>Rindu masakan nenek

December 19, 2008 at 10:00 am (Uncategorized)

>

Haaa.. akhirnya sampai jugak hari Jumaat (dasar malasss nak duduk kat opis). Lega sikit rasa otak nih.

Esok aku nak ajak Mamoru balik Kuala Selangor (terbalik pulak kan? aku yang beria ajak Mamoru balik kampung dia). Ada misi penting kat sana nanti: Misi nak berilek sambil dilayan dengan penuh kasih sayang oleh nenek Mamoru (huhuhu).

Duduk rumah nenek memang bestttt. Asal bangun pepagi je, sarapan dah siap terhidang. (fuhh sedap betul bau nasi lemak yg nenek buat). Aku sukaaaaaa sangattttttt. Sepanjang aku kecik sampai laaa dah kahwin nih, jaranggggg sangat dapat fe-feeling makanan tersedia depan mata tau. Maklum la.. dari kecik aku tak duduk dgn arwah mak. Kalau nak makan apa-apa, kena laa masak sendiri. Kahwin pulak dgn Mamoru yg yatim piatu – laaagiiii laaa tak merasa air tangan mak mentua. Memang takdo cann laa nak makan masakan mak-mak nih. Jeles jugak benornya bila baca blog orang yg hehari dapat makan masakan mak. Beruntung betul derang..

Ohh.. mungkin ada yg akan kata, aku still ada mak tiri. Tapi sama je.. tetiap kali balik rumah ayah kat Melaka pun aku kena masak gak, sebab Ibu (my mak tiri) tak pandai masak.. hihi. Bukan aku yg cakap Ibu tak reti masak ok. Ibu sendiri yg mengaku.

Tapi alhamdullilah.. nasib baik aku kaya dengan nenek-nenek (seriyes nenek aku memang banyakkkk). Nenek yang palingggg best sekali ialah, nenek Mamoru! Sangat rajin memasak bila aku balik Kuala Selangor.

Dan paling bestt – nenek sukaaaa manja kan aku tau. Aku nak tolong buat keje sikit semua dia tak bagi. Pantang aku pegang penyapu, nenek akan jerit-jerit cakap.. “dah, dah, toksah sapu.. ko tu pegi la rehat kat atas”.. Tapi aku buat jugakk (esp bab memasak).. Kang kalau ikut cakap nenek, kompem semua keje dia nak buat sorang. Asyik nak suruh aku rehat 24 jam.

  • Asal lepas makan je, dia suruh aku naik atas rumah – rehat.
  • Asal Mamoru landing depan tv je, dia suruh aku landing sama
  • Asal Mamoru terlelap je, dia akan paksa-paksa aku teman Mamoru tido
Bestttt kan dapat nenek camnih? Dalam bebanyak nenek yg aku ada, nenek Mamoru nih nenek yg paling tua sekali (12 Dec aritu birthday nenek yg ke 80 tahun! Nenek lahir tahun 1928). Dalam usia yg dah lanjut camtu, nenek still kuatt lagi. Kalah aku tau.

Dulu masa bebaru kahwin dgn Mamoru, aku segan jugak. Yelah, nenek bangun pagi punya laa awal.. pukul 4.00 / 5.00 pagi dia dah siap pegi belakang rumah, kupas kelapa – pastu mesin kelapa (nenek memang terer). Ngam-ngam lepas subuh, dah siap terhidang nasik lemak untuk kami kat atas meja.. fuhhh.. indah betul perasaan bila dilayan camnih.

Tak sabarnyaaa nak balik Kuala Selangor – nak bermanja dengan nenek. Semoga nenek dipanjangkan usia & dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa (aminnnnn).

6 Comments

  1. Signorina Syima said,

    >besh je dapat nenek macam ni… hehe balik kuala selangor heh?? tak makan siput duri ke??

  2. aD said,

    >signorina syima: haaa.. tu antara misi kedua hihi. rituh balik taim raya manjanggg ujan.. tak sempat nak mencari🙂

  3. cicakuben said,

    >hiihi…sma la kta..bl nk balik melaka uma ajibun, L yg gatal2 request..dpt blik smlm pun xpe…hri tuh, mmy masak daging setiu..sedap mmg bes..knun2 nk mkn malu2…tp, 2 magkuk L ngirup…sma jgk bl nk blik kotadam’..ajibun yg ngajak..rindu mskn ibu knun2..kekdg tuh kn,hbis keje je, trus blik Kotadam’..smata2 nk mkn air tgn ibu…

  4. biqque said,

    >tu la bezanya orang dulu2 ngan kita skarang…dasyat kan diorang?i kalo balik umah tok i, nasik putih gaul ngan ikan goreng pun terangkat! tak la hebat mana, tapi tetap sedap. tatau nape😀

  5. aD said,

    >cicakuben: melaka? dah dekat tu.. len kali boleh plan balik sekali.. kita pekena seafood kat umbai :)biqque: setujuuu.. pelik kan? kengkadang teringin nak balik kampung semata sebab nak makan nasik berlauk ikan masin + sambal belacan nenek.. simple tapi ntah.. macam addict gitu

  6. cicakuben said,

    >ri tuh ada gak ajak ajibun g mkn ikan bakar kat umbai…waduh, jelingan nya jak yg pnjg..pastu jwb “xsedap”…”makan uma ibu jom”…hah tu dia trus tukar topik..bt, ye insylah bl blik melaka lgik, kta calling2 k..[pssttt; ad num tuk calling2 nye mn?? me,0193666968…]

Comments are closed.

%d bloggers like this: