Lesu

January 7, 2009 at 3:53 pm (Uncategorized)

Baru boleh bernafas..

Sepanjang pagi membawak ke petang ada exco meeting (first meeting untuk 2009 lepas AGM) – tu yang tak boleh skip.

Aku dapat berita menarik. Adik perempuan no.4 (yang duduk kat Kelantan) pregnant anak kedua (alhamdullilah). Dia call aku pagi tadi cakap nak gi hospital – ada problem dengan period dia – dah 3 bulan dia tak period. Tapi dia tak expect mengandung sebab dah tiga kali dia check sendiri, tiga-tiga result negatif.

Tergelak aku bila dia call kali kedua tadi (lepas doktor confirmkan dia pregnant). Rupanya dah 4 bulan dia pregnant! Wooo.. berlawan-lawan dengan aku pulak nampaknya. Adik aku due sebulan lewat dari tarikh aku dijangka bersalin – merasalah baby aku dapat cousin sebaya nanti.. hihi.

Ok lah. Aku nak balik awal. Kepala agak berpusing hari nih. Dah dua malam asyik terjaga taim tetengah malam buta. Ntah kenapa semakin merapik-rapik pulak mimpi yg aku dapat semenjak-dua menjak nih. Kesian Mamoru terpaksa bangun dari tidur & berjaga sampai aku tertidur semula.. tssskkk..

%d bloggers like this: