Roti canai nenek

December 22, 2008 at 11:00 am (Uncategorized)

Aritu kan aku dah cerita betapa rajinnya nenek Memasak.. dan betapa dia sukaaaa sangat manja kan cucu & cucu menantu dia nih (hihi). Meh kita sesama saksikan buktinya…

Pagi Ahad tu macam biasa lah aku cuba sehabis boleh untuk bangun awal. Siap suruh Mamoru kunci jam & kejutkan aku pepagi tu. Konon nak tolong nenek buat sarapan laa kannn…

Dan seperti hari-hari berlalu, takde siapa yg boleh celen kehebatan nenek bangun pagi (ntah pukul berapa laa dia bangun subuh tu gamaknya). Tau-tau je.. doh roti canai dah siap tersedia kat atas dapur – tinggal nak goreng je.

Memang takde cann nak aku menolong langsung tau. Nenek sengaja tanak kejut aku (even berkali-kali aku ingatkan suruh bangunkan aku malam tu). Nenek memang sukaaaa buat suprisee untuk anak-cucu dia🙂


Taddaa… doh yg siap tersedia masa aku bangun pagi tu.


Nenek tengah mencanai doh. Kemain lagi tamau aku tolong tau. Dia suruh aku sedia pinggan untuk makan je.. tsskkk.. (konon sedih tapi sokaaaaaa dimanjakan gini)


Nenek in action – menggoreng pulak. Teror tuuuu.. terbalikkan roti guna tangan je!!


Nenek terpaksa guna sudip bila jari dia kepanasan kena kuali. Degil tau nenek nih. Aku nak tolong sikit punn dia tak bagi. Risau sangatt dia kat aku. Nih perut aku kempis lagi.. sok kalau perut aku memboyot, gamaknya dia tak bagi aku bergerak langsung.. hihihihi.

Ohh.. roti canai buatan nenek adalah sangatttt sedapppp. Kalah roti mamak ok!!

10 Comments

  1. jesnita_ns said,

    kuat lagi ye nenek awak menguli..caya lah..rajin..

  2. jesnita_ns said,

    kuat lagi ye nenek awak menguli..caya lah..rajin..

  3. biqque said,

    ya Allahhhhhh teruja nyer i tgk nenek mamoru ni!!!

  4. Nurmala said,

    Alhamdulillah..
    kuat lagi ye nenek awak..
    apa la rahsia dia agaknya

  5. nURmALa mAZLan said,

    Alhamdulillah..
    kuat lagi ye nenek awak..
    apa la rahsia dia agaknya

  6. rynn2506 said,

    wah..kite tgok ni kite kesian arr tgok nnk awak..smlm GIL kite lak jatuh sakit…tp dah bwk g hospital pastu ok dah sket²…ni tgok nnk awah masih lg gigih wat roti canai….baguih la…mesti sedpa…nak rasa…..~~~

  7. rynn2506 said,

    sgah ke blog kite wat tag pengantin ekk..wat tau..TQ

  8. aD said,

    jesnita_ns: alhamdullilah.. harap dia sihat camtu sampai bebila🙂

    biqque: kalau tgk live lagi teruja tau.. nenek nih kecik comelll jee.. macam budak darjah dua hihihhi

    nurmala: ad pun tengah godek-godek rahsia nih hehehe

    rynn2506: ad doakan GIL awak cepatt sembuh.. sabar eh wakk

  9. rose said,

    bes kan…
    opay hubby pon camtuh..
    berusaha buat mcm2 utk kami makan..
    padahal ikutkan ati..if pegi umah dia nak suh dia duduk je..tapi sibuk duk sedia makn2..hmmm…

  10. aD said,

    rose: kan? sama lah kita! seronok pulak rasa bila dimanja gitu kan..🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: