Mamoru reject trip gunung?

January 19, 2009 at 12:00 pm (Uncategorized)

Malam tadi ada meeting geng Explore Adventure Team (EAT). Derang buat kat rumah aku.. hihi. Plan asal nak jumpa kat kedai mamak depan rumah tapi bila memasing tanak ketinggalan tengok AJL 23, kami pun offer derang meeting kat rumah kami je.

Teruja aku masa dengar plan derang nak mendaki gunung Bujang Melaka awal bulan depan. Ekceli, bukan teruja sebab gunung tu, tapi.. teruja sebab hampir semua yg pergi xpdc nih semuanya aku kenal. Dan semua pegi bawak wife & husband memasing! Bestnya..

Aku tengok Mamoru pun macam berminat nak pergi (maklum lah, kawan rapat dia semua join – kira cam reunion ex-classmate dia lah). Tambah pulak kena ‘racun’ dengan Chua suruh pegi.. bertambah excited la Mamoru. Tapiii… Mamoru tolak uolss!!!! Aku macam tak percaya ok! Padahal, aku sendiri dah bagi green light kalau dia nak join xpdc geng EAT.

Nak tau sebab apa Mamoru tolak trip nih? Sebab tarikh xpdc tu jatuh pada hari Anniversary perkahwinan kami yg pertama. Soooo sweettt kan Mamoru nih. Terharu aku tau. Hmm.. apa ek kejutan dia nak buat hari tu.. hihi.. *berdebar pulak dibuatnya*

p/s: Nak minta maaf kat mummy Gee sebab tak dapat datang kenduri akikah putera sulung dia semalam.. tsskkkk. Ada masa nanti, kita jumpa ek.

4 Comments

  1. Angah said,

    anniversary pertama angah.. ke Tioman.. pergi berdua balik bertiga hahahaha

  2. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    anniversary pertama? aku dalam pantang..sedih kan? huhuhu

  3. biqque said,

    my first anniversary ke kota singa. betul aD, lebih baik berdua dari sambut beramai2. nanti tak best!😀

  4. aD said,

    angah: wahh.. kira hadiah sempena anniversary la tu hhiihihihih

    elissmie: syedihnya.. tak dapat makan best-best taim tu ek..

    biqque: ad pun suka sambut berdua je.. romentika sikit🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: