>6 Bulan

February 3, 2009 at 10:00 am (My Pregnancy)

>

Me: Napa b amik gambar aD tak jelas tang perut.. tak nampak macam mengandung pun. B fokus bebtul lah..
Mamoru: Laaa.. nak b amik camne lagi.. dah habis fokus lah tu. Dah perut sayang kecik sangat.. mana nak nampak.

Susah tau nak amik gambar perut nih.. sampai bertekak lite-lite aku dengan Mamoru.. hihi. Tapi, jangan risau, aku dah berjaya amik gambar yang menampakkan aku pregnant. Caranya adalah, dengan memakai t-shirt biasa saiz ‘XS’ (yerr, kena pakai baju kekecik baru nampak perut nih haa.. hihi) Jangan tataw, dalam bulan ke-6 nih pun, aku masih mampu pakai baju saiz ‘XS’. Even pakai baju kebaya pun still longgar lagi tau.

See.. baju pink saiz ‘XS’ nih baju yang aku selalu pakai sebelum pregnant. Masih muat lagi ok. Nih gambar taim duduk.. tak jelas sangat kan perut tu. Nampak macam buncit baru lepas makan je.


Ok nih pulak taim berdiri.. hihi. Gigih kan aku berusaha nak amik gambar perut? Alhamdullilah, setakat nih, hanya perut aku je yang kedepan. Part badan yang lain tak mengembang (kecuali breast). Tapi, masih ada 3 bulan lebih lagi.. mana tau pasnih kembang macam belon pulak.. tungguuuu.. hik.

Perasaan aku sekarang

Ceria! Maklum, 3 bulan lebih lagi akan bergelar ‘mama’ uollss. Harus lah hepi.. (ohh, macam mana agaknya perasaan dapat peluk dan pegang baby yang lahir dari rahim sendiri ek? syahduuuu..)

Mamoru pun sama. Aku perhatikan dia semakin romentik. Even depan family / orang ramai pun dia semakin kerap tunjukkan kasih sayang dia; e.g., kiss / peluk aku tak kira masa / tempat. Terasa sangat diri nih makin disayangi tau.

Bab-bab keje rumah toksah cerita lah. Semua dia nak conquer sorang. Dari memasak, basuh baju, mengemas, dia dah tak bagi aku buat (esp, lepas kes kat HUKM aritu). Kalau aku berdegil, dia akan saiko aku dengan ayat trademark dia.. “sayang tanak dengar cakap b?”.. Aku tak boleh tau kalau dia cakap camtu. Rasa macam derhaka pulak. Nak tanak kena lah mengalah.

Badan aku sekarang

Last cek berat aku masa kat Al-Islam Specialist Centre minggu lepas, berat aku adalah sebanyak 40.5 kg. Meningkat 1 kilo je dari bulan lepas. Risau jugak aku sebab dah masuk bulan ke-6 pun, berat aku still gitu-gitu je. Kena makan bebanyak pasnih.

Tapi, alhamdulillah, doktor kat Al-Islam cakap perkembangan baby normal. Mungkin sebab badan aku jenis kecik, so kandungan aku pun membesar ikut saiz badan aku. Berat baby aritu 395 g.. ringan je kan. Setengah kilo pun tak sampai lagi. Comel je.

Perut aku makin membesar (obviously laa kan). Kalau ukur lilit, pinggang aku hampir mencecah saiz 30″ (adalah sangat selesa bila pakai seluar pendek Mamoru.. hik). Bila perut dah besar nih, pergerakan sedikit sebanyak pun akan terbatas. E.g., taim sujud masa solat kena jarakkan peha leluas (untuk kasi ruang kat perut) – kalau tak, memang senak tak boleh bernafas dibuatnya. Taim berjalan pun gitu.. gaya-gaya mengengkang tu dah hampir ada (tapi still boleh kaver.. hahaha).

Ohh.. oh, satu perkara aku duk fikir. Tentang pusat. Aku selalu tengok pusat orang perempuan pregnant, akan terbonjol keluar. Err.. tumpang tanya, pada bulan keberapa pusat kita akan terbonjol ek? Sebab setakat nih, pusat aku still normal & rata.

Setakat nih, badan aku masih ok lagi. Masih boleh buat keje macam biasa. Berjalan jejauh pun still ok. Cuma hari tu je lah tetiba dapat contraction – mungkin sebab terlalu aktif. Tapi, bila aku baca info tentang pregnancy, dalam bulan-bulan camnih, contraction adalah perkara biasa. Jadi, tak perlu risau sangat. Cuma kena lebih berhati-hati & banyakkan rehat je lah.

Satu lagi perkara yg aku kena biasakan.. part orang yang suka sangattttt pegang / gosok-gosok perut aku nih (selain dari family aku). Memula aritu aku memang sangatttttt tak selesa! Geli – tak suka, tak suka. Tapi, lelama tu aku dah jadi biasa. Lantak laa.. Lagipun aku ada baca info pasal nih. Mengandung kan proses yg paling menakjubkan – of course la orang ramai macam taksub / kagum bila tengok perut kita membesar. Tuu yang ramai duk amik kesempatan nak sentuh / gosok / peluk perut kita. Asal jangan yang sentuh tu lelaki udahhhh..

Perkembangan baby dalam perut

  • Kulit janin berwarna merah, berkedut dan diliputi rerambut halus.
  • Mata janin mula terbuka dan jari tangan serta kaki mula kelihatan.
  • Pergerakan bayi semakin aktif & bayi mula tersedu
  • Janin masih terlalu kecil dan belum bersedia untuk hidup di luar rahim ibu. Jika dilahirkan semasa ini, bayi perlu diberikan penjagaan rapi dan intensif.
  • Diakhir bulan keenam, janin berukuran 11 hingga 14 inci panjang dan berat 1 hingga 1 ½ paun (sumber: ratuhati.com)


Nih masa aku buat check-up kat Al-Islam dgn doktor yg bakal menyambut kelahiran baby aku (insyaAllah). Macam dah terbayang-bayang baby aku nanti disambut dengan salam sebaik dilahirkan.. *syahdu*..

Last but not least, aku dah tauuuuu jantina baby aku!!!! TAPI, minta maaf sebab tak boleh reveal kat blog nih. Incik Mamoru tak kasi. Biar suprise katanya. Yang penting, baik Mamoru atau aku, kami adalah sangat-sangat excited! Syukur alhamdullilah.

14 Comments

  1. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >sampai sudah pusat aku tadak terbonjol sangat pun…lite2 sajork..hehehe..aku rasa masuk 8 gituh baru tertonjol..sebab aku preggiey pun tadak perut..hahahaha

  2. atty's said,

    >comey je org nya..nie..hehehhe..sweet mama

  3. nURmALa mAZLan said,

    >uiks…6 bulan pun x nampak lagi kan perut tu.. tak pe..janji baby sihat kan..mesti x sabar nak tunggu kelahiran kan

  4. Elyn said,

    >wah XS?? jeles tul!!! eh AD nnt kalo pi check jgn lupe tye Dr air ketuban ckp tak?? bkn nk tkt kan tau, tp my sis yg perut kecik tu, masa dh nk deliver br Dr ckp air ketuban kurang…. so baby die kulit x cntk sgt….. mcm kedut2 gitu….

  5. biqque said,

    >ya Allah, i yang tak pregnant ni lagi boroi dari u…hahaha! serius u kecik ek?best nyer tgk aD…sigh…bila lagi niiiii!!! (depressed, depressed)i teka girl!!! kita tungguuuuu!!!

  6. WaN dAn TiE said,

    >ad 6 bulan pun still maintain dan cute lagi…ad t nak list barang baby uwaaaa..sensitif sunguh sekarang nie hehehehhehehehe

  7. za|d said,

    >Ad,bukan sume org pregnant pusat akan tersembul. Tengok nasib la. Dr. ape yg yg check ko tu? Cam sama jek Dr. yang bidankan Yati.

  8. miszrLina said,

    >alahai…comei je mama n perotnye…mebe after 7mths naik lagi perot tu…no worries as long doc kata ok =)

  9. Angah said,

    >Alahai comeinya…. Good luck in facing ur 3rd trimester yeah…Contraction tu dipanggil braxton hicks…uterus tengah training untuk the real labour..EEiii… rasa nak peknen lagi lah hahaha

  10. Cik Jah said,

    >alahhaii comeinya perut aD ngandung 6 bulan. Kalau saya dah kena pakai uniform dah. Tak muat dah semua baju seblom ngandung.

  11. Ecah said,

    >oloh comellnyer tapi kire banyakla naik sekilo tu!!! takkan sekilo setengah plak?!! ingat lg ecah naik 1.5kilo dulu kene minum air gule.. erkk perittt manisnyerk.. siap a mamoru nnti habis semua seluar aD blasah..

  12. Dee said,

    >eh..u cute sgt kot..smpi perut pun x nmpk..nti baby u mesti 2kg lebih je ni…xpe senang beranak. vitamin jgn lupa mkan..ubat2 jgn tinggal..my fren masa 6 bulan pun kecik je..masuk 7 nti start besarlah kot..asal suma sihat xpelah..

  13. Dee said,

    >alamak..baru baca komen elyn tu..betul gak..kwn akak yg perut kecik tu pun air ketuban kurang..so, baby lemas..u check ngan doktor tau..

  14. Zana S said,

    >uish… keciknya peyut?!!!baby 1st sokmo gtue lelagi ad kecik je orgnya..me, 1st pregnancy 5 months still tak nmpk perut. 6 months, saje gatal nak pakai jugak baju preknen. baru org perasan dan nak bagi duduk dlm lrt. hahahah,… kejam tak kejam org kl nie…normally doc cek bila nak masuk 3rd trim. kalau tak cukup, ada la dia suggest banak awal. apap pun… tawakal k.. insya Allah everything will gonna be fine!

Comments are closed.

%d bloggers like this: