Terasa hati

December 28, 2008 at 1:24 am (Uncategorized)

Sedih sangat. Dari subuh semalam sampai ke hari nih.. Esok pun mungkin sama.

Mamoru lupa janji dia. Sebelum masuk hutan aritu dia ada janji nak sentiasa on handphone. Dia ada janji nak sms / call aku bila-bila ada roaming. Tapi sedih sangat bila last sms yg dia bagi, dia nak off handphone. Dan hanya akan on balik bila dia keluar hutan Isnin nanti.

Sedih sangatttt..

Aku nak merajuk lah. Disebabkan hal nih, aku asyik berkurung dalam bilik. Kesian ibu & ayah – risau derang tgk aku (derang ingat aku banyak keje sebab asyik menghadap laptop). Taim makan pun aku tak keluar sampai derang siap hantar dalam bilik.

Mamoru better ada one good reason kenapa dia pilih untuk off handphone. Trip dia just 3 hari & bateri phone boleh bertahan selama tu. Lain lah kalau dia masuk hutan untuk seminggu. One thing for sure, setiap puncak gunung ada roaming sekarang nih. Esp, kalau guna line Celcom!

Dann kalau dia masuk hutan untuk seminggu sekalipun, takkan tanak cuba untuk on handphone? Yelah, mana lah tau kalau ada emergency jadi kat luar – aku masuk hospital ke.. aku nak terberanak ke (ok, lama lagi untuk aku deliver, nih just assumtion)..

Lama ok nak tunggu dia keluar esok. Mungkin maghrib katanya baru sampai starting point (‘mungkin’ ok!) Tu baru sampai starting point, belum kira masa untuk dia hantar team xpdc yg tumpang kereta dia ke tempat memasing. Silap-silap, pukul dua tiga pagi baru dia sampai rumah!

Aku tak suka situasi macam nih. Paling aku tak suka bila aku tak dapat satu apa info pun tentang trip Mamoru ni. Aku tak tahu dia start trekking dari mana, tentatif program pun tak ada, even timing untuk final day pun tak ada. Dan Mamoru pun langsung tak bother nak tanya semua tu dari organizer, even dah berapa kali aku suruh – end up buat aku risau sepanjang 3 hari nih.

Now, my sedih & risau dah bertukar jadi terasa hati yg amat sangat… Like I said tadi, Mamoru better have one good reason for everything. Or else, my rajuk is going to be forever.
%d bloggers like this: