Mamoru dah balik

December 31, 2008 at 9:00 am (Uncategorized)

Mamoru dah balik.. hihi..

Nak tau pukul berapa dia sampai rumah? Pukul 2.30 pagi ok! Dah masuk hari Selasa dah pun. Ekceli dia sampai starting point (tempat derang parking kereta) dalam pukul 8.30 malam. Dia antara team xpdc yang berjaya keluar awal. Tapi terpaksa tunggu Chua yg lambat sebab injured. Pukul 12.00 tengah malam baru Chua berjaya keluar dari hutan!

Oh, aku lupa nak tanya macam mana keadaan Chua sebab aku lebih risaukan keadaan Mamoru yg tentu penat & tak sabar nak balik cepat. Hik.

Merajuk jugak lah aku masa Mamoru sampai rumah. Tapi tak sampai hati nak lancar perang dingin lelama sebab rasa rinduuuuuu nih mengatasi segalanya (cewahh).

Betul cakap Ibu (my mak tiri) masa aku kat kampung aritu. Kata ibu, sebenarnya aku bukan merajuk sebab marahkan Mamoru, rajuk aku lebih kepada rinduuu je. Yelah, dah biasa melekat 24 jam, bila kena pisah dua tiga hari terusssss down tak ingat donia. Patut la sebelum Mamoru pegi, Ibu ada tanya aku; boleh ke berjauhan dgn Mamoru? Aku jawab ‘ok’ je. Ibu macam tak percaya je aku boleh rilek bila kena tinggal camtu. Tak sangka ibu memang hebat. Sangkaan ibu tepat.. *maluu aku*..

Nampak je muka Mamoru subuh tu teruss aku cebik-cebik. Tetiba je badan jadi lembik sampai Mamoru kena dukung bawak masuk bilik (hihihihi.. ngengada je lebih). Adegan lepas tu tayah cerita lah ek (oit, jangan fikir bebukan ok – adegan pujuk memujuk laaa).

Kesian Mamoru, dah la penat. Badan pulak sakit-sakit & calar balar (ntah hutan mana diredahnya sampai penuh luka kat muka & badan. Pastu kenaaaa pulak melayan rajuk isteri yg manja-terlebih nih. Sabar je dia dengan karenah aku tau.. hihi.

Semalam aku cuti. Mamoru pulak MC. sebab tak sihat – penat turun gunung tak hilang lagi. Kesian dia. Bengkak-bengkak jari tangan & kaki semua. Kesan gigitan agas & pacat toksah cakap lah.. penuh sampai ke pinggang – kat leher pun ada!

Malam tadi, bila Mamoru dah ok sikit kami pegi Midvalley. Aku teringin nak makan tom yam udon. Tapi tak jumpa. . tsskkk.. Selera makan aku dah semakin baik bila Mamoru ada kat sisi. Kalau tak, makan pun macam kena paksa – telan pun sebab fikirkan baby dalam perut. Kalau tak, kompem aku tak lalu nak suap.


Muka budak bakal mak-budak yg kembali ceria bila dapat berkepit semula dengan suami tercinta. Oh, disebabkan aku tak jumpa tom yam udon kat midvalley, aku makan tako tao je.


Wajah kesayangan hamba sedang khusyuk makan burger giant


See.. muka Mamoru yg calar balar.. leher pun bergaris-garis luka. Tu belum tengok tang perut & kaki lagi. Tapi yang nih kira ok lagi. Kalau tengok luka dia masa kami pegi Trans 4 Bintang dulu laagiiii dahsyattttt tauuu!

Lambatnya pukul 5.00 (hahahaha.. baru masuk keje dah pikir nak balik!) – tak sabar nak jumpa Mamoru. Rindu semalam tak habis lagi.. hihihi.

Korang jangan ejek aku asyik nak berkepit dengan Mamoru ek. Nih je peluang yg aku ada tau. Tinggal 4 bulan lebih je masa yg aku ada untuk berdua-duaan dengan Mamoru sebab pasnih kami dah bertiga. Konpem kasih sayang Mamoru dah terbelah dua – not 100% untuk aku lagi dah. Disebabkan itu, aku kena lah guna peluang berdua-duaan nih dengan sebaiknya.. huhuhuhu.

4 Comments

  1. biqque said,

    pacat???!!! (pengsan!) camne la korang leh sanggup niiii!

    bukan senang nak dapat laki yang manjakan isterinyer aD, maka gunakanlah peluang yg ada. korang ni jenis kawan i, suami isteri rapat, tapi bila ada anak, takut cinta sayang tu berbelah bagi. hebat kan? i tatau camne perasaan tu…hehe…i ngan hubby biasa2 jer…haha! tatau la nanti2 if ada baby.

    p/s: ape alasan dia aritu??? citer la…kihkih! mamoru jgn marah ar…i dah addicted la ngan cite aD ni…kihkih!

  2. aD said,

    biqque: tu lah.. mesti guna masa yg ada nih sebaik-baiknya! pasnih dah takde cannn hik.

    p/s: pasal dia tak bagi ad tentatif program tu sebab organizer yg buat trip tu pun tak buat tentatif. derang aci redah masuk hutan. apa org kata, bukak jalan baru (riki trek).
    bab telefon tu rupanya, bateri mamoru dah nyenyawa ikan.. hihihi. dia tak sempat nak charge🙂

  3. za|d said,

    yang kena kat leher tu bukan pacat kot… thehehehe!!!

  4. mEiZ AraNda said,

    akak ie adventure yer?
    saya suker gak outdoor nie..tapi skang tak tau nak join saper?
    ader info yg bleh join turun naik gunung nie tak?

    bleh join…;)
    minatnyer benda2 nie kak…
    lama x masuk utan nie..:)

Comments are closed.

%d bloggers like this: