Burung apa?

January 16, 2009 at 3:00 am (Uncategorized)

Cuba tengok rupa dia..


Cantik kan? Warna-warni gitu – ada hijau, merah, biru, hitam & kuning gold. Burung nih masih anak lagi – belum pandai terbang (tapi saiz dia lebih besar dari tapak tangan aku la). Burung nih cedera sikit sebab terlanggar dinding masa baru belajar terbang. Adik lelaki no.7 kutip dia kat kolej bawak balik rumah malam tadi. Burung apa nih ek? Korang tau?


Yang nih aku tau – burung Raja Udang. Nih gambar masa kat kampung Melaka aritu. Burung nih tersangkut kat jaring. Aku tak berani pegang. Burung nih suka mematuk tau – sakit jari kalau kena paruh dia yg panjang tu! Mamoru dgn adik-adik aku je yang berani pegang. Ayah aku dah lepas kan burung nih esoknya. Nak bela, tak boleh.. nanti kena tangkap dengan Mergastua.

9 Comments

  1. Dee said,

    a’ahlah..burung raja udang rasanya..cantik kan..tp biarlah ia terbang bebas..

  2. ~aianna~ said,

    sis….cutenye kaler dia…wahh comel2 tp kesianla dia..lepaskan jela kot..huhuu~

  3. Rose Ragai said,

    aD, burung yang 1st tu in group of Pittas..saya tak sure ape species dia tapi burung ni memang jenis burung atas tanah. kemungkinan besar Blue-winged Pitta.

    Gambar yang 2nd tu memang Kingfisher tapi saya tak pasti jugak speciesnya coz tak dapat tengok semua morfologi luarannya. tak dapat tengok semua kaler dia. yang pastinya saya tak penah lagi tengok dua2 species burung ni dgn mata kepala saya sendiri. bertuahnya dapat pegang lagi…dua2 pun bukan senang nak dapat. great posts bagi saya yang memang suka menatang nih..:D

  4. aD said,

    dee: dia tak pandai terbang lagi.. hihi. ad biarkan dia kat rumah dengan tingkap terbuka luas (kut-kut kalau dia nak terbang). ad tak kurung pun (harap, dia tak berakkan sofa kat rumah tu)

    aianna: nak lepaskan tp takut kena makan kucing.. tak kuat lagi sayap dia😦

    rose: aha.. ad tau u mustiiiiii pandai teka nih spesis apa.. maklum, ratu segala unggas di rimba.. hihihi.. lepas nih u jadi ratu di lautan pulak kan🙂

    tenkiu atas info🙂

  5. DarabDua said,

    burung ni slalo lepak area sawah!
    mmg smart kaler dia

  6. fahmi latiff said,

    cantik burung tu …. kita panggil burung raja udang…:) tapi tak leh bela tak hidup..:(

  7. erlyda said,

    WAHHH..1st time ok tgk burung tu..cantik..

    nnt amik award kat blog kiter ok ;D

  8. Signorina Syima said,

    wah best nya kak dapat tgk live depan2 mata. burung raja udang sy kenai la.. itu pun selalu nampak berterbangan bebas. burung yang pertama tu bukan raja udang jugak ke??

  9. WaN dAn TiE said,

    aD
    colouful erk..burung tu
    burung punai ker?

Comments are closed.

%d bloggers like this: