>Lapau

December 15, 2008 at 3:30 pm (Uncategorized)

>

Aku bebtul salute memana perempuan mengandung yg berjaya puasa penuh dalam bulan Ramadhan (tetiba kan.. hihi).

Takkk.. aku seriyes nih. Orang yg tak pregnant kalau puasa pun dah rasa letih lesu. Apatah lagi orang pregnant kan? Dah laa perempuan pregnant perlukan zat makanan yg lebih banyak. Nafsu makan pun kompem membuak-buak. Memang hebat laa kalau perempuan pregnant berjaya berpuasa.. *tabik hormat*

Sebab musabab aku cakap tulis camtu?

Pagi tadi kan aku ada dua inggit je. Aku beli roti canai sekeping (RM 1) – alhamdullilah kenyanggg.. tapi tahan sampai pukul 11.00 pagi je lah. Makin dekat nak tengahari, perut aku makin meragam, badan jadi lemah.. lembik.. sampai tangan menggeletar (seriyes lemah tau – nak bercakap pun rasa cam tak cukup napas je – orang mengandung kompem paham). Rasa nak pengsan pun ada tau.

Taim aku tengah menahan lapau tahap dewata raya, tetiba Mamoru call – Kemain risau lagi dia nih (ohh.. aku lagi lah risau – takut effect apa-apa ke nanti – yerr aku memang paranoid). Mamoru nak datang sini bagi duit. Tapi bila aku dapat tahu dia ada kat site, terusss aku tolak (tanak lah buat dia terkejar-kejar jejauh camtu). Aku bebuat cool. Cakap kat Mamoru jgn risau. Aku ok. Aku cakap, jap lagi caterer yg serve makanan untuk meeting datang (ekceli lama lagi caterer tu nak datang.. tsskkkk)

Abis je borak dgn Mamoru, aku bukak beg pastu geledah drawer cari kut-kut ada duit terselit kat memana.. dan alhamdullilah, banyak rupanya duit aku kat dalam drawer nih (tapi syilling je lah – lupa lak dulu aku memang suka simpan syilling).

Terussss aku turun gi bawah beli buah, roti & gegula. Nikmat betul makan di kala perut lapar nih.

By time aku menulis nih, makcik caterer dah datang.. derang tengah susun-susun makanan (syedappnyaaa bauu). Ok lah, kena stop dulu. Sat gi ramai pulak boss aku mai sini tengok blog aku (lagipun, aku nak rembat roti jala kat depan tu.. tak boleh tahan woo bau dia)

5 Comments

  1. kabussenja said,

    >aD, pompuan ngandung klu xtahan boleh berbuka pose. syukur wlupun kndungan 6 nak masuk 7bln sy boleh puasa penuh.. sbbnya lg tak larat bebenor nak mngantikan posenya nanti… huhuu…

  2. Ecah said,

    >oh saya pun sangat salute.. kerana saya ada pengalaman terpaksa berbuka puasa.. time tu sangat kuat mabuknya sampai muntah-muntah kelaparan.. kena pulak mengandung dah 2 bulan dalam bulan puasa.. alhamdulillah.. saya dah ganti.. yayyyyy!!!!

  3. .: Ain Rusli :. said,

    >kak aD..sy dulu masa tau saya preggy,masa prtengahan bulan pose aritu,dah 6mgu..masa 2 mgu pertama pose tak tau pulak preggy..takdela rasa lapau sangat cume penatttt ya amattt..huhuhu..bila dah tau je peknen,terus berlobang dah pose nye..huhuhu..teruk betul..p/s :nk tanye..en mamoru keje kat area2 kj kah?mcm ternampak die setiap pagi bekfes kat kedai bawah opis ni..🙂

  4. Angah said,

    >kembang idung nih ahahahaAlhamdulillah kedua-dua kali mengandung masa bulan puasa penuh puasa angah…Arief masa 6++ monthsAdneen masa 2++ monthskena kuatkan semangat, kalu muntah pun takper sebab bukan sengaja kan.. lagi satu fikir bila nak ganti? lepas bersalin nak menyusukan anak plak..

  5. aD said,

    >kabusenja: betul jugak kan.. nak mengganti nya kompem lagi susah.. taim tu baby dah lahir.. lagi byk tertundanyaecah: kalau kena puasa taim awal pregnancy sure lagi dasyattt penangan mabuk kan.. Ain Rusli: betulll tu. bila kita tataw kita pregnant, sihat walafiat je rasa.. sampai boleh buat keje beberat. Tapi bila dah tau pregnnat, terus lemah gemalai lembik segala.. mushkil betul kan ain?pssttt.. betul la tu ain. dia mmg keje sana. kat kedai hijau ek.. hihihi. boleh la tegur-tegur nanti :)angah: fuiyoooo.. *tabik spring*.. angah mmg haibatt. aD pun teringin pregnant taim puasa – mana tau dapat penuh.. hehehe

Comments are closed.

%d bloggers like this: