>Tips berjimat masa wedding

January 2, 2009 at 10:30 am (Uncategorized)

>

Aku sukaaaa sangatttt setiap kali raya cina dah dekat. Nak tau kenapa? Sebab taim nih laa aku boleh beli memacam jenis limau mandarin / lokam yg manisssss & sedappp (aku memang penggemar buah limau!)

Aritu, aku ngadu kat Mamoru, pasaraya Hero (tempat kami beli barang basah) takde jual limau mandarin sebijik-sebijik. Sudahnyaa, Mamoru belikan sekotak sekaligus!! Puas aku makan limau hehari. Sampai naik kembung perut nih.. hihihi. Tak sampai berapa hari dah nak abis dah sekotak limau tu aku kerjakan tau (maceh b, nanti beli lagi ek.. beli bebanyak!)

Oh.. berbalik pada tips untuk berjimat masa wedding. Ohh, tapi sebelum tu, take note yer, tips nih hanya berguna untuk mereka yang nak kahwin masa Chinese New Year je..

Camnih, kalau korang biasa beli telur ayam, korang kan tau harga telur ayam adalah semakin mahal sekarang nih. Instead of bagi telur ayam rebus pada tetamu masa wedding, apa kata korang tukar dengan bagi limau mandarin sorang sebiji kat tetamu? Idea nih aku dapat masa wedding aku rituh. Kebetulan pulak, aku kahwin taim raya cina. Memang berlambak lah limau mandarin yg dijual – murah lak tu! Berpuluh-puluh kotak aku borong tau!

Kalau beli telur, korang sure terpaksa beli bekas / sarung lain untuk isi telur tu (yelah, takkan nak bagi bulat-bulat camtu je kan?), limau mandarin nih korang tayah beli bekas lain lagi dah. Cukup dengan sarung plastik merah yg sedia ada tu. Kalau nak menarik sikit, korang beli pelekat “Terima Kasih” dan korang lekatkan kat setiap limau tu. Kalau nak best lagi, cipta dan print sendiri pelekat korang tu. Boleh bubuh nama pengantin sekali.. kan kan? Jimat ok!!

Macam kenduri aku aritu, ramai tetamu suka sangat bila dapat limau mandarin. Sampai ada yg minta extra dua / tiga bijik limau! Kalau compare telur dgn limau mandarin nih, harga limau adalah jauhhhh lebih murah (tu kalau korang beli taim raya cina laa kan – kalau beli hari lain, kompem laa mahal)

Tu je idea aku untuk berjimat masa wedding taim raya cina. Nih untuk korang yg nak cari kelainan laa selain dari guna telur / gula-gula / kuih-muih untuk dibagi pada tetamu. Selamat mencuba!


Hehari aku bawa 3 biji limau mandarin gi opis.. nyummm.. syedapppp..!!

5 Comments

  1. Nurmala said,

    >aha..time nak CNY.. ada limau mandarin ngan prosperity burger..hehehe

  2. ~dARlee zURiS~ said,

    >hehehee..good idea🙂

  3. MinahranggieE said,

    >timer kasih follow rumah saya.. saya sudah link awak ehehehhehe

  4. hOOdedLicIOUS said,

    >idea yang baik tu..buat kelainan skit kan..asyik bagi telur jer..

  5. aD said,

    >nurmala: betulllll.. dedua tu fav aD jugak tau :)darle zuris: dah fikir idea nak bagi apa kat tetamu taim wedding nanti :)minahranggie: tenkiu :)hoodedlicious: betul, selalu telur nih orang makan tak habis.. membazir je nanti🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: