Me & Mamoru – Part 3

January 16, 2009 at 12:00 am (Me and Mamoru)

Sambungan dari Part 1 dan Part 2..

Aku pandang Mamoru dgn mata yg hampir terbeliak (tapi kontrol beb). Tetiba aku macam ter-pause gitu. Hilang kata-kata.

Dalam masa yang sama, otak aku ligat berputar – duk fikir ayat yg sesuai untuk elak dari rasa malu berterusan & nak betulkan balik situasi dari jadi lebih awkward.

Ikutkan hati.. nak je aku cakap, “saya pun ada boipren”.. tapi nan ado ok. Nak buat guane. Perbualan kami lepas tu berkisar pasal girlfriend Mamoru je lah. Dalam berborak tu, kepala aku duk fikir, dia nih memang setia gila kat awek dia. Bagus lah. Aku lebih selesa kalau tau lelaki yg berkawan dengan aku dah ada awek / tunang / wife nih. So, takde lah gossip atau plan dari kengkawan lain untuk ‘matchkan’ aku dengan sesiapa (oh, bebudak gunung nih pantang kalau ada awek gunung yg single – memang jadi ‘bahan’ sakat derang je lah)

Sepanjang berborak, aku berharap sangat Mamoru tak tanya pasal ‘boyfriend’ aku. Sebab aku tataw nak cerita apa. Tapi dia tanyaaaaa jugak dik nonn.. adusss. Aku jawab simple-simple je lah – aku bagi alasan ‘tak ready nak bercinta’ (ahahah.. alasan poyo gila – tapi taim tu memang aku takde hati nak jatuh-jatuh cinta nih. Serious ok! Cinta aku hanya pada gunung je.. cewahh). Ekceli, aku tanak cerita detail. Tanak lah dia tertanya-tanya kenapa orang cam aku langsung takde special boyfriend!

Lewat petang tu, flight kami touched down kat LCCT. Pastu kami straight naik shutter bus balik KL. Dan aku tak jumpa Mamoru lagi sebab sibuk dengan xpdc gunung lain pulak.

Life aku pastu macam biasa – asal hujung minggu je, takde tempat lain dah aku tuju selain hutan & gunung. Peluang nak jumpa & lepak dengan kengkawan lain kat KL nih memang jarang ada.

Ada satu hari tu ntah cemana aku boleh keluar dengan Chua – tengok movie. Semuanya gara-gara takde xpdc gunung dalam wiken tu. Aku selesa lepak dengan Chua sebab cara dia bercakap agak selamba je. Kasar jugak lah. Aku senang dengan orang camnih. No heart feeling. So, perasaan nak jatuh cinta tu memang takkan wujud dari dedua pihak.. hihi.

Berkawan dengan Chua, secara tak langsung buat aku berkawan dengan Mamoru jugak. Maklum lah derang kan housemate.

Ada sekali tu, Mamoru & Chua ajak aku pegi Kem Ampangan Resort kat Tanjung Karang (lupa nak cerita, Mamoru & Chua nih part time jurulatih kem tau). Aku pulak, jenis apa-apa yg membabitkan hutan / rekreasi nih memang minat bebenor. Aku pun ikut lah derang. Memang seronok dapat tengok cara derang manage student (dari sekolah rendah / menengah). Memacam xtvt derang buat.. suaikenal, senaman, latihan dalam kumpulan, flying fox, mandi lumpur, malam kebudayaan, etc.

Masa kat sana, Mamoru bawak aku singgah rumah nenek dia kat Kuala Selangor (Chua pun ikut sekali). Tuu la first time aku kenal nenek Mamoru. Dari situ, aku boleh agak macam mana life Mamoru.. penuh dengan kesederhanaan. Nenek Mamoru suka bercerita. Dari nenek lah aku tau Mamoru nih anak yatim piatu. Sepupu Mamoru (Tia) pun alami nasib yang sama. Nenek yang jaga derang sejak kecik. Aku insaf sangat dengar cerita nenek. Dalam masa yang sama, aku bersyukur dgn apa yg aku ada. Aku tak boleh dengar cerita-cerita sedih nih, hati aku kecik – mudah sangat tersentuh.

Anw, pengalaman duduk kat Kem buat aku makin bersemangat nak kesana selalu. Aku suka environment kat sana – dikelilingi sawah padi yg cantik!! Setiap kali Mamoru & Chua ajak pegi Kem, sure aku takkan tolak.

Kali kedua aku pegi Kem, aku berkenalan dengan ‘R’ – girlfriend Mamoru. Bukan setakat ‘R’, malah hampir semua adik-beradik ‘R’ termasuk Zin (Pengerusi kelab KREP) & Kak Lela (orang kuat kelab). Seronok berkawan dengan derang nih sebab derang bukan setakat aktif jadi jurulatih, malah turut aktif mendaki gunung. Ohh.. ‘R’ bukan budak gunung – sekali sekala je dia layan outdoor.

Apa pun, be it dengan Chua atau Mamoru, dedua pun jarang-jarang aku ada masa nak keluar sesama. Masa aku lebih banyak habis ke hutan..

Lepas dari mendaki gunung Kinabalu (Mac 2006), aku mendaki:

Gunung Nuang (dah 7 kali aku sampai puncak – sib baik tak bergelar Hajah Nuang.. hihi)
Gunung Datuk (ntah, tak ingat berapa kali aku jejak puncak gunung nih)

Gunung Ulu Jerneh (gunung paling banyak pacat yg penah aku jumpa setakat nih – kalah Bubu / 4 Bintang)

Gunung Yong Yap (yg nih dah 3 kali dah aku sampai sana)

Dalam bulan June 2006, Chua ajak aku pegi gunung Bujang Melaka dengan geng-geng dia (Explore Adventure Team). Kebetulan Mamoru pun ada, so tu kira kali kedua lah aku pegi mendaki gunung dengan Mamoru (selepas Kinabalu). Kami pegi secara car pool je. Aku naik satu keta dengan Mamoru & Juju (another bestfriend Mamoru). Chua pulak naik van dengan kengkawan yg lain.

Kat gunung Bujang Melaka nih, sepanjang masa aku layan trek dengan Mamoru. Chua busy trekking dengan sorang awek nih – aku gelar ‘A’ je lah. Somehow, aku rasa Chua dengan ‘A’ macam watak dalam cerita Kuch-Kuch Hotak Hang.. ahahaha. Memasing macam ada simpan perasaan tapi suka main sorok-sorok. Tu pasal aku malas nak kacau Chua trekking dgn ‘A’ – tanak kacau daun maa.. hik.

Trek kat bujang Melaka agak santai. Sepanjang trekking memang berborak je la keje aku dengan Mamoru. Tapi bukan trekking berdua tau, Juju pun ada sekali. Seronok jugak lah berborak dengan Mamoru. Dia memang totally berbeza dari Chua. Kalau Chua jenis kasar & tak suka layan pasal mender remeh, Mamoru pulak jenis senang dibawak berbincang & merupakan seorang pendengar yg setia.

Masa kat gunung nih, kaki aku terseliuh. Semua gara-gara aku terserempak dengan anjing kat trek. Terkejut punya pasal, aku tersilap step & jatuh. Dah laa kaki aku penah injured masa turun gunung Yong Yap, nih kenaaaa balik.. aduss. Nasib baik pakcik Jaafar (guide – merangkap organizer) pandai mengurut. Terjerit-jerit aku dibuatnya. Sakit oooo.

*Mamoru & me kat kemsait gunung Bujang Melaka (Kampar, Perak – Jun 2006). Nih xpdc kedua aku pegi dengan Mamoru. Style aku bergambar memang tak boleh blah.. hihi. Aku agak kasar tau taim nih – boyish jugak lah)*

Lepas gunung Bujang Melaka, aku pegi panjat gunung Bubu dengan team lain pulak. Kalau tak ke gunung, aku habiskan masa kat Kem – layan bebudak sekolah kat sana.

Start penghujung Julai 2006, aku stop mendaki gunung sebulan – sebab nak focus kat keje. Lagipun aku kena outstation taim tu. Kebetulan pulak aku kekurangan staff untuk arrange event kat Bangi, aku minta tolong Mamoru carikan tiga / empat orang kawan dia yg sudi buat part time taim wiken. Dapat la dua orang. Dan Mamoru turut volunteer tolong sama. Sehari suntuk laaa dia meneman aku kat Bangi.

Taim nih aku dengan Mamoru dah kamceng (bestfriend). Aku offer Mamoru ikut aku pegi xpdc Transtitiwangsa V2 (8 hari masuk hutan) bila aku habis outstation – dia setuju. Nak ajak Chua, dia tak boleh join – taim tu dia baru masuk keje kat tempat baru – tak boleh cuti sesuka hati maa.

Trans V2 nih bagi aku trip yg amat kelam kabut. Mana taknya, memasing tak sempat nak buat preparation. Aku kena outstation, Mamoru pulak kena gi JB – ada kursus jurulatih Tahap 2. Kami jumpa pun masa nak gerak naik tren bertolak ke Sg Siput.

Memang cemacam lah halangan dalam trip nih. Dengan kak Mai (team aku) kena tipu pasal ration – terpaksa lah kami pikul makanan dalam tin untuk 8 hari dalam hutan – gila berat! Pastu dengan Rain (sorang lagi team aku) yang give-up dan patah balik KL – padahal, taim tu kami dah separuh jalan mendaki gunung Yong Yap. Aku dapat tahu Rain sebenarnya dah lama tak mendaki gunung. Tuu yang tak cukup stamina. Nasib baik dia buat pilihan bijak untuk tarik diri masa hari pertama mendaki. Buatnya dia paksa diri untuk follow kami jugak, ada yang terpaksa keluar hutan pakai stretcher buatan sendiri gamaknya.

Tapi yang azabnya kami lah – jadi keje pulak nak memikul barang-barang yang Rain tinggalkan.. tsskkkkk. Malas arr pulak nak tulis balik pengalaman aku dengan Mamoru sepanjang 8 hari dalam hutan. Kalau korang nak tau dengan detail cerita pasal trip 8 hari nih, sila klik kat XPDC Transtitiwangsa V2 (take note: dalam log tu, Mamoru adalah Fazi)

To be continued.. (macam biasa lah kan..)

Nanti kan episod seterusnya.. part di mana ramai kengkawan gunung sangka aku dah ada ‘boyfriend baru’.. and NOooooo.. its not Mamoru.. hihihihi.

3 Comments

  1. biqque said,

    R?
    Rozi?
    Rozana?
    Rosila?
    Rokiah?
    Ro…Ro…Ropeah?

    😀

    cepat sambungggg!

  2. aydan said,

    hye AD!hope u enjoy the song

  3. aD said,

    biqque: R… (hihihihi) tulis penuh kang, takut mengembalikan cinta kenangan silammm.. ahahahha

    aydan: ad sukaaaaa sangat. siap share dgn mamoru lagi! terima kasih ya!

Comments are closed.

%d bloggers like this: