>Jom borak

January 19, 2009 at 5:05 pm (Uncategorized)

>

Jom layan aku borak kosong taim pepetang nih..

Pasal 1st Wedding Anniversary kami

Beruntung betul kami tau. Anniversary pertama nih jatuh pada public holiday (08/02/09). Kebetulan pulak Thaipusam jatuh pada hari Ahad, makanya cuti Thaipusam forward ke hari Isnin la kan (betul kan? kan?). Boleh bangun lewat sikit lepas penat bercelebrate.. ahahaha.. (ops, macam ada double meaning kat situ.. hihi)

Bercakap pasal anniversary, ekceli aku dah ada plan sendiri. Konon nak sambut style candle light dinner kat ***** ****** (maaf dirahsiakan). Dah siap booking tempat tu awal-awal lagik tau (tak silap aku, dari awal januari aritu aku dah book). Mengenangkan Mamoru bukan type yg suka bila dapat tahu memender yg last minit / mengejutkan, aku inform dia pasal port dining tu awal-awal.

Tapi.. tsskkk.. Mamoru refused uolss.. Dia suruh kansel. Dia cakap, dia bukan tak suka idea nak bercandle-light dinner nih, cuma… dia tak setuju amount yg bakal di belanjakan hanya untuk dua orang punya makan (walaupun aku yang beria nak keluar duit sendiri). Kata Mamoru, dia lebih suka kalau amount sebanyak tu diguna untuk beli barang baby atau beli barang kemas untuk aku. Pada dia, untuk dia tayah buat apa-apa.. yang penting, aku & baby. Boleh gitu? Tak aci laa kan.. dia ingat dia sorang je nak buat yg terbaik? Aku pun nak yg terbaik juga untuk dia!

Beberapa hari lepas dia mereject plan candle light dinner aku, tetiba je dia start buat plan nak celebrate anniversary kami kat **** (sekali lagi dirahsiakan) – nak memujuk la tu. Interesting kan? Kenapa aku cakap interesting? Sebab, satu perkara tentang Mamoru nih, ekceli dia bukan lah seorang yang romentik. Let say kalau aku menangis pun, dia gelabah tak tentu arah tataw macam mana nak pujuk (habis kuat, dia bagi tisu or tak pun, duk diam membatu macam orang bersalah sementara tunggu tangis aku reda). Apatah lagi nak celebrate hari-hari penting nih – Mamoru memang tak pandai sangat.. hihi. Biasanya, dia akan bagi kad ucapan (dengan dua tiga ayat menyatakan kasih sayang dia) atau bagi hadiah je.

Jadi, bila dia timbulkan idea nak celebrate kat tempat-tempat tertentu, terus aku jadi kagum sangat – walaupun aku tau, idea tu banyak dipengaruhi oleh boss dia.. hihi.. *thanks ek, sebab ajar my busyuk tu*.. (ohh, boss Mamoru turut baca blog aku tau!).

Jadi untuk memberi semangat kat Mamoru supaya lebih romentik, maka aku dengan ini, rela mengkanselkan booking yg aku buat kat ***** ****** hihihi. Jom sambut dengan cara Mamoru kat tempat yg dia pilih. Lagipun Mamoru dah beria sangat tuuu. Sanggup dia reject trip xpdc dengan kengkawan baik dia semata sebab pentingkan aku. Nampak sangat kasih sayang dia yang tak berbelah bagi kan? Indahnya perasaan bila disayangi.. *love u so much omei-omei*

Pasal baby

Hm.. macam mana nak tulis ek. Aku ada sedikit rasa hairan (rasanya ‘hairan’ bukan perkataan yg sesuai untuk digunakan).

Macam nih, aku agak pelik (again, aku rasa ‘pelik’ bukan perkataan yg sesuai di sini) bila dengar atau baca kat blog tentang perasaan seorang ibu terhadap anak dia (esp baby yg baru lahir).

Contohnya, bila ibu-ibu yang baru bersalin hantar anak dia ke nursery. Derang macam tak boleh berpisah langsung dengan baby tu. Sampai aku pelik bila derang luahkan rasa rindu yang menggila.. risau yang tak bertempat.. padahal derang baru je beberapa jam tak jumpa baby. Lebih menyentuh hati aku, bila ada ibu-ibu yang sanggup habiskan lunch hour dengan melawat baby derang kat nursery. Macam kan balik keje kang tak boleh jumpa, kan?

Aku pelik, kenapa aku belum dapat feeling camtu (walaupun kandungan aku dah genap 5 bulan)? Macam mana rasa dia ek? Sama ke macam rasa rindu aku hehari kat Mamoru? Sama ke macam risau aku kat Mamoru setiap kali dia kena travel jejauh?

Bila agaknya ek aku dapat rasa camtu? Kena tunggu kandungan aku berapa bulan? Atau aku kena tunggu saat-saat baby aku lahir baru perasaan tu datang? Aku confuse lah.

Lagi satu aku pelik.. macam mana rasanya bila baby dah lahir nanti? Macam mana aku nak bahagikan kasih sayang antara Mamoru & baby kami? Agak-agak, timbul tak keadaan dimana kasih sayang aku terlebih atau terkurang untuk salah sorang antara mereka?

Fuhhh.. dasat betul persoalan yg bermain dalam kepala aku nih kan? Tapi aku serious nih tau. Para ibu-ibu yang berpengalaman, sila bantu saya ya.. hihihi.

Ok, nak balik umah dah.. nak jumpa Mamoru – rindu sangatttt.. Selamat melayan persoalan merapu aku nih ya!

10 Comments

  1. cicakuben said,

    >ekceli kn ad..prasan tuh xsmena2 dtg bl kta tgok da muka bby tuh (base my exprnce la)…rs rindu sesgt..bl hntr nursery,kn rs aT x seng je kt opis…penat cmna pun kn, nk je jg bby tuh..sb rsa rindu tuh la…hurms btol la tuh…mcm rindu kt ajibun…mcm ad rindu kt momoru…psl pmbhgian ‘sayang’ tuh kn…pun base my exprnce kn, rasa tuh unik…syg kt ajibun x sma rsnya syg kt rojul…unik sgt…**pst; msi blm dpt rs prgnnt lgik….huuhu

  2. Angah said,

    >Jawapan yang mudah aD..pernah tak terfikir masa belum kawen.. alaa amenda la rindu ngan hubby padahal petang boleh jumpa dah..sblm mengandung pernah tak terfkir.. yek eleh ngengadanya la..benda sikit pun nak majukso sama jer keadaannya.. bila baby dah lahir nanti.. akan rasa jugak perasaan rindu risau tu semua.. bahagi kasih sayang.. tak lah.. sayang pada anak lain caranya, sayang pada suami pun lain..tapi always remember our husband will always be our first child hahaha..lagi manja beb..

  3. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >aku ler tuh..first day masuk ofiz , anto kat bb sitter, memang sedih yang amat..nangis bagai nak rak tapi x lak balik lunch time tu..bayangkan tak pernah berenggang selama 2 bulan..breastfeed lagi…tetiba rutin tu berubah kan..perasaan tu akan hadir sendiri bila dah ada baby…mencintai suami x sama dengan baby..suami kena tolerate laa sket..jgn berebut nen** ngan baby..hahaha..ops!

  4. Elyn said,

    >perasaan syg kan baby tu dtg bile baby dh kuar dr perut….. skang kalo org tye sayang ke idak baby lam perut kite cam confuse2 je kan!!!jgn risau mende2 tu nnt u akan rase gak…. btw bagus la mamoru dh pandai mumantis hihihih..

  5. Sikelu said,

    >hu huu sabo jer lah.. kang pandai2 lah yer.. ikut jadi saja..emm anniversary 08.02.. weh sompat ede sambut b’day dulu la.. sehari sebelum tu…

  6. aD said,

    >cicakuben: wah eL.. dia pun boleh rasa ek.. ad doakan eL cecepat kahwin. cecepat dapat baby :)angah: gituuuuu.. kira mamoru nih anak yg pertama la ek.. hihi. patut la dia syok je kalau ad tepuk-tepuk dia taim nak tido.. elissmie: tang tu yg ad tak sabar nak xperience tu.. camne la ek.. ntah-ntah lagi teruk emo ad nanti hihielyn: betul tu.. ad pun tgh confuse nih.. tataw camne nak react bila fikir pasal baby :)sikelu: oooo besday dia dah dekat noooo.. hhihihi

  7. cicakuben said,

    >ha-ah ad..ni eL nk ckp sket..((((eL da nk nikah 14march ni..nk koling2 aD…num xde))))

  8. aD said,

    >cicakuben: alhamdullilah, syukur sangat! ad suka dengar berita baik camnih (esp dari kengkawan lama). TAHNIAH!! majlis buat kat mana? sabah? melaka? jgn lupa bagi kad ya! hp ad dh bagi kat fs.

  9. cicakuben said,

    >utk nikah ni bt kt kL je..mjlis kt Sbh postpone ujung thun ni, & kt Mlaka plk bt february2010, insyallah.

  10. Aku Bukan Bidadari said,

    >AD..tiara dulu langsuang tak rasa apa 2 ms ada baby dlm perut hi hi hi .. x per..nnti bila dh ebranak baru rasa sayang tu dgt seyes..

Comments are closed.

%d bloggers like this: