Me & Mamoru – Part 2

January 12, 2009 at 7:00 am (Me and Mamoru)

Sambungan dari Part 1 aritu..

Pagi tu punya lah awal aku bangun. Bersemangat pegi mandi walau water heater kat bilik mandi rosak. Sejukkk yg amatttt. Maklum lah, Mersilau nih kan dah kategori kaki gunung jugak. Suhu sejuk kemain! Rasa macam mandi ais batu je pagi tu.

Lepas bersiap, kami gi breakfast gegamai. Pastu gi daftarkan diri untuk mendaki Kinabalu. Lambat jugak lah kami start mendaki (dalam pukul 9.30 pagi). Sampai 2 orang guide yg lead group kami tak yakin kami boleh sampai Laban Rata sebelum hari gelap.

Tapi alhamdullilah, berkat training naik-turun gunung yg malampau, aku dgn Pokyie berjaya sampai Laban Rata pukul 2.30 petang. Kami trekking sambil berlari! hihihi. Sementara tunggu team member yg lain sampai, kami pegi lunch kat cafe dulu.

Tak lama pastu, sorang demi sorang sampai Laban Rata. Atan & Rock Kapak antara orang yg paling lassttttttt sampai.

Cuaca kat Laban Rata memang sejuk membunuh.. tak sanggup aku nak berjalan-jalan kat kawasan tu. Masa yang ada aku just spend duduk dalam bilik menghadap heater sambil berselubung atas katil.

Aku dapat satu dorm dgn Kak Mai, Chua & Mamoru. Bilik aku ngam-ngam untuk 4 orang je. Tp, incik organizer turut menyelit sama duduk sebilik. Dah jadi berlima kami malam tu. Team member yg selebihnya stay kat dorm sebelah.

Aku ingat lagi peristiwa sengal yg terjadi malam tu. Aku pegi pasang heater sampai tahap maksimum – sampai semua orang dalam dorm tak dapat tidur sebab kepanasan. Aku mana laa tau camne nak guna heater (guna aircond tau ler).. tsskkk.

Pukul 1.00 pagi, Atan dah ketuk pintu dorm – kejutkan semua team xpdc. Kami dijadualkan untuk sambung mendaki pukul 2.30 pagi. Jangan tatau, nak mendaki puncak kinabalu nih bukan boleh buat taim siang. Kami kena mendaki taim tetengah malam sebab nak elakkan kabus yg tebal waktu pagi.

2.45 pagi, aku dah terpacak kat cafe Laban Rata. Lagi sekali kami terlewat start mendaki. Taim-taim nak gerak tu lah, team aku ngengada nak breakfast (ish ish ish).. sudahnya, incik guide suruh separuh dari team kami yg dah siap pegi mendaki dulu. So, aku gerak dengan incik organizer & kak Mai. Chua & Mamoru follow dari belakang. Yang lelain still leka berborak sambil pekena kopi.

Mencabar jugak pendakian ke puncak Kinabalu dalam cuaca sejuk subuh tu. Lebih azab bila kena trekking dengan berbaju baju tebal, ber-glove bagai. Tapi semangat punya pasal, laju je aku pintas semua pendaki lain. Sampai aku sendiri tak perasan yang team member aku jauhhhh kebelakang – aku jalan sengsorang rupanya!

Makin tinggi tahap ketinggian, makin susah aku nak bernafas. Aku start jalan se-slow. Sesekali, aku toleh kebawah – tengok sayup je cahaya headlamp pendaki lain. Dalam tertoleh tu, aku nampak Mamoru! Dia pun trekking sengsorang rupanya. Lega bila dah ada kawan – dapat lah berborak (borak sesikit je sebab memasing kepenatan – nak buka mulut pun tak larat)

Sampai kat Sayat-sayat, PokYie pintas kami. Laju gila dia jalan. Kat sini kami rehat jap. Sempat la refill bekalan air dengan air yg mengalir dari celah-celah batu kat sini. Perjalanan lepas tu memang sangat mencabar. Aku berjalan sambil mata hampir terlelap sebab mengantuk. Betul laa cakap guide kami siang tu, makin tinggi gunung yg kita daki, oksigen makin kurang, tu yg buat rasa mengantuk je.

Bila tengok PokYie ada temankan aku trekking, Mamoru terus gerak sengsorang (mungkin Mamoru ingat PokYie tu boipren aku kut – ye lah, PokYie dengan aku memang kawan baik – mana ada aku, kat situ ada PokYie.. vice versa)

Mamoru sampai puncak Kinabalu lebih awal dari aku. Aku pulak, nyaris nak give up mendaki sebab aku terjatuh dalam lopak air. Dah laa sejuk, kasut basah lak tu – bekuuuuu.. hampir krem kaki aku dibuatnya. Nasib baik PokYie ada. Dia yg paksa aku teruskan pendakian.

Alhamdullilah, aku sampai puncak pukul 5.30 pagi. Taim nih gelap lagi. Tengah aku terkial-kial cari port nak berlindung dari angin kat puncak, aku dengar suara Mamoru panggil aku. Dia menyorok bawah batu rupanya. Kami duduk menyelit celah batu sambil tunggu team member lain.


*me & Mamoru kat puncak Gunung Kinabalu – tengah tahan sejuk nih, see kaki seluar aku basah jatuh dalam lopak air – bekuuuuuu*


*my Mamoru kat puncak Kinabalu – nih taim matahari dah naik*

Tak lama lepas tu Chua sampai. Dia nih memang gamble. Trekking tak pakai glove (rupanya, dia lupa nak amik glove dia dalam beg Mamoru – sepanjang jalan dia terpaksa seluk tangan dalam poket tahan sejuk!).

Tak lama aku stay kat puncak. Asal matahari keluar je, aku dah siap-siap nak turun. Serrrjjuurrkkkk ok – tak boleh tahan! Aku tinggalkan Mamoru & team lain kat puncak. Sampai dorm, aku berkelubung dalam blanket.

Turun dari Kinabalu, kami stay 2 hari kat bandar KK. Pegi menjelajah pulau, snorkling, jenjalan, etc. Banyak xtvt kami buat dalam group. Sampai laa saat nak depart balik ke KL.. kebetulan pulak, aku dapat seat sebelah Mamoru kat dalam flight. Sepanjang dua jam lebih dalam flight kami spend dengan berbual. Masa nih lah kami bebtul ada masa untuk kenal diri memasing dgn lebih dekat.

Tapi…. jeng jeng jeng dalam rancak berborak pasal gunung, pasal keje, etc, tiba-tiba Mamoru bagi statement yg buat aku blur sekejap..

“Saya dah ada steady girlfriend”

Boleh korang bayangkan tak perasaan aku taim tu? I was like.. omaigod, dia nih ingat aku nak ngurat dia ke? Tetiba je aku rasa pipi aku panasss.. Nasib baik kaler kulit aku gelap. Kalau tak sure merahhhh pipi aku dibuatnya.. MALU OK.


*********************************

To be continued.. hihihihi.. Nantikan episod seterusnya perkenalan kami.. dan saat-saat mencabar kami di dalam hutan!

8 Comments

  1. rynn2506 said,

    wah….ade kisah pertemuan nih…syok ni…cite la lg….
    jeng…jeng..jeng…

  2. jesnita_ns said,

    cam megadrama kt astro lak rasanya nk tau cite ard selanjutnya..huhuhu x sabo..cepat ek sambung lagi..

  3. za|d said,

    Ad,ko amik air celah2 batu ke kat sayat-sayat tu? Masa aku gi aritu jumpa port guide buang bom la. Jangan ko terminum air beracun tu dah le ngehehehehehe!!!

  4. MAMA ESHAELYN said,

    alamakkkk sambung plak. cepat ad cepat….hahaha..drama kalau ada smbung2 ni potong skit arr.

  5. aD said,

    rynn2506: adaaaaa… hihihihi

    jesnitans: tengah mengarang nih hehehe

    zaid: ad amik bebtul kat tepi pondok sayat-sayat.. dah terdesak sgt dah tu.. hik

    mama eshaelyn: hehehehe.. kasi berdebar-debar dulu..

  6. Rose Ragai said,

    saspen gak the way u crita nih..heheh…can’t wait to know the next part..:P

  7. biqque said,

    DAH ADA STEADY GF??? HAHAHAHAHA! kalo i pun i rasa cam eh pe kes! hahahaha!

    p/s: tah2 tu ayat test power dia takkkk? hehehe!

  8. aD said,

    rose: macam cerekarama kan hihihi..

    biqque: tatau lah ad. tp taim tu memang terdiam ad sekejap..hik

Comments are closed.

%d bloggers like this: