Kumpul bedtime story

February 26, 2009 at 5:13 pm (Uncategorized)

Dalam sibuk bekerja dan ‘berangan’, aku sekarang tengah galak cari bahan-bahan bacaan (bedtime story) yang sesuai untuk si comel dalam perut nih.

Ok, aku tahu sure ada yang cakap aku nih over excited. Tapi, pada aku kalau tak fikir sekarang, bila lagi kan? Kalau nak tunggu sampai baby lahir & membesar, takut taim tu aku akan leka / semakin sibuk pulak.

Iklan: Jangan tataw, even tarikh untuk majlis akikah pun aku dah siap pilih awal-awal tau. (termasuk bajet untuk beli kambing / lembu nanti). Memula tu aku plan nak buat dalam tempoh dua bulan cuti bersalin. Tapi, since adik perempuan no. 6 nak kahwin Januari depan, aku cadang nak sekalikan je kenduri tu. Takde lah nyusahkan sedara mara buat kenduri sampai dua kali. Jimat tenaga. Ohh.. Mamoru dah setuju nak buat kenduri akikah kat kampung aku. Turn anak kedua nanti baru buat kat kampung dia pulak.. hikhik (tu diaaa.. anak sulung pun belum lahir lagi dah berangan yang no. 2 pulakkkk – over kan!)

Ok, iklan tamat. Sambung balik pasal bedtime story nih.

Aku sebenarnya takde lah pakar sangat konsep / kepentingan / faedah membaca buku-buku cerita untuk bebudak kecik taim tido nih. Tapi satu perkara yang aku tahu, kesan dari bacaan cerita-cerita camnih, boleh bawa impak yang besar dalam diri aku. Serious ok.

Ekceli, masa aku kekecik dulu (tak ingat la masa umur berapa – tapi taim tu belum start sekolah rendah lagi lah), ayah & arwah ibu ada bacakan kisah-kisah tauladan zaman para nabi.

Aku ingat lagi cerita pertama yang aku dengar dari ayah. Cerita tentang syurga, neraka & kejadian manusia: Tentang kewujudan nabi Adam (a.s) dan isterinya Hawa. Tentang kejahatan iblis yang menghasut nabi Adam makan buah khuldi. Pastu cemana derang boleh terhumban dan terpisah kat dunia nih.. sampailah cerita tentang asal usul perkahwinan: macam mana Qabil & Habil berebutkan pasangan isteri memasing (adik perempuan kembar derang) dan seterusnya lah.

Bila difikirkan balik, aku rasa cerita nih terlalu berat untuk bebudak kecik faham. Tapi, disebabkan gaya penceritaan yg menarik (my dad full of fantastic imagination ok – kalah walt disney!) dan disebabkan ayah aku jenis yang sabar melayan soalan-soalan anak-anak dia yang banyak songeh, ayah aku dapat membuatkan aku faham & tertarik tentang cerita-cerita camnih. Kengkadang tu, bila ayah takde masa nak bacakan buku untuk aku, aku akan belek-belek buku yang ayah selalu bacakan tu – tengok gambar atau tak pun, pretend macam aku reti baca depan adik-adik aku sambil reka cerita sendiri.. hahah. Bila dah besar sikit baru aku tau, buku yang ayah selalu baca tu ditulis dalam bahasa jawi.. hihi.

Disebabkan aku suka sangat telek buku jawi ayah sampai lunyai, ayah & arwah ibu pakat belikan aku 25 buku koleksi cerita teladan. Nooooo… bukan cerita sang kancil & buaya @ thumberlina ke haper.. tapi siri buku para sahabat nabi. Aku sayang gila kat buku-buku tu sampai berebut dengan adik lelaki no.2 tau. Tapi aku dah tak ingat tajuk-tajuk buku tu sangat.. yang aku tau ada tajuk; Bilal bin Rabah, Marwan bin Safwan, Ashabul Kahfi.. etc.

See.. besar kan impact bedtime story nih. Aku sendiri macam tak percaya yang aku boleh ingat semua yang ayah ceritakan sampai sekarang. Sebab tu lah aku cadang nak buat mender yang sama untuk si comel dalam perut nih dannnnn cerita pilihan aku, of course la sama seperti apa yg ayah & arwah ibu pilih – cerita para nabi & sahabat (eh, kemain lagi baby aku bergerak taim aku taip entry nih – macam setuju dengan mama je.. hihi). Cerita-cerita lain macam red riding hood, snow white ke haper, later-later lah. Lagipun, cerita dongeng mat saleh nih kat tv dah berlambak – kalau tak cerita pun satu hari mesti anak aku tau jugak.. tul dak?

Hmm.. better stop kat sini. Ekceli aku tengah tunggu Mamoru datang fetch aku. Dia lambat sikit – ada meeting katanya. Tu yang terlepas entry merapu lewat petang camnih..

12 Comments

  1. atty's said,

    bila nk tido suka baca buku

  2. atty's said,

    bila nk tido suka baca buku

  3. atty's said,

    bila nk tido suka baca buku

  4. atty's said,

    bila nk tido suka baca buku

  5. atty's said,

    bila nk tido suka baca buku

  6. atty's said,

    bila nk tido suka baca buku

  7. atty's said,

    bila nk tido suka baca buku

  8. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    aku pun ada koleksi buku2 cerita teladan tuh..buku dier tak silap ada 12 buah..besar kan buku dier tapi nipis:D sama ker?

  9. Beautiful Disaster said,

    wah. ryn xtpkr pn pls bedtime story ni. patot masuk dlm list ryn gak nieh. hehe.

  10. Angah said,

    Lagi satu kan aD… masa baby tu tengah menyusu nnt (masa baby tengah nak lena tuh), itu la masa paling sesuai untuk aD bagi nasihat n harapan aD pada dia…

    masa tu subconcious mind dia tengah aktif jadi apa yang kita cakap pada dia akan terus lekat dalam memori.

    Angah biasa mulakan dengan fatihah, selawat lepas tu borak la dengan anak masa dia mamai2 nak lena tu.. Alhamdulillah nampak berkesan.

  11. Dee said,

    bagus apa yg aD plan tu..dari bedtime story..smpi ke kenduri aqiqah..kalo akk ni kakak aD..akk setuju bobonar..

  12. nURmALa mAZLan said,

    Ad..atuk kita pon ada bg kit abaca buku2 cam ni masa kecik2 dulu..ada buku tu samopai skang..kertas dia dah kuning2 dah pon..

Comments are closed.

%d bloggers like this: