>Gaduh

February 19, 2009 at 9:00 am (Uncategorized)

>

SOOOOooo.. turns out that my colleague tu baca blog aku & start panas hati & sound aku atas apa yg aku tulis kat entry sebelum nih.

My answer is.. BAGUS (and keep on reading this one jugak)

Antara yang dia tak puas hati kat aku:

Keje aku kat opis nih tak banyak
Aku banyak rilek
Aku mengadu pasal dia (bila ditanya aku mengadu kat siapa, taknak pulak dia mention nama)

Ikut hati yang panas nih nak je aku lawan jerit-jerit suara dengan dia (yessss, dia jerit kat aku ok!). Tapi being professional dan kenangkan baby dalam perut nih (dan respect terhadap dia yang dah tua), aku kontrol diri aku dari bersikap kurang ajar.

Since dia baca blog nih, aku just luahkan apa yang aku rasa kat sini je lah. Ok?

Well, siapa kata aku tak banyak keje kat opis nih? Banyak ok! Cuma buat masa nih keje aku adalah:

Cari client untuk company major project untuk coming ASMDP (banyak urusan surat menyurat / elektronik mail untuk dibuat). Ini paling penting ok – since ini adalah sumber utama kewangan kompeni!

Updating membership data yang aku kena buat untuk dedua jenis membership (kalau ikut tugas asal yg boss bagi, dia kena update salah satu membership, tapi in the end, aku buat dedua sekali which is FINE – ada ke aku komplen?); dan..

Buat list of buku-buku untuk di update dalam website.

Pada aku, bila dah ada listing senarai keje yang perlu dibuat, kita buat ikut turutan lah. Ada keje yang aku dulukan, ada yang aku letak tepi dulu. Depends on dateline boss bagi. Yang penting, aku pandai manage masa & siapkan keje sebelum dateline. So, kalau aku nampak macam freeeeee all the time kat opis disebabkan aku tahu manage masa aku, tuuu salah aku ke?

Lain-lain keje termasuk golf tournament, dinner, charity ke apa, so far tak ada pembahagian keje. Siapa yang boss assign, dia lah yang buat. Aku takde masalah kalau boss bagi aku task ATAU kalau dia minta aku tolong in charge dalam satu-satu event / projek ATAU share satu-satu projek dengan aku. Aku boleh terima dengan senang hati ok.

Tapi nan ado! Apa-apa task / rekod yg dia dapat, tak kira dari memana boss, dia keep it to herself (dont know why – maybe nak tunjuk dia boleh buat semua keje). Contohnya macam sekarang nih, dari charity projek (scholarship program), golf tourney, company account, administration, even minutes semua dia nak buat sorang. Ada lah jugak dia minta tolong aku.. tapi perkara yang minor laa sangat, e.g., mintak no golf club (untuk dia buat booking), minta no. hotel / convention centre (pun untuk dia buat booking), minta contact list untuk semua universiti dalam malaysia nih (jugakkkkk untuk dia liase sendiri).

But then, bila dia pressure bila terlalu banyak keje, boleh pulak salahkan aku tak buat keje? Serious aku tak faham! Salah siapa sebenarnya nih?? Salah aku tak buat keje ke atau salah dia yang tanak share keje dengan aku? Explain please..

Lagi satu, sepanjang 6 tahun le aku keje kat sini, dah banyak kali staff kat sini bertukar ganti dannn aku tak penah nak mengadu pasal staff kat sini pada boss. Malah, aku still keep in touch dengan staff-staff yang lama. Aku bukan jenis suka bawak mulut atau suka jaga tepi kain orang. Jauhhhhhh sekali nak kipas-kipas boss nih. Bagi aku, tak kisah lah kalau staff kat sini masuk opis lambat / balik awal / amik masa lunch hour sampai berjam-jam – yang pentingggg keje siap. Aku admit, sesekali, diulang SESEKALI (bukan selalu ok) aku ada balik awal sebab nak kejar teksi. Itu pun aku buat bila Mamoru outstation & tak dapat fetch aku balik keje. Kat area opis aku nih, kalau ko keluar tepat pukul 5.00 petang, aku berani gerenti yang ko takkan dapat teksi sampai pukul 9.00 malam!! Serious ok! Tapi kalau hari-hari biasa, aku masuk opis antara pukul 7.00 – 7.30 pagi (biarpun opis hour start at 9.00am) dan balik keje lewat antara pukul 5.30 -6.00 petang (sebab tunggu Mamoru yang stranded dalam traffic jam).

Put in mind la, kita kawan sepejabat (memasing takde seniority kepada sesiapa), so tak boleh bahagi tugas secara baik ke? Kalau bengang baca apa yg aku tulis dalam entry semalam pun, tak boleh nak tegur cara baik? Perlu ke terpekik-terlolong camtu? (hey, its not like our bosses read this blog pun – soal mengadu-domba nih tak timbul ok. Cuma aku mengadu kat blog nih je (yang dibaca oleh mereka-mereka yang hampir 90% tak kenal siapa aku dalam dunia realiti) – So, apa masalahnya? Ada orang kenal kau kat sini ke?

Aku rasa aku tau kenapa dia marah sangat kat aku semalam:

First sebab aku tengah apply keje kat company XXX.. dan boss aku sendiri yang offer nak dapatkan aku keje kat company tu. Frankly, aku suka sangat keje kat sini (kalau tak takkan 6 tahun aku still bertahan). Tapi masa bulan Ramadhan lepas (Sept 2008), boss aku (yang aku anggap macam ayah aku sendiri) advise aku kembangkan career aku kat tempat lain (since dia tahu aku further study amik kelas malam study MBA part time kat UM). Jadi, dia offer aku cari keje lain dan dia sanggup gunakan pengaruh dia untuk dapatkan aku keje yang lebih baik. Memula tu aku malas nak cari keje lain. Tapi bila aku dah pregnant dan fikirkan masa depan baby, baru sekarang aku gunakan peluang tu. Masa aku bagi application form keje kat boss (sebab boss aku volunteer nak hantar by-hand ke company tu – see betapa baiknya boss aku), aku try sehabis baik untuk sorok dari dia (tanak dia kecik hati). Dan boss aku pun sama duk sorok-sorok mender nih dari dia. Tapi since dia dah memang jenis terlebihhhh curious, pecah jugak rahsia nih.

Second, of course la sebab keje dia overloaded. Sejujurnya, aku sendiri tak kisah kalau semua tu aku buat sendiri. Sebelum dia ada, bukan ada sesiapa yang tolong aku pun – takde pulak aku merungut ke apa kat boss. Yep, aku tahu mungkin dia stress sebab aku akan amik maternity leave taim keje tengah berlambak (ada 3 major projek yg dia kena handle sorang masa tu nanti). Apa ingat aku sesaja pilih cuti bersalin taim keje tengah berlambak? Macam yang aku cakap tadi, bahagi-bahagi keje lah. Selagi belum sampai tarikh aku delivery nih aku boleh buat keje lagi maa. Nih semua nak buat sendiri pastu bila stress, aku pulak disalahkan sebab tak membantu.. tolong lah.

Last sekali, aku agak dia ada masalah peribadi. Dalam bulan nih aku asyik dapat call dari bank bertanyakan dia. Orang bank tu duk marah-marah aku kenapa susah sangat nak call dia (tak pasal je aku jadi mangsa maki hamun). Tapi adat laa.. semua orang pun ada buat hutang. Mana ada orang yg tak berhutang zaman sekarang nih: hutang keta, rumah, kad kredit, etc. Cuma yang berbeza, banyak atau sikit hutang yang dibuat. Aku pun ada gak hutang yang tak settle-settle sampai sekarang – PTPTN.. stress jugak, tapi takde lah nak membawak masalah luar ke opis.

Tak best betul tau bila bergaduh satu opis nih tau. Haii.. sabar je lah dengan semua nih.

11 Comments

  1. WaN dAn TiE said,

    >oo AD elok letak gambar sekali..boleh sama2 kenal..

  2. cicakuben said,

    >sokong ad…eL pun pna ngadu kt Blog, sb ade org tuduh2 eL xda keje, & keje dia mlambak…(sdgkn dia xsdr, suma keje dia da eL bt scara curik2 tnpa pngetahuan bos, & dia dpt pujia je & ade gak tugasan dia eL kna buat atas arahan bos,sb dia lidut la sgt..)…& d bes thing smpai ke pengetahuan big bos, xpsl2 kna msuk bilik big bos…& kna chop xda itegriti…1st sb tlalu pndai mnage keje..ye lah wktu kje smpai kul 4.45ptg, so da tbiase keje tlmpau pntas & hasilnye kul 3pm da siap keje…nk sb ape? sb bl time lunch je, bos e2 & ini cbuk bg keje…last2 xdpt kuar lunch..& bos tapawkn nasik..suka la aT bos sb aku stil kt opis..den bl time pnchcrd dok nyanyi2..aku pe lgik trus punch & blik..hee nmpk sgt aku xda kje? ooiii tuan bos, aku lapar gla tau tak..lam smnggu aku kna xkuar lunch smpai 6hri..& hnya skali-skala je mem'bos tapaw nasik tuk aku…2nd, aku knun suka mminta2..mcm xckup dt..so, dr aku mminta2 aku d suh OT..heyy,al-kesahnya..mem-bos eL, tdgr eL tgh calling2 ngn besfren, mta my bsfren bwk eL g soping almari baju kt ikea..bwk g soping k, bkn blnja soping..hah psl ni je kena chop suka mminta2, & yg paling bes tkda integriti..mula2 tuh dgr je big bos tu ckp, da sda bl tiba giliran eL pl bckp,hbis suma eL ckp,ckup puas aT..& bl tulis kt blog,trus plak mmber opis yg gatal mulut g ngadu tuh trasa aT..trus jmpa eL, & ckp "akak xckp apa la kt big bos..dorg slh phm tuh..lgpun mnta2 ni kn hal pribadi…"…eh..aku xckp ape2 tba2 trasa plk?!!heehe..**moral of d story, org mmg xpna senang aT bl kta senang…**pnjg pl bebelan ek?

  3. nURmALa mAZLan said,

    >huh!!!ni nama nya dia ni giler meroyan.. aku pon bengang giler kalau org over emo ni..macam bangsat kan..astagfirullaalazim….terlebih sudah..yg dia nak marah² sangat tu persal.. org mengadu kat blog kan.. blog sdn bhd ok..suka hati la nak mengadu ke nak buat apa ke kan..mind your own bisnes.. kalau si aD ni mengutuk kau pon, itu hak dia..kau bukan x de kutuk dia kan?? huh!!! aku benci org macam ni.. sibuk masuk blog org, pastu nak memekak macam si**…itu luahan hati aD..suka hati dia nak cakap kau apa pon.. abis tu kau expect dia nak luahkan perasaan dia kat kau?to aD – abaikan je org cam gini.. org cam gini jadi begini sbb tahap akademi dia rendah sbb tu x boleh fikir panjang..wak!!!! panjang nyer aku komen..aku bengang ni, sbb aku pon pernah berdepan nagn bangsat cam nih..isk isk…mulut aku ni x de insurans

  4. biqque said,

    >adeh…kelakar siut! mmg blog aD ni glamer abis la sampai semua orang baca!again, i nak kongsi suara kat sini…BLOG ADALAH HAK PERIBADI! if dia tak puas hati, nape nak tengking kat depan2, tengking ar balik kat blog dia…hahaha! dia ada blog ke? nan ADOOOOOO…

  5. za|d said,

    >Yang paling klako skali ada gak masa dia nak baca blog ko AD, maknanya dia amik berat gak tentang perkembangan ko. Hahahahaha!!

  6. Zana S said,

    >rajin gak dia baca blog ek?? cemane plak keja byk tuh?? hehehehestandard la ada je org gini. gila kerja gila kuasa.kalau tak tahan, bahagikan kerja. but the 1st place kena la ty dgn berhemah. kalau pass2 gitu pastu bila tak sedap mato dio, nak memarah pun ampeh gak.penah la kenal org cenggini. tapi tu lagi kronik kot. keja kita dia takmo bagi. pastu bila pepening kepala nak cari duit, aku disalahkan. tak ke pelik gile tuh.nmpk cam bz nak mampos. rupanya bz bebuat. iyelah… kerja org kan…. :d

  7. Angah said,

    >Baru bertemu buku dengan ruas…By being defensive memang terbukti kesalahan lah kan..good luck kat tempat baru ya..

  8. Dee said,

    >x perlu layan kerenah politik kerja sebegini..apa yg bos nak kita dh deliver cukup…jgn terlbih jgn terkurang..ok? oklah kan..hehehe..

  9. vkool said,

    >wah gler hebat blog aD skang..hehe..benda blog pun leh bawak ke opis..prihatin sungguh dia terhadap xtiviti aD.xpelah aD dugaan nak dapat rezeki yang lebih.apapun jg dr and jg kandungan k…

  10. Lina said,

    >Kalau akak lah kener…dia dah kenar hukuman gantung tak berapa nak mati dah tur..dah tua patutnyer tahu menyesuaikan diri dengan suasana keja zaman it yang serba mencabar nih..dah kenapa dia tur..abih kalau dah buat hutang keliling pinggang huh nak bebabitkan gan org yg xdek kener mengena dengan hutang bank or hutang along dia tur…eeee…hanggiinnn jekk..Xperlah aD bebawak sabo bebanyak k…selagi leh wat bodo…huh…bodokan ajerlah ek…layan baby tur lagi ada pekdahkan…sabar ek..

  11. rose said,

    >Bawak banyak2 sabor..bo layan la org camtubiasala tu..politik semua tukononla banyak kerja..mcmla dia sorang buat kerja n kita duk goyang kaki…** pernah gak terkene ngan kawan camni..tension siot!Grrrrrr…

Comments are closed.

%d bloggers like this: