>Gambar scan lagi

January 6, 2009 at 10:00 am (Uncategorized)

>

Aku ingat malam aritu last check up dengan Dr Raha sebelum aku start buat check up kat Al-Islam. Rupanya ada satu lagi sesi. Ok lah. Aku tak kisah. Dr Raha pun best. Cuma aku tak sesabar nak buat ujian MMT (ujian untuk check sama ada baby kita ada risiko genetik atau birth defect e.g., sindrom down, etc). So, next check up, mungkin sebelum hujung minggu ke 20 nanti.


See.. berat aku. Dari bulan pertama sampai bulan kelima nih baru naik 2.5 kilo je. Doctor kata normal – janji baby sihat. Aku ada baca kat internet, biasanya orang yg pregnant akan mengalami pertambahan berat lebih 12 kilo dari berat asal sebelum mengandung. Tak sure sama ada pertambahan berat sebanyak tu apply dekat aku atau tak (mungkin sebab faktor genetik – keturunan aku semua kecik-kecik). Atau mungkin kena tunggu sampai kandungan aku cecah 7 atau 8 bulan baru berat aku naik mencanak-canak? (hm maybe kan? still got months to go maa).


My precious. Lama jugak kami buat scan kali nih – konon nak tau gender baby. Tapi tak nampak. Baby aktif bergerak sampai susah kami nak tengok. Tak pe lah, lain kali pun boleh tengok. Apa pun, aku terhibur sangat bila tengok tangan dia melambai-lambai kat dalam tu (lambai kat mama ke?).. hihihi.

Mamoru malam tadi macam tak puas je tengok baby.. balik rumah malam tadi terus dia selongkar beg aku cari gambar baby yg doktor print. Kemain lagi dia tatap gambar tu – comel je aku tengok.. *hepi*

7 Comments

  1. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >sy pun masa awal2 x naik sangat..amik ko, dah nak beranak, baru naik mencanak2..sampaikan doc ckp bb besar last minutes..huhuhu..nway, salam kenal2..

  2. WaN dAn TiE said,

    >huhuhu best lah dah boleh scan…ad…letaklah list barang nak kena beli tie x taulah nak beli aper dan bila boleh star beli?..teruk betul lah rasa..ehehhehehe ..ad sekarang mata nak tido ajer..huhuhu tengah kerja pun terlelap

  3. Nurmala said,

    >aritu masa saya bleeding pon doc scan jugak..hehehehe…merasa gak kena scan walaupun belum preggie..hehe

  4. aD said,

    >elisme: camtu pulak ya. maybe aD pun camtu jugak kut.. salam perkenalan juga :)wan & tie: ok, nanti aD buat senarai khas untuk beli barang baby untuk awak ek. pssttt.. masa awal-awal pregnant dulu kan, aD selalu curi taim lunch gi tido kat surau hihihihinurmala: gituuu.. hihi. harap awak takde apa yg serius. take care tau🙂

  5. biqque said,

    >aaaaaaaaa tak sabar nak tgk aD nyer baby! p/s: nanti dah tau jantina, i carikan hadiah utk baby u k?🙂

  6. Elyn said,

    >jgn risau pasai berat bdn….. janji baby sihat ckp la…

  7. aD said,

    >biqque: wawawawa.. first time dapat offer camnih.. wokeh!!elyn: betul.. ad pun dah tak kisah sekarang nih.. gemuk ke, kurus ke.. janji baby sihat sempurna🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: