Baju first baby aku

December 31, 2008 at 12:00 pm (My Pregnancy)

Please jangan cakap aku over.. (walaupun hakikatnya memang ya..hihi).

Yer, aku dah beli sepasang baju untuk baby.. lengkap dengan mittens & booties.. hahaha. Sila jangan gelak sebab adik-adik aku dah berjaya menggelakkan aku dengan zalim nya malam tadi.. hihi.

Aku tau lah perut aku kecik lagi. Tapi.. dah perasaan aku nih tak menyempat-nyempat, nak buat camne kan? Lagipun, aku geremmmmm sangat tengok baju yg comel-comel tu.

Ekceli, semalam aku ajak Mamoru pusing Jusco. Nak cari seluar preggie untuk aku & survey barang baby – survey je tau. Tapi kannnnnnnn, bila dah sampai sana, Mamoru tiba-tiba berubah menjadi seorang yg sangatttttt *aku tataw nak describe cemana*!

Habis semua barang diangkutnya bawak ke cashier. Dan-dan tu gak dia nak beli. Lalu kat bahagian lampin, dia amik lampin.. lalu kat bahagian botol susu, dia amik botol.. lalu kat bahagian baju, dia amik baju.. hampir semua barang dia nak beli taim tu jugak.. Panik aku sekejap. Dia pulak yg lagi over dari aku.

Sudahnya aku terpaksa paksa dia letak balik semua barang yg dia amik. Tu pun tak semua dia letak. Ada few stuff dia berkeras nak beli. Layan kan je lahh.. hihi… *aku pun suka sebenarnya*.. Comel je tengok Mamoru angkut barang-barang baby semalam.. *aummmm*

Pasnih, tak boleh lalu kat section baby lagi dah. Aura tarikan kat sana terhadap Mamoru adalah sangat menakutkan (haha)! Kena tunggu sampai aku tau baby nih lelaki atau perempuan dulu. Pastu baru boleh shopping lagi. Kan? Kan?

11 Comments

  1. eedany said,

    Cutenya baju baby tuh! Bestnya…

    Happy New Year to you…

    Azam 2008 yg lalu dah tercapai? Kalau belum teruskan di tahun 2009. Jangan putus asa…heee.

    Goodbye 2008…
    Welcome 2009…

    XOXO…

  2. Nurmala said,

    alalalala…
    comel nyer..

  3. nURmALa mAZLan said,

    alalalala…
    comel nyer..

  4. Elyn said,

    hahahah slalunyer mak baby yg ober xcited…. ni bapak die plak egegeg…… mesti cumel kan???

  5. rose said,

    kikiki..
    tak sabor la katekan..
    tapi kandungan dah 5 bulan kan..
    leh la kot beli sikit2..:-)

    org skang ni takde pikir nak beli ape lagi..sbb nak bior alahan ni abis dulu..baru bes nak jenjalan..nnti pening je kejenya…:-)

  6. biqque said,

    i yg takde baby ni pun dah beli 7 pasang rompus u tau! sebab comel gile! i beli je utk baby boy and gal, nanti baru tgk mana yg kenaaa! haha!

  7. Angah said,

    Fazi!!!!

    Bawak bertenang okeh!!!
    Amek napas.. hembus napas…

    botol tu better beli BPA free bottles..

  8. Signorina Syima said,

    chumel nye baju… warna unisex.. lelaki pompuan bole pakai… alah… namanya baby… masa kecik mana pasan boy or girl kan..

    tak sabar2 kak ad ni… i kno u excited..

  9. WaN dAn TiE said,

    seronoknyer..nengok…
    cute ajer…baju tu semoga diberkati ALLAH..kali berdua

  10. aD said,

    eedany: hepi new year untuk awak juga🙂

    nurmala: kannn? gerem tengok baju cinonit nih semua hihihi

    elyn: tu la, aD pun terkejut tau🙂

    rose: a'ah, kumpul sesikit dulu kan kan kan

    biqque: ohhh selamatttt.. ada yg lebih teruk dari aD rupanya *gelak tak ingat donia* hahahahhaahaha

    angah: incik fazi, sila dengar nasihat.. hihihihi. errr BPA tu apa?

    signorina syima: susah jugak tau nak cari baju yg sesuai untuk boy/girl.. tak sabau nak tau gender baby nih.. senang nak beli baju🙂

    wan & tie: same goes to u.. awak pun tentu tengah eksaited juga kan?

  11. aD said,

    eedany: hepi new year untuk awak juga🙂

    nurmala: kannn? gerem tengok baju cinonit nih semua hihihi

    elyn: tu la, aD pun terkejut tau🙂

    rose: a'ah, kumpul sesikit dulu kan kan kan

    biqque: ohhh selamatttt.. ada yg lebih teruk dari aD rupanya *gelak tak ingat donia* hahahahhaahaha

    angah: incik fazi, sila dengar nasihat.. hihihihi. errr BPA tu apa?

    signorina syima: susah jugak tau nak cari baju yg sesuai untuk boy/girl.. tak sabau nak tau gender baby nih.. senang nak beli baju🙂

    wan & tie: same goes to u.. awak pun tentu tengah eksaited juga kan?

Comments are closed.

%d bloggers like this: