Me & Mamoru – Part 1

December 19, 2008 at 8:22 am (Uncategorized)

Aku rindu kat Mamoru. Serious ok, aku rindu gila kat dia! Kenapa ek? (mood ntahapehape kan? macam kan balik kang tak jumpa je kan?)

Dalam kesengalan aku melayan rindu nih, teringat pulak masa memula kenal dulu.. *cewahh

Citer nih takde lah lama mana pun jadinya. Tahun 2006 je.. hehe. Taim tu jiwa tengah kacau. Tayah tanya lah kenapa. Malas nak ingat mender yg jadi sebelum-sebelum tu. Kita focus start awal tahun 2006 je ok.

2006 nih tahun aku tengah ligat mendaki gunung. Asal ada je trip, aku join.. asal aku join je, ada trip.. gitu lah kiranya keaktifan aku nih. Tetiap minggu aku pegi mendaki. Kalau tak mendaki, port lepak aku nunnn kat Bekelah, Pahang – layan air terjun. Memang gila la taim tu. Satu semenanjung aku pusing semata sebab gunung!

Cerita aku & Mamoru bermula masa masa geng Godong buat trip mendaki Kinabalu. Sepatutnya, nama aku takde dalam list xpdc ke Sabah sebab trip nih derang dah plan lama. Sebelum aku kenal Godong lagi. Semua tiket flight & accomodation derang dah siap book. Jadi, memang takde seat kosong untuk aku.

Nak dijadikan cerita, dua bulan sebelum bertolak, ada sorang team xpdc tarik diri. Organizer trip nih pun beria offer aku join. Kata dia, aku just kena tambah RM 100 je untuk tukar nama tiket. Aku pun setuju lah. Tapi dua hari sebelum depart, si organizer nih cakap nama kat tiket flight tak boleh tukar sebab ekceli derang beli tiket taim promotion. So, kalau aku nak join trip tu jugak maknanya aku kena beli tiket sendiri – wahhh.. mau aku tak angin?? Bengang ok. Apa lah salahnya bagitau aku dari awal, at least boleh aku beli tiket online (jimat sikit) – nih lagi dua hari nak fly baru kasi tau aku.. terbakar je rasa dalam hati nih.

Nyaris aku kansel trip tu. Tapi disebabkan geng-geng yg pegi trip nih member-member baik aku & disebabkan si organizer beratus-ratus kali minta maaf kat aku, maka terpaksa lah aku sanggupkan diri sendiri untuk keluar duit lebih untuk beli tiket flight. Mahal giler tiket aku tau.

Ekceli, sebelum bertolak ke Sabah, team xpdc nih ada la beberapa kali buat perjumpaan. Tapi tataw kenapa setiap kali derang buat perjumpaan, setiap kali tu jugakkk aku ada hal lain. Kira, aku memang tak penah kenal / tahu siapa team xpdc yg lain selain dari dua tiga member aku dalam Godong. Yang Mamoru pulak, dia mati-mati ingat aku lelaki.. sebab dekat list nama yg pegi Sabah tu just tulis “aD” je.. hehe

Hari yang ditunggu-tunggu..

Malam sebelum bertolak, si organizer datang jumpa aku. Ada hal katanya. Rupanya, dia dah terguna duit untuk balance payment accomodation team kami kat Sabah. Dia minta tolong aku. Aduss.. sangat bengang ok! Pulak tu katanya, kalau aku tak tolong, dia nak tarik diri dari trip tu & suruh aku handle. Gila apa? Macam kan aku tau selok-belok kat Sabah je. Perasaan aku taim nih dah bercelaru dah. Aku tak bagi kata putus. yelah, duit aku dah habis banyakk beli tiket. Nih nak tolong dia lagi..

Sepanjang malam aku tak dapat tido. Bengang punya pasal, barang pun aku tak packing. Aku dah macam give-up nak teruskan trip ke Kinabalu.

Pukul 6.00 pagi aku terjaga – si organizer call. Sempat aku termenung subuh tu.. antara nak pegi dgn tak. Padahal flight depat pukul 7.45 pagi tu. Lasttt, aku decide untuk pegi. Ye lah, tiket flight aku mahal gila – membazir kalau tak pegi. Macam kartun aku pagi tu. Sambar apa patut bubuh dalam haversack, mandi pun.. ala-ala tak cukup air je. Pastu bergegas pegi KL Sentral – naik ERL Express.

Aku sampai airport 5 minit sebelum gate tutup. Terus check-in & berkumpul dgn team xpdc lain kat dalam. Taim tu aku perasan, aku sorang je perempuan (ekceli, ada sorang lagi perempuan, tapi dia dah berlepas sehari awal ke KK). Disebabkan mood aku tak berapa ok. Dan disebabkan memasing rushing nak naik flight, aku takde masa pun nak berkenal-kenalan dgn team xpdc yg lain. Dalam fliht baru aku start borak. Tapi dengan orang yg aku kenal je lah.


Kat airport sebelum bertolak ke Sabah. Dari kiri; Organizer, Ijai, Aku, Mail, Mamoru & Chua. Err.. kurus kan Mamoru taim nih hihihihihi (jgn marah b)

Sampai KK pun mood aku still macam tu. Masa team xpdc tengah lunch, aku pegi merayau dalam shopping mall sengsorang. Aku bagi alasan nak cari stokin (memang aku lupa bawak stokin taim tu). Memula aku pegi jenjalan sorang je.. tak lama pastu Pok Yie datang teman. Aku banyak diam & buat hal sendiri masa trip nih. Sampai lah kami tiba kat Mersilau Nature Park pun aku prefer senyap je. Ntah lah, rasa geram kat organizer still tak hilang lagi kut.

Masa geng-geng lain (termasuk organizer) pegi check-in bilik, aku gi melepak kat cafe Mersilau. Pok Yie & Rock Kapak je teman aku. Pok Yie macam tau-tau je aku moody dgn organizer. Lega sikit bila dapat luahkan rasa tak puas hati aku kat dia. Kata Pok Yie.. “Rilek laa.. hal tu kita sesama fikir bila dah settle turun gunung nanti. Buat masa nih, focus kat xpdc dulu. Takkan lu nak moody sepanjang trek esok. Boleh pewai wa layan kepala lu. Biar orang lain buat hal.. lu jangan babe”.. Mind the language yer, aku kalau berborak dgn bebudak Godong memang kasar sikit bahasa. Ye lah, dah derang duk bahasakan diri dengan “wa”, “lu”.. takkan aku nak ber “saya”, “awak”.. pulak kan? Kelakar kan? So not me untuk guna ayat-ayat camtu. Tapi, lelama aku dah biasa – berkawan dengan bebudak gunung memang camnih – ganazzzz manjanggg.

Tak lama pastu, Chua & Mamoru join meja kami. Masa nih lah aku kenal Mamoru. Dari hari terang, sampai lahh gelap (kat Sabah kan kul 6.00 dah gelap) kami lepak kat meja makan tu. Siap order bertambah-tambah. Sedikit sebanyak, aku mood aku semakin ok & ceria balik.


Nih kat Mersilau cafe – first time berbual dgn Mamoru. Borak pasal gunung je. Dari kiri; Pokyie, Rockapak, Aku, Mamoru & Chua.

Oh.. perlu diingatkan, antara aku dgn Mamoru tak wujud cinta pandang pertama. Perangai aku taim tu (esp bila berdepan dgn lelaki) adalah agak kasar – boyish jugak lah. Cuma aku takde lah pakai macam lelaki – perangai & percakapan je yg kasar. Heloo.. dengan lelaki tak boleh berlemah-lembut sangat ok.

Esoknya, hari yg dinanti-nantikan tiba. Bermulanya pendakian untuk menakluk puncak Kinabalu. Kemain bersemangat lagi aku tau..

Ops.. dah dekat pukul 4.30 ptg.. aku nak balik dulu.. nenanti lah sambung ek.. hihi

7 Comments

  1. cicakuben said,

    ha-ah da kul 4stgh la..
    wa nk blik jgk la..
    bes eh pngalamn..
    afta, kes-kes sblm 2006 kta trus lost cntct..
    rindu jgk nk mlntak mskn ad.
    tp skrg ni ble lgik ka mcm tuh?

  2. Angah said,

    ferrr mengimbau kenangan lama tuh ahahaha…

    mine is very simple… kenal 2 bulan tunang terusssss

  3. Dewajiwa said,

    hehehe.
    aD ada join masa kita gi Chabang Tiga tu kan? kat sana rasanya cinta dah berputik dah kan? caring dah

  4. vkool said,

    ajernyer sengal kamu..kemain kusyuk dah baca skali ada smbgn plak chit..sabo jelah apapun..jg dr dan baby..selamat bhjg mgu…

  5. MushroomCute said,

    Best plak baca novel ni..Eh, kisah lama ni..Bila nak sambung ni?

  6. biqque said,

    tell me more! tell me more!

    p/s: addicted seh ngan blog u…haha!

  7. aD said,

    cicakuben: haaa.. tunggu ad buat openg house gitu..🙂

    angah: memang simple sungguh cerita cinta angah🙂

    acik Ponch: ad belum sampai lagi gunung cabang tiga tuu.. tsskkkkk

    vkool: hihihi.. tungggu sambungannyaa..:)

    mushroom cute: tengah mengarang sesikit nih.. tunggu nah :))))

    biqque: waahhhh.. nih yg semangat nak mengarang lagi nih.. biqque, jomma share-share cerita cinta (cewahhh)

Comments are closed.

%d bloggers like this: