Gunting rambut Tia

December 22, 2008 at 10:00 am (Uncategorized)

As planned, Sabtu aritu kami balik Kuala Selangor. Nasib baik kami balik awal, sempat gak lah bawak nenek gi amik rebat renew road tax motor kat pejabat pos. Motor tu kami tong-tong beli (cash) untuk kegunaan Tutut (bapak sedara Mamoru) dalam bulan puasa lepas. Tapi kami bubuh nama nenek as owner. Motor second je. Masa beli tu road tax motor dah mati, so Mamoru renewkan sekali.

Kalau tak sebab SIL Juli call ingatkan pasal rebat tu, kompem sampai sekarang kami lupa. Tuu yg bawak nenek gi collect. Dapat lah RM 150. Mamoru bagi nenek suruh buat belanja.

Balik dari pejabat pos, kami ingat nak jenjalan kat pantai. Konon nak lunch seafood kat luar, tapi tak jadi sebab nenek dah siap masakkan lauk daging rendang untuk kami (kan aku dah cakap, nenek memang rajinnnnnnnn memasak).

Petang pulak, kami bawa Tia pegi gunting rambut. Panjang sangat dah rambut dia.. melebihi bahu. Pulak tu serabut je aku tengok. Ekceli, rambut Tia cantikk – lurus & lembut je. Tapi yelah.. dia kan budak lagi. Baru darjah satu. Tak reti nak manage rambut sendiri. Nak harapkan nenek, mana lah nenek larat nak tocangkan hehari.

Since tak lama lagi sekolah nak buka (ohh, Tia bakal naik darjah dua tahun depan), aku suruh amoi tu gunting pendek je – kasi rata belakang & buat fringe kat bahagian depan.


Tia senyumm je masa amoi tu gunting rambut dia


Hasil selepas digunting.. kira so-so lah. Tapi aku rasa macam terlebih pendek pulak kan? Takper lah lain kali aku nak suruh amoi tu gunting layer sikit.. kasi ada style.

Nak tau berapa kos yg kami kena untuk gunting rambut Tia kat kedai nih.. RM 4 inggit uolss!! Murah gila kan?

Lepas habis gunting rambut, kami bawa Tia pegi beli barang sekolah dia. Murah rezeki anak yatim piatu macam Tia. Kelengkapan baju & kasut sekolah semua dah ada sedara-mara yg tolong belikan. Sampai kami takde idea nak beli apa (yelah, semua dah ada). Last-last, kami just beli alatan menulis & mewarna je. TSekarang tnggal yuran sekolah Tia je yg belum settle. Tapi tuu kena tunggu sekolah buka lah, baru boleh bayar.

Ada lagi satu berita baik. Makde dah dapat tender kantin kat sekolah Tia belajar. Alhamdullilah, pasnih hehari lah Tia dapat makan free kat kantin sekolah nanti. Semoga rezeki Makde murahhhhh sentiasa.. *aminn*

%d bloggers like this: