>Dapat dua award

January 21, 2009 at 8:00 am (Uncategorized)

>

Ok, award yg pertama nih, aku dapat dari Rose. Tag yang nih kena tulis note sikit.. ok ok.. Apa pun, tenkiu ya Rose!

Ten Honest Things About Me:

  1. Aku datang dari keluarga semekin. Adik bradik gamai. Ayah pulak keje tak menentu – tak berharta. Banyak konflik dalam famili masa aku kekecik dulu. Arwah mak aku bukan menantu pilihan. Derang divorced masa aku 10 tahun (tapi rujuk balik 5 tahun pastu). Life aku banyak memender sedih je la – malas nak cerita.
  2. Dari kecik aku dah start berdikari. Kumpul duit sendiri untuk belajar, kumpul duit sendiri untuk bina cecita & life aku kat KL nih.. dan sekarang, kena kumpul duit sendiri untuk tanggung adik-adik pula. Kengkadang, aku jeles bila tengok life orang lain yg serba serbi ada mak-ayah untuk diharapkan (e.g., nak kahwin mak-ayah support, dapat baby mak-ayah turut belikan persiapan, nak belajar mak-ayah kasi duit.. etc – beruntungnya orang macam nih) Tapi takper, aku tau tu nasib memasing. Dan aku bersyukur dgn apa yg aku ada.
  3. Pernah tersilap langkah dalam berkawan.. kena tipu, kena tanggung hutang orang.. tapi alhamdullilah, aku bersyukur semuanya terjadi. Kalau tak, aku takkan dapat apa yang aku ada sekarang nih.
  4. Dulu, taim belajar aku amik ijazah Ekonomi (sebab aku minat gila subjek tu dari sekolah menengah lagi) tapi macam tak guna je sekarang nih.. sebab aku keje buat event.. hahaha. Sebab tu, aku pilih course lain masa amik Master.
  5. Aku mungkin nampak lemah lembut. Tapi aku sendiri boleh terkejut dengan sikap berani membuta yg boleh ada secara tiba-tiba (esp dalam keadaan aku ditekan / tertekan) . Contoh: Kalau ada orang yang potong Q atau orang lelaki menggatal & suka buat seksual harrasment. Memang lantangggg mulut aku memaki orang tu dengan kasarnya sampai orang tu malu & blah dari situ. Lagi satu, seriyes, aku tataw macam mana aku boleh tumbuk orang yg lagi besar dari aku semata sebab dia pukul adik aku.. huhuhuhu (tuu cerita dulu kala – jangan tanya)
  6. Aku penah jalan kaki satu KL masa memula datang KL taim baru grad dulu sebab nak jimat duit bayar tambang bas (sebut je ceruk mana kat area KL nih – semua aku penah jejak). Taim tu aku keje sementara sebagai salesgirl. Mana cukup gaji nak bayar duit sewa, duit tambang gi keje, duit makan, duit pergi cybercafe taip resume, duit print resume, duit tambang gi interview, etc lagi. sakitt woo. Beruntung adik-adik aku sekarang sebab tak perlu lalui apa yg aku pernah tempuh 8 tahun dulu.
  7. Pertama kali aku berpeluang kenal & sentuh komputer masa hari pertama aku masuk universiti (room-mate aku punya) – serious aku buta komputer taim tu. Maklum lah, orang semekin. Aku teringin sangat nak belajar Words, Excel, Powerpoint etc segala.. tapi aku tataw macam mana. Nak suruh room-mate aku ajar (dia budak IT), dia asyik bz je. Tapi, aku pandaiiiii tau.. hihihi. Aku amik inisiatif untuk duduk sebelah dia setiap kali dia bukak komputer & menaip. Dari situ, aku jot down 7 peratikan segala yg dia buat.. kekunci yg dia guna.. etc. Sampai akhirnya, aku berjaya belajar semuanya sendiri (tak payah sesusah gi kelas komputer – dulu yuran nak belajar komputer pada aku adalah sangatttt mahal). Sekarang, lebih advance lagi.. aku dah ada hubby yg pandai pasal komputer.. hihi!!
  8. Aku geli pada ulat.. kalau bagi katak, tikus, lipas, etc.. still takper lagi. Asal jangan ulat. Boleh bergaduh wooo kalau orang acah-acah aku dengan ulat nih. Tapi, yg aku pelik tu, dengan pacat boleh lak aku tolerate lagi.. padahal pacat tu kategori ulat laaa jugak kan??
  9. Aku tak pandai nak makan style western. Even Chillis, TGI Friday & ntahaper segala western punya restoran aku tak penah jejak lagi (kecuali restoran makanan segera e.g. KFC McD). Bukan tanak, tapi aku tak reti arr nak order apa. Lagipun, tekak aku tak lalu sangat nak makan style western nih – tak kenyang. Unless taim aku buat event laa kan – yang tu memang tak boleh lari dari set dinner western style. Tapi yang tu pun tak memerlukan aku bersusah payah buat decision nak makan apa.
  10. Adoiyaiiii.. banyaknya nak kena taip.. Rose, 9 je udah lah ek.. maaf nahh.


Award yang kedua nih pulak aku dapat dari dari Erlyda. Comel je ayat dia. Terima kasih ek sudi ingat saya kat sini. Semoga persahabatan kita kat alam maya nih berkekalan selamanya! *hugs*

3 Comments

  1. Dee said,

    >rajinnyer jwb tag..i malas..boleh? kehkehkeh..

  2. biqque said,

    >i’ve got one for ya! read my blog now!

  3. GreenJade said,

    >..setiap kpahitan akan ada kemanisan akhirnya..InsyaAllah moga Allah trus melapangkan pintu rezki kita..sy pon kecit2 susah gak smp lah sume da grad br idup selesa sket..mak ibu tunggal (since umo ai 6thn) bela 6 org anak yg amat bsyukur nowdays sume dah bjaya dlm karier :)moga trus tabah & kagum dgn kegigihan awak..🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: