebab ada templete. Tayah sesusah nak godek html bagai.. semua just klik-klik je. Kang kalau buat site sendiri, mampu ke aku design templete sendiri? Dengar macam susah je.. unless laaaaaa kalau Mamoru tolong godek kan.. hihihihi (nak kena gedik lebih sikit nih).. *wink wink*

Anw, tadi, aku terbaca cecara nak import / eksport entry dari blog Sweetdarling79 (terima kasih atas info). Menarik tau. Kita boleh duplicate semua entry even semuaaaa komen yg ada kat blog kita nih dengan sekali ‘klik’ je. Mudah & cepat. So, sekarang aku ada dua blog yg sama kat blogspot & wordpress (even nama blog pun aku guna ‘outdoorfreak’ jugak). Tapi korang jangan lah cari blog aku kat wordpress tu. Takde orang boleh access pun blog tu. Khas untuk aku sorang je – nama pun blog backup kannn?


Haa.. memula tu aku tataw cemana nak buat sebenarnya. Tapi aku try la jugak create wordpress punya akaun. Pastu gi kat ‘tools’ & klik ‘import’. Pastu keluar page dari google tanya sama ada korang nak teruskan.. just klik-klik je.


Tak sampai 15 minit pun (depends on berapa banyakkk korang punya entry & komen kat blog lama laa kan). Dann taddaaaaa… semua entry korang berjaya di-duplicate kat wordpress! Sebijik macam kat blogspot.

Apa pun, pada aku nih just temporary solution. Aku still memikirkan offer Mamoru untuk buka domain sendiri. Wait n see je lah.. hihihihi.. best dapat suami pandai IT nih🙂

10 Comments

  1. za|d said,

    >AD, bukan susah pun nak wat design sendiri.Pakai microsoft word pun boleh, pastu save as web page. banyak lagi software lain leh guna. so, takyah gundah gulana ok? tny jek kat si fazi tu.

  2. biqque said,

    >we have our own domain (http://sekupang.net) tapi since program (hubby buat) cam tak memenuhi citarasa (asik gaduh je pasal bug), terus i bukak blogspot😀

  3. Ecah said,

    >uk uk ecah pun ada gak wat cam tu tp tak terfikir la utk wat backup.. tak sangka ek ade kes blog kena remove..

  4. KE said,

    >that it.. import melalui wordpress macam tu lah cara nya. lepas tu nanti bila dah domain sendiri nanti tak payah susah² dah. boleh import balik entry lama masuk dalam blog baru. hehehe maen import eksport.

  5. MushroomCute said,

    >Nak kena try gak ni..Watnya ilang blog nangis tak berlagu ler…

  6. SERI yang SENI said,

    >persoalannya sekrang… adakah wordpress itu btul2 selamat.. ntah2 kroni musuh2 google.. adeehhhh

  7. Syahidah said,

    >Salam..kali pertama di sini..betul ke macam ni..terima kasih for info..adoi..saya baru sekali naik gunung..hehe..mak tak bagi dah..korbu ngan gayong last 2006..huhu..

  8. rynn2506 said,

    >erm..bgus gak idea ni..kite pon ade import gak kat multiply…tp nak gak cuba yg ni…wordpress ekk….tp selamat ke tu?? kalo ade cara lain…awk jgnlupe kasitau kite ye AD…

  9. kuIna Jentayutiara said,

    >sy dh ada wordpress lama dah, tp blogspot cinta prtama.. xleh tinggl. niatnya nak backup blog tp tak buat2 pn. Bila trbca pasal blog kena delete baru kelam kabut nak update backup.syukur ada org memperingati..

  10. aD said,

    >zaid: tu lah sib baik ada Fazi. nak harapkan aD, takdo lah gamaknya tuu.. hihibiqque: aD rasa macam penah ter klik kat sekupang.net tu..ecah: nk buat mcm mana, mender free ada je masalahnya :)KE: macam jual barang lak kan.. kekejap import, kekejap eksport.. hehemushroom cute: buat jangan tak buat.. nangis nnt :)seri yg seni: wordpress pun ada gak kes kena delete. ekceli sama je. tp, kalau ada dua akaun nih, kita selamat sikit kutsyahidah: wahh dah naik korbu gayung tuu kira hebat laa.. antara gunung tough gak tu. salam pergunungan :)rynn2506: insyaAllah, aD pun tengah tercari-cari solution yg besttt :)kuIna: sesama lah kita🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: