Hepi wiken, geng!

January 9, 2009 at 12:08 am (Uncategorized)

Perut aku makin keras lah. Dah tak selesa kalau baring menelentang. Lagi teruk, kalau tengok movie kat ruang tamu, dah tak boleh baring dengan Mamoru sesama atas sofa. Buka sebab tak muat.. tapi perut aku sensitif sangat kalau tertekan dengan badan Mamoru. Senak je rasa.. tssskkk.. Camne nih? Camne nak melekat manja-manja dengan Mamoru nih?

Kalau ada gak rerasa nak baring sesama atas sofa pun, kena ubah style lain. Kepala Mamoru kat hujung sofa sebelah sana; kepala aku lak kat hujung sofa belah sini (nasib baik sofa 4 seater tu panjangggg) So, boleh main laga-laga kaki je laa.. tsskkk.

Stop merungut jap.

Aku rasa cam nak amik half day arinih. Nak balik basuh baju (sebab wiken nih aku tak lekat kat rumah).. dan nak masak pengat keledek untuk adik pompuan no.6. Dari semalam dia duk pujuk-pujuk aku masak pengat keledek. Over tau adik aku nih. Aku yg pregnant, dia pulak yg request nak makan bebukan.. hik.

Malam nih pulak, kami nak berkonvoi jauh ke utara. Ke tempat aku belajar dulu. Nunnn jauh sampai sempadan siam tu.. *boring, boring* (tataw naper setiap kali aku ingatkan zaman study kat UUM dulu, minda aku terus set satu perkataan – b.o.r.i.n.g – maybe sebab life aku zaman student dulu tak enjoy kut – yang ada just “study”, “buku”, “bilik 24 jam” – nih siapa suka gi library UUM sure tau bilik 24 jam nih kat mana)

Ekceli, nih bukan lah kali pertama aku nak ke sana since aku grad 7 tahun dulu. Tahun 2006 rituh aku dah gi sekali masa adik lelaki no.3 konvo. Dan esok, sekali lagi aku menjejakkan kaki ke UUM sebab nak attend konvokesyen adik lelaki no.5 pulak (haii pelik aku – naper lah berderet adik-adik aku minat U yg sama? Terkenan aku kah?)

Err, apa port menarik kat Kedah ek? Nih kalau nenek aku ajak gi jenjalan lepas konvo adik aku nanti, sure aku panik. Aku mana tau apa yg menarik kat area Sintok tu (maklum lah, zaman study dulu aku adalah budak yg paling nerddddd. Serious ok. Aku tak pandai nak berjalan sana sini. Langkawi pun aku tak penah jejak ok!)

Even sekarang pun, kalau orang tanya aku tentang tempat-tempat menarik untuk dilawat / port shopping yg best-best / tempat makan yg sedap-sedap, aku memang takde idea. Tapi kalau tanya pasal gunung-ganang, tau ler aku.. lajuuuu je aku jawab.. hihihihi.

5 Comments

  1. suezety said,

    cik ad.. alang2 dah gi sintok, awak gi la ke perlis.. gi ke gua kelam or bukit wang, mandi manda.. dun wori, senang je nak gi sbb mmg ada signboard.. 2-2 tmpt tu mmg tmpt wajib lawat.. xpun.. gi ke kuala perlis, pekena seafood kat situ.. perghh!! mana tahu skrg ni musim udang ketak ke.. perghh layan!!!!

    if nak gi kedah.. gi la ke bandar alor star.. lawat pekan rabu… sure nenek awak suka..

    awak ada num kiter kan? if rerasa nak gi memana kat sana, lost sila2 la call kiter.. insya allah kiter tlg..

  2. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    wah, syoknya kalo dapat pi langkawi..alang2 dah ada kat sana kan..

  3. Elyn said,

    happy weeken….

  4. vkool said,

    ada konvo uper nyer padanalh kami kena up kan site area KOlej Bukhary scpt mgkn. apapun slmt becuti

  5. aD said,

    sue: tak cukup masa aritu.. tp, ad pusing jugak lah satu kedah & perlis🙂

    elissmie: insyaAllah, lain kali ad nak pi langkawi pulak, aritu tak sempat hihi

    elyn: tenkiu!

    vkool: tu lah🙂 ohh dah ada kolej bukhary kat UUM? ad perasan dah ada beberapa nama kolej yg dah ditukar (e.g, kolej Pernas dah jadi kolej Tradewinds sekarang ek?)

Comments are closed.

%d bloggers like this: